 |
| Flight dari KLIA ke Jeddah pada 17.20.2026 Jam 2.25 Pagi. |
Detik ditunggu telah tiba, debaran masih terasa saat menunggu naik kapal terbang menuju ke Jeddah pada 17.10.2026. Jam 2.25 pagi kami menaiki kapal terbang SV 9841.Penerbangan ini memakan masa agak panjang hingga ke Jeddah hingga 9 Jam 55 minit, menyebabkan kami bermalam dalam kapal terbang begitu lama. Ramai penumpang tidur sepanjang penerbangan dan tidak terkecuali Etuza dan isteri.
Tiba-tiba pengumuman bahawa akan mendarat ke dataran Lapangan Terbang Jeddah dan diberi nasihat agar pasangkan tali kelidar dalam Bahasa Arab.Akhirnya sampai dengan selamat.Etuza bernafas bersyukur dan segera menunaikan solat secara Jamak di surau di Jeddah.
Kami menunggu di Lapangan Terbang Jeddah sehingga naik Flight semula.Tetapi kali ini kami naik Kapal Terbang menuju ke Maroco pada jam 12.00 tengahari. Teruja juga apabila melihat Kapal Terbang Airline Soudi Arabia. Ya Allah selamatkan penerbangan kami dan jauhi dari musibah. Nama Etuza dan isteri tersenarai sebagai perserta Travel Program Agen Andalusia Oktober 2026. Pasti dengan izinNya akan banyak pengalaman kembara Etuza kali ini kerana melibatkan negara di lawati di Negara Eropah serta negera yang telah menang Piala Dunia ( FIFA World Cup) baru-baru ini.
 |
| Anak hantar ke Klia 1pada malam 16.10.2026. |
 |
| Sinar mentari yang indah ketika memandang ke luar jendela Kapal Terbang. |
Terimbau kenangan semasa Umrah Feb 2026
 |
Semoga penerbangan ini selamat dan di berkatiNya.Aamiin. Selamat kembali semula kepangkuan keluarga. |
 |
| Perjumpaan dengan semua ahli group Agen Andalusia. |
 |
| Tenang menunggu flight ke Jedaah.Dalam hati ada debaran.. |
 |
| Tiba di Jeddah dengan selamat,. |
 |
| Sajain makanan yang lazat di dalam Kapal Terbang AirAsia Ke Jeddah. |
 |
Gambar ini, bagaikan menyambut kami dari Kuala Lumpur. Sampai di Jeddah dengan selamat. Syukur Alhamdulillah. |
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.