![]() |
| Gambar ramai-ramai di Al Hambra, Granada, Spanyol. |
Sesiapapun kita, andai ada kemahuan mahu merantau atau ingin terbang keliling Dunia pasti boleh dengan izinNya apabila kita berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan tubuh badan.
Agama Islam, menggalakkan umatnya mengembara ke mana saja dengan niat yang benar dan tidak hanya berhibur dan berseronok dengan kebebasan dan gembira dengan pelbagai makanan enak di negara negara maju. Mengembara harus disertai niat yang betul, melihat zat Allah yang hebat menjadikan alam di negara=negara maju seperti wujudnya musim sejuk, musim salji dan musim bunga selain musim panas juga. Ertinya kita melawat atau mengembara perlu ingat kebesaran , kekuasaan Nya, kehebataan Allah di mana juga keberadaan kita berdiri dan bernafas atas kasih sayang Allah.
Hanya saja kita perlu kekuatan Stamina, Tabah, Sabar dan penuh Keyakinan Diri semasa kita kembara atau melancong di negara-negara maju yang kaya dengan Tamadun Dunia dan Khazana tinggalan kerajaan lampau. Stamina dalam tubuh badan, fizikal yang sihat dan emosi yang teguh agara sentiasa kekal bersemangat bersama team travel kita. Bergerak seiring dan bersama walau dalam apa juga situasi untuk elak dan hindarkan perkara yang mendatangkan kesukaran dan kebimbangan emosi kepada rakan lain.
Pengalaman terbaru Etuza kembara ke beberapa benua atau Negara maju di Eropah seperti di Marocco, Spain dan Portugal amat membuktikan bahawa kita perlukan daya tahan stamina yang kuat dan fizikal yang sihat.Mengapa kita perlukan stamina dan kesihatan fizikal, selain keyakinan dan kekuatan emosi. Sedikit sebanyak faktor keperluan stamina yang kuat dan fizikal yang sihat adalah kerana seperti berikut:-
1. Travel atau melancong ( Kembara ) perlu berjalan jauh sekali, melalui lorong jalan, bukit dan menuruni tangga, serta naiki Eskalator ke atas bukit tinggi.Berjalan jauh hingga beberapa kilometer ke tempat indah ke bangunan bersejarah atau ke lokasi tumpuan pelancong di negara-negara yang kita lawati/ziarahi.
2. Bergerak selangkah dan jejak langkan yang kadang kala perlu cepat dan diperlahankan mengikut tempat dan situasi.Justeru perlukan kesabaran bersama ahli kumpulan dalam pelancongan.
3. Bijak ketika berada di tempat yang dilawati dari segi mengurus diri, terutama dalam bab mencari tandas atau bilik air. Bukan dekat yang kita lawati ada disediakan tandas tetapi perlu berjalan jauh dengan semangat keyakinan yang teguh dalam menuju ke tempat yang dituju. Situasi sebegini perlukan kesabaran dan keteguhan hati. Selain kuatkan emosi agar tidak berputus asa.
4. Mendapatkan kawan atau rakan yang mudah didekati dan kita percaya bahawa dia juga boleh memberikan kerjasama dan tidak pentingkan diri. Selain ketua leader kita juga akan selalu bergerak bersama teman-teman lain, tetapi kita perlu mendekati teman yang kita rasa mudah kita dekati dan kita percaya bahawa dia atau teman itu memerlukan kita juga agar menjadi teman yang rapat salin memudahkan.Justeru itu kita harus yakin dan pasti bahawa kita pasti dalam lindungan Allah dan sentiasa selamat bersama kumpulan.Dengan itu letakkan keyakinan diri dan percaya pada orang lain selain ketua pelancongan kita. Sebolehnya kita elakkan keadaan menyendiri dan jauh dari kumpulan kita.
5. Perkara utama yang ada pada dir semasa melancong secara kumpulan atau solo ialah kita harus dan WAJIB sentiasa ingat ALLAH walau di mana berada. Jika dalam keadaan bersih maka kita teruskan solat, kerana solat itu Wajib walau dalam keadaan apa sekalipun. Pasti dengan amalan ini kita sentiasa terpelihara dan tidak menyusakan kumpulan lain.
6. Bersabar, tabah dan kuat kan emosi agar kita berada dalam keadaan positif. Kita elakkan dari buruk sangka kepadsa orang lain. Sebaik-baik manusia adalah yang berdiam diri kala dalam keadaan kita tidak tahu tempat itu apa dan bagaimana serta tidak pasti keadaan persekitaran kita. Sebaiknya kita utamakan mendengar dan mengikuti tiap arahan dan pesanan ketua pelancong kita.
Ada banyak perkara yang sebenarnya kita perlu amalkan apabila kita melancoing ke negara-negara maju ini. Semoga ada masa lagi kita hujahkan perkara lain yang tergaris dalam minda Etuza, sebagai panduan Etuza sendiri dan jika bermanfaat kepada pembaca catatan ringkas ini dalam sudut pandang Etuza. Mohon maaf andai kita tidak sependapat dan tidak seidea dalam hal ini.
Catatan kali ini berkisar ruang lingkup yang melibatkan kekuatan stamina, kesihatan fizikal dan emosi semasa kita menjayakan misi pelancongan kita di negara-negara maju walau di man. Salam sayang dan klik lah blog untuk santai membacanya, Selamat berehat dan jumpa lagi dicatatan akan datang.










0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.