Gambar Kenangan Bersama Peserta Umrah En. Shamsudin
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bertemu kembali di dalam ruangan catatan blog Etuza. Kali ini hendak tampilkan gambar kenangan Etuza bersama dengan teman peserta Umrah Safwah pada November - Disember 2019. Nama peserta ini ialah En. Shamsudin yang tinggal di Manggatal Kota Kinabalu, Sabah.
Dia ni baik orangnya, cepat mesra dan cepat mendapat kawan. Keramahannya dan sikap berani yang dia miliki menjadikan dia cepat membiasakan keadaan beribadah di Mekah dan di Madinah. Shamsudin ni suka ambil gambar selfi dengan sesiapa sahaja, termasuk Etuza sering diajak olehnya untuk berselfi bersama-sama. Bila dalam keadaan ada ruang masa terutama berehat di bilik masing-masing, masa itu digunakan oleh Shamsudin post atau send gambar selfi dia dengan Etuza serta teman Umrah lain. Dia hantar semua gambar tersebut dalam group Umrah Safwah Nov/Dis 2019. Dapatlah kami semua melihat kelainan gambar dalam camera phone Shamsudin.
Menarik gambar tersebut kelihatannya. Alhamdulillah, bagi Etuza orang lain atau teman dikenali membawa kita bergambar bersama itu peluang dan rezeki sebenarnya. Sebab handphone Etuza bukan lah brand sangat, handphone saudara Shamsudin bila dapat gambar dari dia menarik pula nampak. Sebab itu, Etuza ambil kesempatan abadikan gambar ini di dalam blog Etuza. Kepada Shamsudin, Etuza ucapkan terima kasih atas kesudian mengambil gambar bersama Etuza dan isteri, selamat berpuasa pada masa ini dan MOHON MAAF KAN ETUZA sekiranya sepanjang bersama ada melakukan kesilapan hingga mengguris hati Shamsudin. Mohon maaf, halalkan apa yang Etuza termakan dan terminum sepanjang bersama Umrah Safwah tahun 2019 di Mekah dan di Madinah.
Inilah antara gambar selfi yang di hantar oleh saudara Shamsudin pada Etuza.
Gambar kami sebelum bertahlul..di Saie..
Terima kasih kerana sudi ambil gambar bersama.
Semoga Shamsudin seisi keluarga sihat dan dimurahkan rezeki.
Gambar diarahkan memakai pakaian IHRAM di lapangan terbang KLIA pada
19/11/2019. Di sini telah terlafaz niat UMRAH.
14 Ulasan
Dapat kawan baru semasa buat umrah. Seronoknya, saya takde yang sebaya masa pergi.
BalasPadamAssalamualaikum Etuza, seronoknya hati bila dapat tengok gmbar n baca pengalaman kawan2 ke sana. Semoga ada rezeki SS suatu hari nanti. In shaa Allah. Aamiinn.
BalasPadamKenangan manis yg kalau boleh,nk diulangi lagi dan lagi..kan cikgu..
BalasPadamALHADULILLAH REZKI BERTMU SHBT BAIK DI TANAH SUCI
BalasPadamAlhamdulillah...doakan kami juga dapat pi umrah nanti
BalasPadambestnya kan. Moga saya dapat rezeki untuk mengerjakan Umrah Haji. teringin sgt. MasyaAllah..
BalasPadamAlhamdulillah. Doakan aril jgk untuk sampai dekat sana nnti. InsyaAllah. Aril ade post baru. Jom singgah
BalasPadamAlhamdulillah. Bila agaknya turn saya
BalasPadamAlhamdulillah berpeluang menunaikan umrah. Doakan kami semua dapat menunaikan umrah juga nanti :)
BalasPadampasti ada rasa rindu nak ke sana lagi
BalasPadamalhamdulillah. rezeki kan dapat pergi umrah. lepas tu teringat pula
BalasPadamsemoga rezeki tambah lancar sesuai harapan, aamiin
BalasPadamAssalamualaiku cikgu etuza,
BalasPadamsatu pengalaman yang sangat menarik dan berharga apabila berpeluang menjadi tetamu di haramain. moga cikgu etuza beroleh umrah yang maqbulah.
semoga ikatan ukhwah antara Etuza dan peserta umrah sentiasa berpanjangan
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.