Ikonik Seni Bina Bangunan Plaza de España (Seville) Spanyol.

Plaza de España (Seville) Spanyol.


Bertemu kembali di wall blog. Dan paparan kali ini berkaitan dengan Plaza de Espana, Spanyol. Ketika memandang nun di kejauhan sebaik masuk di pintu utama, Etuzaterpukau, tsnps segan silu memandang memerhati seni reka bentuk bagunan ikonik Plaza de Espana, Spanyol.Dataran ini dibina pada tahun 1929 sebagai pavilion utama untuk Pameran Ibero-Amerika dan merupakan antara tarikan pelancongan paling popular di Eropah

Unik, Mempersona & Bersih Persekitaran Plaza de Espana.

Sebaik masuk Dataran Spanyol. rombongan kami seramai 25 orang berkumpul di titik point untuk mendengar maklumat Tour Leader tentang Plaza de Espana. Masa yang begitu terhad menyebabkan kami semua di beri masa 20 minit lebih untuk bersiaran sambil mengambil gambar. Terbayang pula di minda filem SIHIR antara pelakonnya ialah Harry Potter, kerana melihat unsur seni bina seolah-olah tempat Harry Potter berlakon. Tetapi sebenarnya buka tempat ini Harry Potter berlakon, tempat itu ialah Schoolmedia, Inggris - Siapa yang tak kenal dengan film sihir paling populer Harry Potter dan terletak di North Yorkshire, Inggris.

Semua Bergerak Mengikut Tempat Sambil Klik Gambar.

Plaza de Espana, Spanyol ini sangat luas datarannya. Dataran ini dibina pada tahun 1929 sebagai pavilion utama untuk Pameran Ibero-Amerika dan merupakan antara tarikan pelancongan paling popular di Eropah. Sambil bergerak jauh tidak  henti berzikir memuji Allah kerana menjadikan tempat bersejarah ini tempat Etuza dan isteri lawati detik itu. Tidak menyangka tempat ini antara destinasi kami di bawa. 

Untuk langkah berhati-hati kadang kala Etuza melihat jam tangan jika sekiranya sudah 20 minit berlalu. Kemudian melihat sekeliling Etuza tidak melihat teman travel lain, kecuali melihat sosok tubuh berhijab bagi wanita Islam.Cara ini memudahkan Etuza, lalu mendekati mereka dan mengambil gambar. Selain itu aktiviti mengayuh basikal dan Kuda berhias trailer berjalan membawa penumpang bersiaran dan itu pastinya menggunakan wang Europe sebagai bayaran kepada pemandu kuda berhias.

Betullah kata orang, masyarakat Spanyol ini dari segi seni ukir mereka sangat kreatif dan sentuhan seni halus yang menarik sekali. Sebaik masa ke 20 minit semua kami sudah berkupul di TITIK POINT CENTER, untuk bersedia bergerak ke Bas Pelancong. Pasti semua kami merasa gembir dapat melihat depan mata Plaza de Espana, Spanyol. Pasti terpahat dihati kenangan indah ini dalam kehidupan Etuza dan isteri. Mohon maaf kerana ayat-ayat kali ini kurang tersusun, ini disebabkan mata sudah ada petanda hendak beradu. Jumpa anda lagi di lain catatan.Terima kasih kerana membaca artikal ini. Plaza de Espana kau di hatiku.































Catat Ulasan

0 Ulasan