| Selamat Tinggal Semua.Gambar kami di KLIA |
Ucapan Terima Kasih & Selamat Tinggal.
Ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah membantu kami dalam urusan di UKM, Permata Impian, Shah Alam, peniaga baazar di UKM, surau UKM, perkhidmatan Grab ( teksi ), di LRT, di Suria KLCC Kuala Lumpur, di tempat makan mamak pelayan sajian makan di Melayu Padang Suria KLCC dan di KLIA. Termasuk individu yang memberikan informasi sepanjang keberadaan kami di rantau yang jauh.
Tidak ada yang membaca ucapan Etuza ini, tetapi pasti ada juga rakan Blogger Malaysia dan juga Blogger Sabahan yang terjah blog Etuza dapat rasakan keikhlasan ucapan kami kepada semua yang terlibat.
" Datang merantau di negeri orang,Membawa diri bertatasusila sopan dan santun.Teman dan saudara di mana jua sedia menolong,Membantu kami memandu jalanan."" Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,Hutang budi ku bawa mati,Terjalin persaudaraan sehidup semati"" Adat bertandang haruslah berhati - hati,Jangan ada mengguris hati teman berbicara,Adat perantau harus kembali,Hanya kenangan indah kekal dijiwa raga."
~ Pantun pagi - pagi hari Ahad By: Etuza.Pesona Etuza.
~ Pantun Melayu - Klik SINI. Kena betulkan juga rasa pantun ini.
| Selamat tinggal semua, hanya kenangan menjadi tenda di hati. Pasti kami datang lagi suatu masa. |
| Homestay di Permata Impian di Shah Alam Selangor tempat berteduh. Sangat bersyukur dapat berlindung di rumah ini. |
| Sajian makanan dari Melayu Padang DI KLCC Kuala Lumpur. Disini kami makan bersama-sama. |
| Good bye semua yang pernah memudahkan kami selama tiga hari dua malam hanya Allah dapat memberi balasan. Urusan di UKM, Shah Alam Permata Impian, LRT, KLCC dan Lastly di KLIA. Hebat sioknya. |

16 Ulasan
Alhamdulillah, lancar semua urusan cg etuza selama berada di selangor/KL tu :)
BalasPadamSangat lancar, dan alhamdulillah kembali di Sabah, rasa bagaikan mimpi lah..
PadamAlhamdulillah, semuanya berjalan lancar, bertemu dengan orang-orang baik.. moga berkunjung lagi ke semenanjung nanti
BalasPadamSemuanya berjalan lancar dan dipermudahkan alhamdulillah. Cg pun orang baik², ramailah orang baik² Allah hantar utk bantu dan mudahkan urusan Cg sekeluarga :)
BalasPadamAlhamdulillah selesai dah semuanya tu. Seronok dapat jalan2 dengan family.
BalasPadamalhamdulillah selamat perjalanannya ke semenanjung n berlepas pulang membawa kenangan indah
BalasPadamBetul, banyak sekali kenangan indah ..tak terkata rasa amat bersyukur, bukan nak megah tetapi semua apa yang berlaku atas takdirNya kak PI
PadamWalau sekejap tapi memori yang ditinggalkan pasti menjadi kenangan terindah.
BalasPadamAlhamdulilah.. kenangan yg pasti tidak dapat dilupakan. Syukur selamat pergi dan pulang
BalasPadamLah... ada kat sini ke? Sayang kita tak terserempak....
BalasPadamYa ada pada 2,3 dan 4. Dis. Tak apa wak tiada rezeki jumpa sesiapa..sayapun pemalu sebenarnya..hehehe
Padamalhamdulillah....in sya Allah, nanti boleh dtg lagi
BalasPadamalhamdulillah semua urusan berjalan lancar...
BalasPadamnnt trn kl lg roger2 laa sy yaa😀
Baca ini, saya langsung merasa rindu lagi nak ke KL 😍😍. Semoga Abang dan kluarga bisa segera datang ke KL lagi, atau kota2 lain di semenanjung
BalasPadamMudah-mudahan juga saya kesempatan untuk ke KL...lama dah tak pergi sejak sebelum Covid-19
BalasPadamSeronok dapat berjalan-jalan dan bercuti di KL dan Shah Alam ya, cikgu. Saya pun dah lama tak turun KL ni.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.