Melawat Di Mesilou Higland Strawbery Farm,Seolah Berada Di Luar Negara.

 

Mohon maaf, line di Homestay tempat kami tinggal tidak lancar. Updated blog agak lambat. Log out dulu.InshaAllah balik Keningau akan kongsikan percutian kami di Kundasang Ranau. ( Jam 8.00 malam semalam )

Klik SINI entri di Kundasang, Ranau Sabah.

Mesilou Higland Strawbery Farm, Tempat Menarik Untuk Family.

Alhamdulillah selesai solat subuh jam 4.51 pagi di Kundasang Ranau, segera Etuza cuba online kerana beranggapan line maksis lancar bila awal pagi. Ternayata rezeki kerana line lancar dan bolehlah kemas kinikan blog ruang Entri tertangguh semalam. Apa khabar semua pembaca maya dan teman-teman bloggers?. Semoga sihat semua dan meneruskan rutin kehidupan hari ini Sabtu 6.6.2026.

Kami masih bercuti di Kudasang Ranau untuk hari ketiga. Hari kedua ada kami melawat di Mesilou Strawbery, satu tempat yang rugi jika tidak datang ke sini andai ke Kundasang, Ranau. Tempat yang segar udara, sejuk dan rekabentuk bangunan yang unik dan sangat cantik untuk mengabadikan gambar sekeluarga. Cuma kecewa sedikit kerana masa kami datang pokok atau pohon strawbery di kebun Mesilau tidak berbuah banyak. Buah yang ada telah dipetik dan dijual dalam anggaran harga RM19 dalam 7 atau 8 biji buah strawbery. Selain ada kek perasa strawbery dan jenis makanan lain. Menariknya di sini.

Semua pokok strawbery di tanam dalam poley bag warna putih dan dipeliahara dengan sempurna dari segi penyiraman air yang mencukupi, pembajaan subur dan baja buah, daun yang lebar dan serba hijau menampakkan keadaan pokok strawbery yang cukup di pelihara.Strawbery tumbuh dengan baik dan berbuah lebat di Mesilou kerana Kundasang cuaca sangat sejuk dan berangin. Rangsangan cuaca sebegini memang sangat sesuai pada jenis tanaman yang memerlukan udara sejuk sepanjang masa.

Ketibaan Di Mesilou Strawbery Farm.

Pintu gate untuk ambil tiket RM 3.00 bagi yang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak.Kami dibenarkan masuk dengan mesra dan layanan yang terbaik dari semua tenaga kerja di Mesilou Strawbery. Pelbagai sudut menarik untuk bergambar dan tempat makan yang dipayungi dengan atap tumbuhan melingkar. Segar sekali. Melawat tempat ini hanya dibuka sebaik 7.30 pagi hingga ke 5.30 petang.Perkhidmatan hotel atau homestay juga disediakan banyak di kawasan dekat dengan kebun strawbery.
Kami sempat makan buah strawbery dan mengambil gambar. Anak-anak juga teruja berada di sini. Alhamdulillah dapat rasanya melapangkan fikiran dan riadah ini menyihatkan minda bagi kami sekeluarga. Syukur nikmat melancong di Kundasang Ranau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan gubahan minda manusia di Kundasang Ranau, Sabah.


Tempat makan minum yang seolah beratapkan tumbuhan bunga  merayap atau melilit..segar, sejuk
udara bersih..

Pemandangan sekitar hotel atau homestay di Mesilou Strawbery Kundasang, Ranau.

Susanana di sekitar luar Hotel atau Homestay yang disediakan. Struktur binaan yang menarik
seolah berada di luar negara adanya.

Unik struktur dan berwarna warni..

Etuza sempat merakam gambar pepohon strawbery di kebun..sangat banyak dan luas..

Pelbagai sajian berasaskan buah strawbery..

Gambar kek dan buah-buah strawbery yang tersisa, kerana terlalu ramai pelancong 
datang ke sini setiap hari.



Duduk santai makan bhuah strawbery..lihat bunga melingkar cantik sekali..




Alhamdulillah anak dan cucu happy berada di sini..kenangan yang terindah.



Abadikan gambar kami sekeluarga..

Gambar kenangan kami di Mesilou Strawbery, Kundasang Ranau.
Makan buah strawbery di Mesilou Strawbery farm di atas truk ( coner atas )


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Cantik tempat ni...
    Selamat bercuti Cg

    BalasPadam
  2. Musim cuti sekolah, kena ambil kesempatan untuk bercuti..

    BalasPadam
  3. Cantik tempatnya.. nampak tenang.

    BalasPadam
  4. cantik suasananya macam kat obesi

    BalasPadam
  5. Cantik tempatnya..... nampak tenang

    BalasPadam
  6. uiiii gerammmm tengok strawberry tuuuu

    BalasPadam
  7. Ini memang tempat viral ke cikgu? Lawa tempatnya. Bangunan warna warni macam di tempat omputih

    BalasPadam
  8. Cantik sungguh pemandangan di Mesilou Highland Strawberry Farm ni, strukturnya memang nampak macam kat 'oversea'! Patutlah anak dan cucu Cikgu Etuza semuanya nampak happy. Walaupun line internet di homestay agak kurang lancar awal pagi, terima kasih sebab usahakan juga untuk update blog dan berkongsi 'hidden gem' Kundasang ni dengan kami. Selamat bercuti buat Cikgu sekeluarga!

    BalasPadam
  9. rugi betul MZ tak dtg sini masa cuti2 kundasang last year(or was it last 2 yrs)..sbb tempat ni tak de dlm list itinerary travel agent tu! memang best la dpt visit kebun strawberries niiii

    BalasPadam
  10. Saya paliiiiing suka kalau bisa berlibur ke tempat sejuk begini. Dan biasanya strawberry memang tumbuh bagus di wilayah sejuk ya bang . Cuma kdg masih menjadi misteri, kenapa strawberry yg kita bawa dr kawasan sejuk, pas sampai di rumah jadi asam hahahahahhah

    Kayak kemarin lah, saya beli strawberry dari Lembang ( Bandung). Maniiis. Sampai dj JKT jadi asam 🤣. Akhirnya saya jadikan jus, campur susu kental manis . Barulah sedap

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.