Berdebar Melangkah Masuk Ke Dalam Masjid Hassan 11, Casablanca, Morocco.

Hari pertama mendarat di Casablanca, Maghribi, Marocco setelah menaiki Bas Touris ( Bas Pelancong) dalam kiraan lima jam lebih untuk sampai di Kota Casablanca tepat pada jam 12.40 minit tengahari. Hembusan angin begitu sejuk membaluti tubuh sebaik keluar dari Kapal Terbang. Di parking bas berdiri seorang anak muda tinggi, tersenyum melambaikan tangan membawa kami untuk menaiki bas yang telah dikhaskan untuk group travel Andalusia dari Malaysia.

Dia mengucapkan welcome ( selamat datang ) di Casablanca, Marocco dan memperkenalkan diri sebagai Nazmi, pelajar Touris di Universiti Marocco.  Nazmi menjadi Guide kami sepanjang berada di Marocco dan Spanyol dan turut bekerjasama tour leader Ustaz Khairudin dari Syarikat Andalusia, Malaysia. Syukur alhamdulillah bermula kembara kami seramai 25 orang meneroka beberapa tempat di Marocco. Sebuah negara Islam yang kaya dengan khazana sejarah dan Tamaddun Dunia hingga kini.

Masjid Hassan 11, Casablanca, Marocco. Distenasi Pertama Sebelum Ke Hotel Penginapan.

Sesampai di halaman Masjid Hassan 11 di Casablanca, terpandang begitu gah tersergam Masjid yang mempunyai menara tinggi dan bangunan yang kuat sangat besar dan halaman yang saujana mata memandang. Masjid yang menjadi salah satu mercu tanda Islam yang sangat unik. Tiba-tiba terasa hati berdebar, kerana kami akan pasti masuk ke dalam Masjid Hassan 11 untuk solat asar secara Jamak dengan solat Zohor. Pelancong dan masyarakat Berber dan orang Arab Marocco mulai memenuhi ruang hadapa masuk tandas untuk mengambil wuduk dengan menuruni tangga.Memijak tangga sangat bersih dan kukuh sekali selain struktur binaan dalaman masjid yang sangat kreatif dan bentuk yang sangat indah dipandang, terletak di lokasi menghadap Lautan Atlantik di Casablanca, Maghribi.

Selesai berwuduk, segera Etuza dan yang lain naik tangga dan meluru ke ruang pintu Masjid Hassan 11 yang telah dibuka.Jika ada yang bertanya, Etuza sekadar boleh berkata Subahanallah Allahuakbar, kerana dalam Masjid Hassan 11 yang dibina, tidak terkata kemegahaannya, ketinggian dan seni yang begitu unik segenap ruang dalam dan luaran Masjid Hassan 11 ini. Binaan dan rekabentuk diilhami oleh Raja Hassan 11, serta menaranya setinggi 210 meter. Salah satu menara masjid yang tertinggi di Dunia. Untuk mencari dan lebih banyak infor tentang Masjid Hassan 11, anda boleh klik di Google Search dengan mencatat nama Masjid Hassan 11 di Casablanca.

Debaran semakin kurang apabila seorang lelaki, sepertinya petugas khas di Masjid Hassan 11 menghulurkan bakul hitam, untuk tempat memasukkan kasut. Bakul boleh dibawa ke dalam dan letak di hadapan berdekatan dengan tempat sujud. Keadaan ini perlu agar kasut atau selipar tidak akan hilang atau terganti dengan kasut jemaah lain.Etuza merasa selesa dengan cara ini selain memberi keselamatan kepada semua jemaah lain yang datang dari berbagai negara.Selesai solat asar kami ke titik pertemuan dan mengabadikan gambar berlatar belakangkan Masjid Hassan 11 di Casablanca. Pesanan dari tour leader kami ingat dan pesan pada diri agar tidak melakukkan kelalaian hingga lupa di mana kita berada. Keselamatan begitu dititik beratkan agar tidak ada perkara tidak baik berlaku. 

Etuza tiba-tiba merasa sebagai seorang DUTA MALAYSIA di Marocco, menjaga nama baik Negara agar rakyat Malaysia dibanggai oleh Dunia amnya. 

Kepada yang klik blog ini, mohon maaf jika ada ayat tidak difahami. Etuza mencuba mencatat setakat yang masih dalam ingatan semasa dalam penerangan  NAZMI SEBAGAI GUIDE KAMI.






























Catat Ulasan

0 Ulasan