 |
Teruja makan di Cafe Restauran Glacier ( APIA ) Tepi jalan menuju ke arah Chefchaouen dan ke Tangier.
|
Bertemu kembali, awal pagi updated kan blog kesayangan ini. Ya, tempat ku meletakkan cerita manis, yang berseri menyerikan ruang rasa kehidupan ku seketika di Dunia yang bersifat sementara ini. Sesungguhnya bahagia itu adalah dalam situasi beda antara kita. Harus bagaimana anda merasa bahagia? itu hak anda untuk menyatakan.
Kali ini, hendak hamparkan lagi satu moment sangat indah ketiika kembara di Marocco, Spanyol dan Portugal. Iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Chefchaouen dan ke Tangier. Bas pelancong berhenti di tepi jalan untuk kami singgah satu Cafe Restaurant. Nama tempat ini ialah APIA Cafe & Restaurant Glacier di Maghiribi. Memandang depan Cafe ini, Etuza teruja untuk melihat persekitaran dan segera mengambil gambar sebelum duduk ramai-ramai pada meja panjang yang telah dikhaskan untuk kami pelancong dari Malaysia, Berunai.
Cafe Restaurant Glacier ( APIA Cafe & Restaurant Glacier di Maghiribi.)
WOW!! bagaikan tempat makan minum dan makan aiskrim dalam taman indah yang penuh dengan kesegaran bunga-bunga yang pelbagai. Sangat hebat sentuhan pemilik cafe ini.Selain udara segar, rasa amat damai berada dalam cafe ini. Kami disajikan minuman, buah-buahan segar , makanan seperti di gambar atas dan pembasuh mulut. Kami nikmati makanan itu dengan selera masing-masing. Ya Allah hebatnya anugerahMu ini. Memberikan kami rasa begitu bahagia berada di permis makan yang menyentuh kesegaran jiwa. Selepas makan tengahari, kami langsung menuju ke surau dan solat jamak secara berjemaah bagi yang lelaki.
Alamat: KM5 Route de Chefchaouen, Ouazzane 16200, Morocco.
Satu perkara menarik: restoran ini sebenarnya terletak di Ouazzane, Ia berada di laluan Fez menuju Chefchaouen. Kenangan amat manis ketika berada di sini. Bukan mudah untuk sampai ke sini, harus melalui perjalanan yang jauh hingga memakan masa sekitar tiga jam atau 5 jam baharu sampai ke tempat yang dituju.Kepada teman-teman blogger dan teman-teman bersama travel 17.10 hingga 28.10.2026, mari imbas kembali detik indah bersama di cafe ini. Selamat membaca dan jumpa lagi di lain catatan.
Suasana Restoran APIA.Sebagai Imbasan & Lihat Gambar-Gambar Menarik Kenangan Kami.
Kelihatan seperti sebuah restoran taman yang indah sekali.
Meja makan panjang untuk rombongan.
Ruang makan terbuka dengan bumbung pergola.
Dihiasi pokok-pokok hijau dan tanaman tropika.
Meja dihias dengan jubin bercorak Maghribi.
Nampaknya rombongan kami dapat menikmati suasana makan bersama-sama sebelum meneruskan perjalanan ke Sepanyol.
Kenangan seperti ini memang berharga. Bukan sekadar melancong, tetapi pengalaman bersama sahabat-sahabat dalam perjalanan yang jauh.








0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.