Catatan ini diulang kembali, catatan di blog pesona Etuza tahun 2022. Berminat sila klik SINI. Catatan sebenar tahun 2022, boleh baca komen rakan blogger sisini.
Agak lama tidak mengetuk pintu maya. Bagaikan kehilangan kunci untuk buka pintu laman Pesona Etuza Warna Kehidupan. Apakan daya kita semua tidak mampu melakukan semua perkara. Cuma tidak pernah lupa pada laman ini, rumah maya blogger yang suatu masa diawal penglibatan seru diri ini dengan mencatat setiap hari cerita dan pengalaman mewarnai dunia realiti. Blog melengkapkan kenangan yang mengujakan.
Dalam Lapangan Terbang Kota Kinabalu, menunggu Kapal Terbang( selfi )
Kami ke Johor untuk mengiringi anak kami yang ketiga kerana mendapat tawaran kerja sementara di Klinik Pergigian I Sihat ( Dental Care ) Johor. Anak mencari kerja online sebaik keluar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah. Telah di panggil temuduga di dalam sektor Sumber Manusia tetapi nasib belum menyebelahi anak. Akhirnya menerima tawaran pekerjaan di Klinik Pergigian I Sihat di Johor dengan tawaran gaji permulaan RM 1900 sebulan dan tambahan elaun yang berkaitan. Selain itu hendak mendapatkan pengalaman katanya.
Teruja pertama kali sampai di Johor, kami disambut banner ini. Majestic Johor.
Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah.
Tidak menyangka akan ke Johor sebenarnya, apabila anak ketiga memberi surat tawaran dari Klinik I Sihat Bukit Indah, Johor, Etuza jauh berfikir, tentang kerjaya dan masa depan anak keluran UMS dalam bidang Human Resources (HR) Industry. Apapun ini peluang dia hendakkan pengalaman bekerja, semoga nanti ada manfaat dan membawa kebaikan kepada anak ini. Maka sahlah kami FLIGHT akhirnya ke Johor pada tahun 2022.
Masyarakat Johor Ramah Tamah.
Johor juga mempunyai panorama indah sekali.Nampak suasana jalan raya dengan masyarakatnya ramah tamah. Menjadikan kami amat GIRANG memijak tanah di Bumi Johor. Menuju ke Bukit Indah untuk tujuan mendapat kan penginapan, hati tidak sabar lagi untuk berziarah ke pusat Bandaraya Johor iaitu di Johor Baharu Johor. Tempat menarik yang mesti Etuza tunaikan ialah hendak bersiaran di sekitar Masjid cantik iaitu masjid Abu Bakar. InshaAllah akan tunaikan niat itu hari ini.Semoga Allah tunaikan hasrat ini.
Setiba di Lapangan Terbang Senai, menuju keluar untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Ambil gambar kenangan pada banner JOHOR .Nampak cantik nama Johor ini. Alhamdulillah kami berada di Johor dengan hati Girang dan amat bersyukur pada Allah atas kesempatan dan peluang terindah ini. Hotel kami menginap juga tidak kurang cantik, bersih dan ramah tamah perkerja di Hotel ini. Boleh Tengok gambar kenangan.
Menginap Di Hotel Zamburger Bukit Indah Johor.
Hotel ini telah di bayar oleh anak sebelum ke Johor lagi secara online, hanya ambil kunci dan masuk bilik. Agak murah dalam dua malam menginap di sini, dan bolehlah beradu setelah penat dalam kapal dan mencari kereta ke hotel ini. Solat juga menjadi keutamaan, dan hotel ini ada menyediakan bilik khas untuk orang muslim menunaikan solat, membaca quraan dan berehat sambil berzikir.
Nampaknya kena update lagi keberadaan kami di Johor pada tahun 2022. Kerana sangat banyak gambar kenangan yang tersimpan dalam Google Photo. Entry ini satu-satunya catatan di blog Etuza pada tahun 2022 berkaitan pelancongan ke Johor, entah ke laut mana moody Etuza dari 2022,2023 dan 2024 serta awal tahun 2025 blog tak dibuka , pelik dan hairan juga tau. Apapun sudah terjadi, apakan daya. Jumpa lagi.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.