Waterfront Kuching, Sarawak Kala Malam & Siang

Waterfront Kuching, Sarawak Kala Malam & Siang

Tidak pernah bermimpi hendak ke Sarawak, kerana memikirkan kehidupan Etuza yang hanya sederhana, tetapi apabila Allah beri rezeki kepada anak-anak yang Dia titipkan pada Etuza barulah tersedar bahawa ini bukan mimpi tetapi realiti dan pasti. Anak diberi tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) menjadikan Etuza terasa amat bersykur kerana kini dapat berpijak di Bumi Kenyalang sebuah negeri yang terbesar di Malaysia berdasarkan peta Sarawak dalam Malaysia.

Kuching merupakan ibukota Sarawak. Bagaimana rupanya, kini Etuza dapat melihat dengan nyata gambaran itu. Inilah dia beberapa gambar yang Etuza bawa untuk kita tatap bersama. Teman dari jauh melalui whatsup bahawa jika ke Kuching tidak sah lawatan ke Sarawak andai tidak pergi ke WATERFRONT ketika malamnya, kerana pada malam hari kelihatan kawasan Waterfront sangat menarik dengan sinaran cahaya berwarna-warni. Pergi lah tengok pasti merasa menariknya Waterfront yang satu-satunya di pusat ibukota Kuching yang  menjadi satu daya tarikan kepada pelancong seperti Etuza. Jemput tengok gambar ini.

 Cantik cahaya di waktu malam menuju ke Waterfront ( Jambatan )

 Hasilnya inilah dia kawasan Waterfront yang dikatakan menarik itu. Wah!! pancutan air nampak berwarna warni. Memang rugi lah Etuza dan isteri jika tidak sampai di kawasan ini di waktu malam. Terima kasih kepada teman yang memberikan idea atau menggesa kami datang ke sini ketika malam. Keadaan cahaya bersinar dan ramai pengunjung datang di Waterfornt mulai awal malam hingga jam 12 tengah malam. Ada juga peniaga menjual berbagai barangan jualan di sini ketika malam dan siang hari.

 Pancutan air, menariknya apabila keluar cahaya warna-warni pada
pancutan air ini...

Ada banyak reakreasi di Waterfront, antara lainnya ialah kita dapat melihat diseberang sana tersergam indah bangunan yang unik iaitu Bangunan DUN Iskandar ( Dewan Undangan Negeri ) sangat cantik dan unik reka bentuknya. Masa yang begitu suntuk menghadkan langkah kaki untuk sampai ke bangunan itu. Namun gambar ini cukup terbaik bagi Etuza. Syukur kepadaNya kerana memberi peluang melihat panorama Bumi Kenyalang ini.

Sorry agak pecah gambar ..nampak kan DUN dekat seberanga sana..

Ramai yang bersiaran di kawasan Waterfront di kala malam..
sayang sekali masa Etuza ke sini hujan renyai-renyai..agak basah rambut
lalu kami bergegas balik ke penginapan...

Cahayanya berwarna - warni..sangat teruja melihatnya..
belum puas menyaksikan semua keindahan ini..sepertinya hendak datang lagi sekali..

Mama abadikan kenangannya juga di Waterfront..

Tasik di Waterfront ketika siang..tidak ada keadaan warna-warni
melainkan terlihat saujana tasik dan uniknya bangunan DUN Kuching Sarawak 

 Menarik kan di Waterfront Kuching Sarawak

Keunikan Waterfront yang menjadi daya tarikan di Kuching Sarawak.

Di Waterfront Kuching, ini juga kita boleh menaiki bot untuk ke seberang, dan menurut informasi yang Etuza dapat, kita akan dapat melihat Kek Lapis Sarawak yang segar baru dan original serta harga yang murah. Umpamanya kita datang membeli Kek lapis Sarawak di tempat kilang Kek Lapis Sarawak, kerana di katakan tempat ini adalah tempat letaknya berbagai-bagai rupa bentuk dan aneka Kek Lapis Sarawak. InshaAllah akan datang hendak cuba ke seberang sana. Jika hendak memancing ikan juga dibolehkan di Waterfront, selain naik Jambatan hingga ke puncaknya.Pasti dapat melihat keindahan ibukota Kuching Sarawak ini. Baik lah hanya ini catatan Etuza tentang Waterfront Kuching Sarawak. Jumpa lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan