Tangisan & Rintihan Ini Mengapa Dan Kenapa?
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bertemu lagi dalam arena penulisan di blog Etuza ini. Agak lama tidak menulis sejak akhir-akhir ini. Masih ada waktu sebenarnya, ada ruang masa tertentu andai saja dilaksanakan satu penulisan yang berterusan di maya pada ini. Maaf sekiranya ada yang ternanti-nanti kehadiran catatan dari Etuza.
Sesungguh-Sungguhnya Mahu Tunaikan Umrah 2019
Jujur aku ( etuza ) katakan bahawa hasrat pergi menunaikan Umrah suatu masa lalu belum terdetik dalam hati, walaupun aku tahu bagi yang mampu sangat dituntut untuk menunaikan Umrah ataupun Haji. Tanpa disangka apabila terbit niat hendak menunaikan Umrah terasa tidak dapat ditahan lagi. Mahu saja terbang detik itu menuju ke Mekah tempat adanya Masjid Baitulharam. Aku jaga niat hendak tunaikan Umrah bersama isteriku, aku pupuk dan aku sirami dengan segenap keikhlasan, demiMu ya Allah, demi Mu untuk merai keredaan dan kerahmatan Mu ketika di Dunia dan di Akhirat. Masa itu aku sudah tidak memikirkan soal aku layakkah menjadi tetamu Allah di Mekah. Aku bulatkan sesungguh-sungguhnya bahawa hujung tahun 2019 pastikan aku dan isteri dapat memijak di Bumi Mekah. Tindakan mendaftar diri dengan agen Harmony Sdn Bhd telah dilakukan, semuanya telah diselesaikan tinggal menunggu penerbangan ke Jeddah Arab Saudi.
Tong berisi air Zam-Zam di Masjid Nabawi, Madina.
Umpama Mimpi, Sedangkan Nyata.
Syukur kehadartNya, kerana niat pergi Umrah telah tercapai, dan aku merasakan bagai mimpi tiba-tiba aku dan isteri berada di tanah Suci, tanah Mekah, di hadapan kami tersergam indah Kaabah yang penuh dengan manusia yakni hambaNya yang semuanya beriman yakin kepada kuasa Allah. Bertawaf bersama dan zikir tanpa henti siang dan malam dan pastinya 24 jam tanpa henti. Zikir berkumandang membesarkan Allah. Dan aku tahu banyak sekali pengalaman dan rasa kelazatan beribadah di Mekah. Sungguh lain rasanya, begitu dekat dengan Allah, ada ketika aku diuji olehNya. Cukuplah bagiku nikmat diuji ketika di Mekah sesungguhnya ujian itu memantapkan iman kita ketaqwaan kita. Aku simpan dahulu pengalaman dan pengetahun ku ketika di Mekah. Sungguh manis untuk dikenang hingga terasa saat ini masih segar dan berparut dalam sanubariku apa juga peritiwa perjalanan Umrahku di Merah. Ya Allah sungguh hebat kasih sayang Mu pada kami hambaMu yang tidak sempurna ini.
Depan Mimbar Nabi Muhammad SAW, indah bersalut
hijau dan tulisan kemasan, di sinilah aku dekat dengan Makam Nabi Muhammad SAW.
Rintihan & Tangisan, Ya Alllah Mengapa?
Awal pagi Sabtu hari itu, aku awal-awal keluar dari Hotel menuju ke Masjid Nabawi. Saat teman-teman dalam bilik masih lena, aku bergerak keluar seorang diri, niat hendak iktikaf menunggu Solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi. Dalam hati aku nak solat sujud dekat Makam Nabi Muhammad SAW, biarpun jauh apabila begitu ramai jemaah dari seluruh Dunia, asal aku nampak depanku tempat Nabi di makamkan maka aku berpuas hati. Saat begini awal sekitar jam 3 pagi atau 4 pagi memang akan beransur nanti penuh Masjid Nabawi, kecuali di bahagian pintu yang jauh berdekatan dengan jalan menuju ke Perkuburan Baki melalui jalan Babussalam. Aku rasa memang perasaan lain sekali pada hari itu. Seolah ada kesedihan yang membuat aku terasa begitu hiba, pilu dan saat itu seolah aku hendak menangis, tetapi aku masih dalam perjalanan menuju ke dalam Masjid Nabawi Madina.
Aku menunaikan solat sunat, berdoa dengan sedaya upaya untuk khyusuk hanya kepada Allah mohon ampunan, di minda penuh dengan harapan kepada Allah mohon diampunkan segala dosalalu. Setelah azan selesai aku segera solat sunat lagi, sementara menunggu iqmat aku berdoa-dan berdoa.Tiba-tiba perlahan aku terisak, rintihan dan tangisan pecah dan betul-betul rintihan dan tangisan benar-benar jauh dari sudut hati dan jiwa keluar akhirnya. Kenapa aku begini? Kenapa aku terasa begitu sangat merintih dan menangis hingga berlinangan air mata membasahi pipi seorang aku ( Etuza ). Aku gagahi untuk berdoa setakat aku dengar di telinga ku sendiri. Pasti zikir memohon ampun pada Allah tidak terpisah dimulutku dan berselawat ke atas Nabi akhir zaman.
Saudara sekalian yang sedang membaca catatan ku ini, sesungguhnya aku menangis merintih yang benar-benar lahir dari hati ku, adalah disebabkan aku merasa kan aku masih melakukan kelalaian ketika berada di Madina di mana tempat tinggal hanya lah sejauh 120 meter dari Hotel Al-Eiman Al-Manar. Aku sedih kerana terasa tidak 100 % memanfaatkan beribadah di Madina, khasnya apabila berada di Masjid Nabawi.
Sebaik Etuza membaca kata-kata Nabi Muhammad SAW, iaitu katanya "Sesiapa yang tidak datang menziarahi makamku, sesungguhnya dia adalah membenciku".
Aku tersentak dari lena semasa membaca di buku panduan Umrah yang diberikan. Segera aku berfikir pada hari ketibaan sepatutnya pada malam hari, selepas mandi membersihkan diri kerana seharian dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, aku terus bersama teman lain ziarah dahulu Masjid Nabawi. Tetapi kami tidak sempat melakukan ziarah itu melainkan kami melayan tidur di katil yang empuk dan dingin dengan aircon. Justru terfikir keadaan itu aku merasakan rugi sekali berada di depan mata pahala berganda-ganda dan rahmat Allah tetapi aku bagaikan gagal mengutipnya dari malam pertama di Madina. Aku bagaikan menunggu dan menunggu jemaah bergerak ramai-ramai, sedangkan aku boleh saja bergerak sendiri dengan di temani oleh Allah, kasih sayang Allah menuju ke Masjid Nabawi pada malam itu.
Sebaik Etuza membaca kata-kata Nabi Muhammad SAW, iaitu katanya "Sesiapa yang tidak datang menziarahi makamku, sesungguhnya dia adalah membenciku".
Aku tersentak dari lena semasa membaca di buku panduan Umrah yang diberikan. Segera aku berfikir pada hari ketibaan sepatutnya pada malam hari, selepas mandi membersihkan diri kerana seharian dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, aku terus bersama teman lain ziarah dahulu Masjid Nabawi. Tetapi kami tidak sempat melakukan ziarah itu melainkan kami melayan tidur di katil yang empuk dan dingin dengan aircon. Justru terfikir keadaan itu aku merasakan rugi sekali berada di depan mata pahala berganda-ganda dan rahmat Allah tetapi aku bagaikan gagal mengutipnya dari malam pertama di Madina. Aku bagaikan menunggu dan menunggu jemaah bergerak ramai-ramai, sedangkan aku boleh saja bergerak sendiri dengan di temani oleh Allah, kasih sayang Allah menuju ke Masjid Nabawi pada malam itu.
Perasaan agak lalai dalam hati begitu memukul hati dan jiwa ku, hingga aku terus merintih dan merintih dalam sujud menyembah Allah berdekatan dengan Makam Nabi Muhammad SAW. Aku merasakan banyak dosa, walau berada di Mekah dan di Madina terasa aku masih berbuat dosa, lalu aku kembali merintih dan merintih tanpa henti. Selesai solat Subuh hari itu di pagi Sabtu aku masih menadah tangan dan merintih dengan linangan air mata yang tak henti-henti. Ya Allah aku tidak pernah sebegitu merintih melainkan apabila berada di Masjid Nabawi.
Sebab kedua yang aku pasti mengapa dan kenapa aku merintih menangis ketika itu ialah, aku terkenang bahawa esoknya aku dan jemaah akan meninggalkan Masjid Nabawi dan keluar dari Kota Madina yang begitu aman dan damai bagi ku. Aku tidak akan dapat beribadah seperti di Mekah dan di Madina lagi, terasa mahu sentiasa berada di Madina. Memang jauh beza keadaan beribadah di halaman rumah Allah yang paling kita dekat dengan Allah dan kita disajikan dengan berbagai kelazatan ibadah kepada Allah. Ya Allah adakah lagi peluang ku untuk datang di Mekah dan di Madina. Berfikir hal ini lalu aku merintih lagi tanpa henti. Disekeliling ku, rasanya aku saja yang merintih, aku tahu ramai jemaah yang melihat aku, tetapi saat itu tiada perasaan malu pada manusia, tetapi aku merasakan sangat malu pada Allah, sesungguhnya itulah antara sebab mengapa dan kenapa aku menangis merintih tak henti.
Akhirnya aku ubati hatiku, aku rawat jiwaku dengan meminta Allah tenang kan hatiku dan mohon aku berhenti merintih dan menangis, kerana aku sedar aku menangis begitu lama sehingga di sekeliling aku tiada lagi jemaah beriktikaf, mereka beransur keluar dari masid untuk bersarapan atau kembali ke hotel masing-masing.
Aku sungguh-sungguh yakin Allah sedang perhatikan aku dan aku benar-benar memohon doa agar aku dan seluruh keluargaku serta teman-teman lain mendapat syafaat dari Nabi Muhammmad SAW di akhirat nanti. Aku bersangka baik pada Allah bahawa Allah telah pun mendengar doaku memohon ampun pada semua dosaku. Allah sayang aku dan semua jemaah, kerana kami semua dalam keadaan aman dan damai sekali di Madinah tanpa ada sedikitpun masalah. Subahanallah, perlahan kering air mataku walau masih ada rasa isakan tetapi semakin reda. Alhamdulillah aku bangun dan bergerak keluar dari Masjid Nabawi dan keluar melalui atau melimpasi Makam Nabi Muhammad SAW di mana aku dapat melihat kubah hijau, itulah tanda makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi Madina.
Cantik kan paip ambil wuduk dan Tandas Lelaki, gambar luar tandas
bila masuk ke tandas kena TURUN ikut LIF dulu baru jumpa tandas ya
Situasi Dalam Masjid Nabawi pada awal pagi sekitar
jam 3 dan jam 4. Belum ramai jemaah ..
Kelihatan kubah hijau pada atas Makam Nabi Muhammad SAW
di Masjid nabawi, Madina Arab Soudi.
8 Ulasan
Waalaikumussalam. Terima kasih atas perkongsian. Gembira rasa hati dapat tengok gambar di tanah suci
BalasPadamalhamdullilah
BalasPadambestnya semua gambar di sana tu, dana tak tau pun tandas tu ada lif ke bawah... mesti banyak kan tandas kt situ... maklum berjuta-juta yang ada ke situ...
BalasPadammasjid sentiasa ada orang 24jam... indahnya dapat ke sana
Sama. Pernah rindu nak buat umrah. Alhamdulillah Allah beri kesempatan.
BalasPadamsemoga diri ini direzekikan juga utk ke sana 1 hari nanti..
BalasPadamAlhamdulillah, doakan saya sampai ke sana ya cikgu
BalasPadamjumpa bangjat x kat sana? hahaha
BalasPadamAlamak..berselisih kot ..kami dahulu balik Malaysia baru temannya datang tu.
PadamTak ada,ramai kawan orang Arab ada..peramah tul orang Arab
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.