| Bali ialah sebuah pulau terkenal di Indonesia yang kaya dengan budaya, pantai yang indah, dan ribuan kuil Hindu yang unik. |
| Syukur alhamdulillah, selamat kembali ke Sabah Bayu. |
Syukur Alhamdulillah, Selamat Kembali.
Berkesempatan melancong ke Negara orang adalah impian semua orang. Sebagai insan yang pernah melawat Negara orang seperti Jepun dan Arab Saudi, memang terasa ada kelainan naluri sedalam-dalamnya amat bahagia, gembira dan teruja melihat panorama indah di Negara orang. Terlihat tidak ada kita lihat di Negara Malaysia. Mesti ada kelainan panorama Negara lainnya.Dan terbaru saya amat bersyukur kepadaNya yakni Allah kerana anak perempuan Etuza SELAMAT kembali ke Sabah pada 1.06.2026 bersama dengan rombongan peserta pelancong dari Sabah. Syukran ya Allah.
Hanya ada beberapa gambar anak kongsikan ketika di Bali, Indonesia. Memilih Bali sebagai tempat untuk dilawati kali ini, selain dari Mesir, Arab Saudi suatu masa lalu. Pasti ada banyak pengalaman yang dibawa balik. Kesempatan ke Bali, Indonesia selama lima hari amat disyukuri dan kini kembali ke Sabah dengan rasa lega dan gembira. Etuza setakat mendapat infor dari whatsupp dan belum sempat menemuinya, kerana berada di Kota Kinabalu Sabah. Kepada teman blogger dan pembaca senyap Etuza kongsikan beberapa gambar kenanagan ketika anak perempuan Etuza ke Bali, Indonesia.
Etika Melawat Tempat Ibadat Di Bali.( Infor dari ChatGPT )
- Pakaian Sopan: Pelawat wajib memakai kain sarung dan selendang pinggang (biasanya disediakan atau disewa di pintu masuk).
- Tutup Bahu & Lutut: Pastikan pakaian anda menutup bahagian bahu dan lutut sebelum masuk ke kawasan suci.
- Peraturan Wanita: Mengikut adat tempatan, wanita yang sedang datang bulan (haid) dilarang masuk ke dalam kawasan kuil.
Bali, Indonesia. Kenangan Indah. Ada Cerita Untuk Kami Sekeluarga.Gambar Berbicara. Subahanallah, Depan Mata Berada Dan Melihat Apa Ada Di Bali, Indonesia.Gambar menjadi kenangan .
| Penghargaan kepada pemandu pelancong ( Mas Tude ) di Bali, Indonesia. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.