Menginap Di Hotel Relex Casablanca, Maroco. Detik Bermula Debaran Lagi.

Inilah gerbang pintu masuk ke dalam Hotel Relex Casablanca, Maroko.Unik sekali ..

Sekali lagi bermula debaran dalam hati, sebab saat pagi pada 18.10.2026 akan bermula ziarah kami kali ke 2 ke destinasi yang Etuza sangat teruja hendak melihat, berjalan di dalamnya dan jika dapat peluang hendak bersolat di dalam masjid yang gah ini di Casablanca Maroco. Saat sarapan pagi juga terasa nak lihat hidangan yang kami akan jamah dan makan, ya, ada kegembiraan diwajah teman-teman, tetapi sungguh tidak lepas dari zikir alhamdulillah dengan nikmat ini. Dia yakni Allah yang memberi izin dan perlindungan hingga selamat mendarat di Maroco.

Melihat  jadual yang diletakkan atau dikongsikan dalam group whatssupp Etuza merasa bermula lagi debaran dalam hati.Terfikir kami disambut bagaimana, bagaimana berkomunikasi dan sebagainya. Namun tidak perlu risau kerana ada tour leader kami bernama Ustaz Khairudin yang cukup berpengalaman membawa jemaah Umrah dan Group Travel yang diarahkan bertugas membantu kami oleh Agen Andalusia. Maka debaran kian beransur reda. 

Casablanca 15:00 COACH Meet with Coach, Proceed to Casablanca Tours Saturday    (PH) Corniche   16:35  Asr Prayer in Hassan II Mosque      Address: Bd Sidi Mohamed Ben Abdellah, Casablanca, Morocco   17:30  Continue to Marrakech     (PH) Jamaa el Fna square   20:00 20:00 (D) Dine in at Marrakech  Marrakech 21:00  Terminate to Hotel  

Pada saya, Negara Maroco ini, sangat indah, cantik dan mempunyai masyarakat yang ramah dan mudah tersenyum, ertinya mereka sangat terbuka menerima kunjungan para pelancong dari pelusuk negara di Dunia ini. Niat yang baik ingin mengeratkan persahabatan dan siraturrahim sesama manusia adalah diutamakan dan Islam itu bersaudara . Pasti mereka dari mula agar di ajar oleh pemimpin mereka agar menerima tamu dari manapun datanganya, sebagaimana kami 25 orang menzirahi Negara Maroco kini. 

Perjalanan sudah bermula sebaik Bas Tourism datang. Bissmillah doa dan harapan agar kami semua dilindungi.Etuza sambung catatan pada episod seterusnya. Salam sayang kepada rider semua.
    

Kenangan indah di Hotel Relex Casablanca, Maroco.

Bergambar bersama dengan Fadli dar Berunai serta dua orang suami isteri dari Malaysia.
 
Peserta lain yang join travel bersama Agen Andalusia, Malaysia.

Ini Fadli yang tinggi dari Negara Berunai.
Teman bernama Yazaid dari Kedah, Malaysia.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah ziarah Maroco, Negara yang banyak khazana sejarah
Di lobi Hotel Relex Casablanca, Maroko.

Berkumpul di lobi Hotel Relex Casablanca, Maroko. Menunggu kad kunci bilik masing-masing.
Kaunter Hotel Relex , Casablanca, Maroco.
Ha ni lah makanan pertama kali yang Etuza jamah semasa di Hotel Relex
Casablanca, Maroco. Sedap sangat. Saya kira makanan yang sederhana
tetapi menyihatkan.


Catat Ulasan

0 Ulasan