Kuih Lidah, Maksud Kuih Kapal Terbang, Kuih Kereta Angin Adalah Benda Sama Pelik Tapi Benar
Ini Kuih Lidah kalau di Keningau..Tapi di tempat lain, lain namanya..Harap jangan keliru seperti Etuza...mujur cepat kenal.. |
Ini di gelar Kuih Kapal terbang atau Kuih kereta angin di Kedah dan di Perlis..dua nama beza kuih sama.. |
Insan Marhaen ( Klik )Klik Juga Laman Aku Insan Sederhana.
" Saya suka makan kuih karipap berisi kentang, bila sarapan pagi,isteri pula sukan makan kuih kapal terbang"
Inilah kata-kata blogger Insan Marhaen di ruangan komen awal pagi hari ini di blog Etuza. Pada entri pelbagai gambar kuih traditional di blog Etuza yang terbaru terdapat komen dari Insan Maheran.
Lama Etuza berfikir pelik benar nama kuih kapal terbang ini. Baru pertama kali membaca dan mendengar serta di perkenalkan nama kuih Kapal Terbang sebagaimana Insan Marhaen katakan bahawa isterinya suka makan kuih ini. Etuza tanpa berlengah lagi terus kilk search google hendak mencari jawapan sendiri apakah ini Kuih Kapal Terbang.Akhirnya Etuza dapat jawapan, rupa-rupanya Kuih Kapal Terbang itu adalah Kuih Lidah jika di Keningau Sabah. Seperti dalam gambar. Ada lagi kenyataan yang mengatakan bahawa kuih traditional ini di gelar juga Kuih Kereta Angin di Perlis.
Rupanya benda sama tetapi punyi nama berbeza mengikut etnik masyarakat di beberapa negeri di Malaysia. Jika isteri Insan Marhaen menggemari kuih kapal terbang ini, sama lah juga isteri Etuza juga sangat sukan makan Kuih Lidah kuih yang sama. Memang sedap dan gebu kuih ini. Terima kasih Insan Maheran kerana menggerakkan hati Etuza mendalami lagi ilmu mengenai kuih bernama pelik ini tapi benar.
34 Ulasan
bestnya kuih lama2
BalasPadamsedap ..rangut tak puas makan hehehe
PadamCikgu, typo lg.. Rangut = rangup..
PadamApalah kamu UA, asyik cari kesalahan jer.. maaf ya Cikgu.. kita sama2 belajar..
kat tempat saya panggil kuih ni kuih tiram
BalasPadamYa ada juga terbaca di panggil kuih tiram...banyak pula nama kuih ni kan
PadamSaya pun pernah tanya isteri saya.... pasai apa depa panggil kuih kapal terbang walhal tak ada rupa kapal terbang pun..ha..ha..
BalasPadamp/s: Insan Marhaen bukannya Insan Maheran...
terima kasih ya IM..harap tak ambil hati, memang Etuza pertama kali dengar nama ni kuih kapal terbang..rasa nak ingin tahu ja..tulah ada entri hal KKT
PadamTak silap saya ada sesetengah tempat panggil kuih ni kuih lidah buaya atau kuih tiram.
BalasPadamya Farrah betul..ada baca nama tu, di tempat Etuza kuih lidah..
PadamKUIH NI RANGUP TAPI AGAK MANIS SBB DITABUR GULA HALUS...
BalasPadamya memang agak manis. jika lebih letak gula halus, gula aising pun boleh..letak
PadamRajin kau buat research yer... Cikgulah katakan!
BalasPadamminta izin salin gambar kuih KT untuk entri balas....hik!
hahaha tulah sebab tinggi perasaan nak tahu kuih apa ya bentuk kuih kapal terbang..rupanya ini..sama kuih lidah..
PadamSaya pun suka kuih ni etuza tapi saya panggil ni kuih tiram.
BalasPadamya ada ramai kata kuih tiram sama ja kan..kuih lidah kuih kapal terbang..leper agaknya bil di potong..bentuk jg kelihatan seperti sayap kapal..
Padamada juga yang panggil kuih tiram cikgu..dulu PC pun keliru..rupanya kuih yg sama tapi namanya saja berbeza...
BalasPadamkini kita dah kenal satu kuih tradisional banyak nama mengikut negeri kan..PC..))
Padamsaya panggil kuih kapal terbang..
BalasPadamsedap..tp sebelum makan ketuk2 buang gula dulu..
ya memang ada gula kena ketuk2 agar gula berkurangan kan madam kamsiah
Padamdi Tawau pun memang panggil kuih lidah cikgu...saya pun suka makan.. sllu beli.. hehe
BalasPadamSekarang ni susah nak dapat kuih kapal terbang yang sedap.
BalasPadamDi Utara (Pulau Pinang dan Kedah) kuih ini dipanggil kuih kapalterbang. Kuih kereta angin tak pernah dengar pula...
BalasPadam#Pembetulan...bukan Insan Maheran tapi Insan Marhaen...
Sedap kueh ni cikgu..kat tempat yan panggil kueh lidah buaya :-))
BalasPadamdi tempat saya dipanggil kuih kapal terbang atau kuih kasut. Femes sekitar awal 70an dulu. Cikgu tadika mai masuk kampung ajar mak2 masa tu....dulu2 raya pun ada orang buat kuih ni...
BalasPadamTerengganu panggil kuih getah (sebutnya gettah, sabdu gitu) hihi
BalasPadamAssalammualaikum...etuza,
BalasPadamsedap kuih nie.... ermmm tak nafikan.
mselim3
pls: sorry etuza andai lama tak bertandang ke blog etuza... blog etuza nie sentiasa dalam ingatan.. sentiasa ingat kat kekawan...
Sedap tapi manis hehehe...rangup je ..lya tak berapa ingat sgt dah kuih ni sbb masa kecik2 dlu je mkn..dah lama tak jumpa ..anak2 pon tak kenal lagi kuih ni
BalasPadamKuih nie memang banyak nama, dulu Zumal pernah tanya kenapa dipanggil kuih kapal terbang sebab tak ada ciri2 persamaan dengan kapal terbang pun. Orang yang jual hanya ketawa terbahak-bahak ^-^
BalasPadamohh ini ke kuih lidah...my feveret ni..suka sgt!!!
BalasPadamassalamualaikum & hai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)
BalasPadammohon komen murni di
http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form
terima kasih ^_^
kuih lidah buaya ekin suka makan nak buat xmahir lagi
BalasPadamIsteri saya suka juga makan kuih ni.. Memang layan katanya..
BalasPadamKami kat sini panggil kuih tiram
BalasPadamSebab ape nama dia kuih kapal terbang??
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.