B & B Hotel Antara Terkemuka Di Dunia.


Pandangan hadapan Hotel B & B di Spanyol 
Apa khabar semua.? Semoga sihat selalu, bagi yang kurang sihat segera jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

Maaf kerana sering lambat membuat posting di wall blog ini. Kadang kerja realiti di hadapan mendesak untuk kita segerakan untuk melaksanakan lalu berlaku keciciran masa untukmupdate kan blog.Maaf kepada teman blogger yang gemar lklik dan membuat pembacaan di blog pinggiran ini.

Saudara dan saudari semua, di manapun anda berada. Detik ini sebenarnya masih lagi terasa akan hangatnya kenangan menggamiti diri, seolah baru  berlalu lewat kelmarin detik pelancongan kami ke Eropah. Terlalu banyak perjalanan yang berlaku melangkau jalan udara, laut dan daratan. Semua di lalui dalam keadaan berdebar dan mengambil masa begit lama untuk kemudi satu perjalanan yang begitu tersusun rapi atas IZINNya juga. Dialah pemberi segalanya melancarkan urusan pengembaraan dan beberapa hari di benua Eropah. 

Detik itu terkenang ketikan berada di Hotel B & B di Spanyol. Sebuah hotel bangunan sederhana tinggi bentuk persegi atau segi empat sama. Lihat gambar bangunan Hotel B & B. Hotel B 7B ini di Eropah merupakan Hotel terkemuka di Dunia. Dan 'Ya" saya katakan kerana dalam bilik hotel ini membuktikan kebenarannya. Ruangan bilik yang luas di mana ada dua ruangan tempat tidur terpisah. Yakni ada single bad dan twin bad dengan suasana yang amat tenang dan menenagkan jiwa Etuza rasa. 

Segala kelengkapan ada di dalam bilik baik peralatan mandi, wifi dan soket yang amat mesra pengguna. Pencahayaan juga membuat kita lena apabila beradu dengan pelukan hawa dingin malam yang amat menhyegarkan. Pada saya yang bertaraf orang kampung, tempat tidul beradu barang semalam di bilik mewah seperi di Hotel B & B Spanyol amat membuat Etuza BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH kepadaNya yang memberkan kesempatan dan peluang ini.Tanpa takdir dan izinNya belum pasti insan bernama Etuza akan menikmati pesona tempat tidur sebegini mewah.

Masuk saja ke dalam Hotel B & B, suasana sudah dirakakan kemewahan. Dan Hotel B 7 B di Spanyol ini adalah bilik ke 7 yang kami diami semalam cuma, kerana pada siangnya kami membuat atau melalui perjalanan darat dan naik Bas pelancing untuk menuju ke destinasi tempat-tempat menarik dan menakjubkan.Spanyol sesungguhnya kaya dengan khazana sejarah Dunia yang amat-amat mengujakan. Melihat bangunan lama yang utuh tersergam indah, ditambah lagi dengan hembusan bayu angin memeluk diri, segar, sejuk dan amat damai ketika awal pagi antara penggoda yang tiada di Malaysia.Subahanallah.

Bercerita tentang bab makan sarapan pagi, cukup menikmati secawan kopi pekat, air mineral yang hangat dan jus oren yang segar dengan rasa sejuk membasahai tekak di sertai roti pelbagai bentuk dan rasa yang enak amat cukup mengenyangkan perut dan membina tenaga untuk bergerak melawat ke tempat menarik.

Tempat yang amat hebat seperti di Alhambra palace di Granada, Roman Bridge, Torre Caloharra dan Cardoba Mosque yang terdapat Cardoba, Ecija Spanyol amat-amat memberikan rasa puas hati, seronok dan gembira tidak terkata sebaik memasuki tempat ini. Terkenang zaman lampau yang penuh dengan kekayaan dan keharmonian pentadbiran negara hingga terbina tembok dan bangunan yang sangat indah kreatif dari segi seni bina yang klasik dan terpamer sinar kelembutan apabila manusia menggunakan dan tinggal menghuni kawasan bersejarah di Spanyol.

Beginilah keadaan di Bumi Spanyol, punya bentuk muka bumi yang luar biasa disusuli perbezaan musim setiap tahun. Kita yang datang melancong di Negara ini sesunggunya teruja dengan khazana peradaban dan tamadun kepimpinan zaman lalu yang masih tersisa dan terjaga untuk manusia seluruh Dunia saksikan. Inilah kota sejarah yang penuh dengan wibawa kepimpinan zaman lalu yang seakan lebih maju dalam pandangan sudut pandang mereka akan ketamadunan yang akan menjadi lagenda Dunia hingga kini.

Kepada anda yang klik blog Pesona Warna-Warna Kehidupan lihatlah gambar-gambar yang disertakan sedikit sebanyak kita jelajahi bersama, banyagan akan keadaan dan tempat seperti Hotel B 7B di Ecija, Spanyol. Selamat membaca dan meneliti gambar yang Etuza selitkan. Jumpa lagi pada catatan akan datang.


Pandangan sisi bangunan Hotel B & B Ecija, Spain.

















Suasana indah tempat makan di Hotel B & B, Ecija, Spanyol


Pelbagai jenis roti yang tersusun indah, semua nak rasa makan..hehehe

Bab makan, kena hati-hati bagi kita yang beragama Islam.So,
putuskan makan roti yang berbagai bentuk dan rasa tapi tidak manis..
Wow!!Happy nya..

Air minum..tekan ja keluar air..kena belajar agar tidak jakun ..
alhamdulillah kemahiran bahasa amat penting juga masa bab ambil 
juadah makan semasa sarapan pagi.




Boleh lah kan..dari tidak makan..rindu sekali nak makan nasi tau masa ni!
hehehe..lama dah tak manakan nasi..



Ya Allah, aku kah itu..terbayang di minda dihidangkan nasi
dengan lauk sedap, ayam masak merah..tapi tak kunjung di meja..hehehe



Dua teman yang mesra..bersarapan bersama di Hotel B & B Ecija, Spanyol,





Kenyang dah masa ni..tunggu bas pesiran, bawa kami ke tempat lain pula.
dalam tiga jam baru sampai.

Bilik tempat beradu..lihat semua sudut dalam gambar ini. Hotel B & B Ecija, Spain.
















Catat Ulasan

0 Ulasan