Osaka, Jepun Dalam Kenangan

Osaka, Jepun Dalam Kenangan

Etuza abadikan kenangan semasa di Kota Kyoto

Selamat Sajahtera & Selamat Malam..bersua lagi..
Ternampak himpunan gambar di folder komputer Etuza, iaitu gambar kenangan ketika melancong di Osaka Jepun tahun 2015. Tidak dinafikan moment ini sangat indah dan seolah masih baru berlaku dalam kehidupan Etuza. Kadang kita bisa mengingati sesuatu kenangan dan apatah lagi jika kenangan itu adalah yang terindah yang pernah kita lalui.

Osaka, Jepun sebuah tempat yang sangat menarik di Jepun. Terkenal dengan berbagai tempat menarik untuk kita kunjungi. Antaranya Taman Bambu ( Bambo Garden ) yang terletak di Kota Kyoto. Memang sangat menarik tempat ini, dihiasi dengan pepohon bambu yang tirus tinggi. Hebatlah Jepun dapat mempamerkan panorama hutan bambu yang sangat bersih dan indah sekali. Segar mata memandang.

Osaka Jepun memang best. Etuza di salah sebuah Hotel terkenal di Osaka.
Offcial Hotel Of Universal Studios Japan


Etuza berada di SHINSAIBASHI & DOTONBORI

Di Osaka Jepun tidak sah kata orang jika tak berziarah di Shinsaibashi & Dotonbori, kerana tempat ni sangat terkenal sebagai sebuah tempat membeli belah. Tempat shoping yang menghamparkan lorong jalan yang panjang teduh dan sangat ramai pelancong datang untuk membeli buah tangan di bawa balik ke tanah air sendiri. Etuza dan team masa itu dapat berjalan sambil melihat karenah orang Osaka Jepun, riuh dengan tujuan mempormosikan jualan mereka khasnya jualan Teh Hijau yang terkenal minuman kegemaran masyarakat Jepun.

Indian Restaurant juga tidak kurang TERKENAL di Osaka Jepun. Makanan yang dihidangkan lazat dan buka setakat makanan lazat, tetapi kita akan dihiburkan dengan tarian menarik semasa menikmati hidangan yang disajikan. Wow...menarik tak menarik tu. Jangan pula mata melilau melihat tarian si wanita, makanan sejuk tak disentuh ..ha ha...hati2 hiburan dunia ni ya.


OSAKA CASTLE. GAMBAR 

View Osaka Castle tu cantik sangat. Tidak hairan kawasan ini lautan manusia dari serata dunia datang untuk menikmati keindahan panorama sekitar Osaka Jepun. Di sinilah tempatnya tersergam indah Osaka Castle yang unik seni binannya. Pasti Osaka Castle ini antara kebanggaan rakyat Jepun. Di sini kelihatan sebuah taman indah yang banyak bunga-bungaan menarik menghiasi jalanan menuju ke arah Osaka Castle. Happy kan ....

Etuza dan teman ketika di Osaka Jepun 2015

Inilah antara gambar di Shinsaibashi & Dotonbori di Osaka Jepun.



Etuza di dataran Muzium Nasional Kyoto

Etuza di satu kawasan bangunan yang agak lama berhampiran dengan Osaka Castle.
Tidak berapa pasti apa nama bangunan menarik ini. Tetapi difahamkan bahawa tempat ini ialah Muzium Nasional Kyoto Osaka Jepun di dalam ni ada peninggalan kesan perang Jepun masa dahulu. Boleh search dan baca Sejarah Jepun ya.

Bestnya moment ini..ketika berada di GERBANG FUSHINI INARI THAISA

Etuza berlari dan melompat di kawasan tepian laut 
di sinilah tempat TEMPOZAN FERRIS WHEEL..Wow...

Area Tempozan Ferris Wheel..


Tempat ini ada tempat menarik seperti mainan bergerak gergasi WHEEL besi berpusing. Nak naik gayat nanti. Tak apa Etuza pilih berlari dan melompat kegirangan di satu ruang pejalan tepian laut sebelah pokok-pokok indah tu. Lautan pun tenang ketika kami di sini. Subahanallah Osaka, Kyoto Jepun sangat indah. Allah beri anugerah sesungguhnya tiap negara pasti ada keindahan panoramanya sendiri. Di Malaysia boleh lah kita bangga adanya MENARA KUALA LUMPUR tu. Menjadi juga kan tumpuan pelancong ke Malaysia Menara KLCC tu.
 
DEER PARK.

Taman Rusa di Osaka Jepun, sangat jinak..nak pegang ke apa lah boleh saja
Rusa ni jinak dan manja. Bersih lagi..sihat, hari - hari pelancong bagi makanan.


Jumpa lagi di lain cerita. Bye!

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. alamak hilang catatan Etuza..alamak ..dah tengah malam..pergi mana tulisan Etuza tu ya..ada kesilapan teknik agaknya ni

    BalasPadam
  2. seronoknya berwisata ke osaka semua pic cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dapat ronda di Osaka satu bonus hidup bernama Etuza

      Padam
  3. terima kasi teman ku Puan Paridah..
    Syukur ya Allah..dapat siapkan Entry moment di Osaka..semalam hilang catatan dari radar. Mencabar juga ya buat catatan di blog ini..

    BalasPadam
  4. Hehe lama tidak buat gaya melompat.
    Oh cikgu pernah ke Osaka. Tempat bersih dan banyak tinggalan sejarah.

    BalasPadam
  5. zaman sekarang semua orang mampu terobek je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya begitulah hendaknya PKP terbatas pergerakan hari tu

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.