| Ketibaan kami di Suria KLCC, hajat dan niat berjalan-jalan petang 03.12.2025 terkabul juga. |
| Mula2 tengok apa suri hati pegang tu tak tahu apa.Bila ku amati rupanya sikutan baby..baru tahu situasi ketibaan kami di KLC. |
Tiba Di KLCC Jam 5.40 Petang Rabu 3.12.
Seingat Etuza kami tiba di KLCC pada 3.12.2025 ( Rabu ) petang ialah sekitar jam 5.40 petang. Dan kami punya masa hingga malam bersiaran dan menikmati suasana dalam KLCC. Pastinya ada acara makan, santai bersama anak dan cucu, mengambil gambar dan target hendak ke hujung depan tasik atau depan kolam apakah ada yang menarik di sana kerana Etuza dalam tiga kali ke KLCC tidak pernah melihat depan kolam yang selalu diceritakan oleh kawan-kawan Etuza.
Mode Ikhtisar AI
Ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC) adalah 451.9 meter (1,483 kaki). Menara 88 tingkat ini pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1996 hingga 2004 dan masih kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Ketinggian:
- meter (kaki).
- Jumlah tingkat: tingkat.
- Status: Pernah menjadi yang tertinggi di dunia dan kini merupakan menara berkembar tertinggi di dunia.
- Hebat kan KLCC di Negara Malaysia. Sangat cantik struktur bentuknya menurut Etuza.
| Nampak model Rusa dan bentuk seperti kristal segitiga. ( dalam minda teringat Christmas bulan Dicember 2025 hampir dekat masa perayaan ini di Malaysia amnya. |
Bermula Tema Christmas Di Suria KLCC.
Pertama sekali Etuza nampak depan mata ( tak sure tingkat apa ) tetapi sebaik masuk melalu pintu hadapan terus saja nampak gambar di atas ada rusa putih yang cantik berseri-seri. Ini tanda bulan Dicember 2025 hampir merayakan perayaan besar iaitu Hari Christmas tak lama lagi. Dengan asbab itu ada model gambar menarik seolah kristal yang sangat cantik.
Kemudian mendongak ke bawah, ternampak banyak kristal tinggi tinggi bercahaya dan ramai orang sibuk sekali mengambil gambar mereka di bawah itu.Rupanya kami sudah berada di tingkat atas dalam KLCC. Melihat persekitaran ramai orang lalu lalang pasti ada urusan mereka dan ada ramai pelancong dari luar negara saya tengok. Cuma saya melihat lebih ramai orang India dalam KLCC.
Berbagai jualan, berbagai harga yang mencanak, hingga berfikir hendak membeli. Niat hanya mahu bersiaran menikmati keindahan panorama dalam KLCC maka terkubur niat hendak membeli. Ada niat mencari sesuatu buah tangan untuk anak-anak di rumah, tetapi di manakah tempat itu. Etuza pun kuburkan pertanyaan. Kepada teman bloggers yang klik membaca dan juga reader di alam maya, ini adalah First Expression kami di KLCC Luala Lumpur pada 3.12.2025. Jumpa lagi.
| Kejadian sebenar bila ready diambil gambar..Terima kasih wahai anak tersayang ambil gambar mak ayah. |
| Kelihatan cucu sangat happy di KLCC, hingga kedengaran suaranya..bahasa apa tak tahu.. |
| Ini gambar cucu tersayang..sangat teruja melihat macam-macam keadaan di KLCC, umur setahun dah pijak KLCC 3.12.2025. |
| Tiba-tiba ada baby senior, baby tu boleh cakap dah, Aron namanya..so ambil gambar kenangan. Cucu merenung ja sama Aron ni..speking BI sikit2 diorang India..baik orangnya. |
Jadilah gambar Sufi and Aron di KLCC.

16 Ulasan
Selamat bercuti di KL
BalasPadamTerima kasih 4.12.2025 dah balik ke Sabah..jam 11.oo malam sapai di rumah
PadamSelamat bersiar2 di KL..dkt kolam tu kalau pegi waktu malam, ada pertunjukan air berirama, cantik juga..hiasan sempena perayaan di KLCC mmg cantik...satu lagi di Pavilion..
BalasPadamMemang cantik..pelancong dalam negara dan luar negara ramai datang ..
PadamSeronok cucu dapat berjalan-jalan di KLCC.. Bila hujung tahun suka tengok Christmas decor di ruang legar KLCC dan pokok Christmas besar di taman KLCC.. meriah!
BalasPadamTerima kasih terjah blog saya ya,,...
PadamPernah sekali je jejak kaki ke KLCC masa belajar dulu. Kebetulan masa pergi tu pula ramai warga asing juga. Sejak dari itu tak jejak kaki dah kat KLCC. Tunggu anak besar sikit la nak bawa area Tasik dan juga Aquaria KLCC.
BalasPadamInshaAllah semoga hajat niat puan Allah kabulkan..dululain sekarang lain KLCC kan..maksud saya persekitaran semakin maju ..
Padambestnya dapat pusing2 KLCC hepinya Sufi jumpa Aron comelnya baby
BalasPadamYa happy betul cucu kami, ada telatah dia yang begitu menghiburkan kami..
Padamwahh baby sufi sempat make friends dgn baby aron yer! nice :) dua2 pun cute sgt!
BalasPadamalhamdulillah..seronok dpt jalan2 sekeluarga
BalasPadamKalau Krismas deko kat Mall di KL ni memang Hapening apa lagi kalau malam.
BalasPadamdeko krismas kat KLCC memang meriah... kalau kena harinya boleh dpt goodies
BalasPadamUwaaah dah ramaaai Deko natal di sana. Saat saya DTG kemarin, blm ada lagi 😄😄. Ikut senaaaang membaca cerita liburan Abang dan kluarga ke KL 😄👍
BalasPadamComel cucu cikgu. Kalau nak explore seluruh Suria KLCC tu, jauh juga nak berjalan, sebab luas dan bertingkat-tingkat.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.