King Laksa Sarawak

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera.


Kali ini kita travel ke Sarawak. Kebetulan anak ke empat study di Universiti Sarawak ( UNIMAS) masa itu. Ambil kesempatan bersiaran atau ronda - ronda di Bandar Kucing serta kawasan Samarahan. Seronok sekali melihat keindahan di Kuching Sarawak. Dan paling gembira kami sempat ke Restoran King Laksa Sarawak. Selain di  Kuching Waterfront yang terkenal sebagai tempat rekreasi dan tarikan pelancong. Serta mencari restoran yang menyajikan laksa Sarawak menjadi sasaran hendak dituju.

Laksa Sarawak Sedap 

Datang di Sarawak dan sah kan travel anda di Negeri Sarawak dengan menjamu selera di King Laksa Sarawak atau di mana-mana permis makanan yang menyajikan Laksa Sarawak. Bermakna berbaloi datang di Sarawak apabila ada moment manis makan Laksa Sarawak. 

Gambar travel ini kini hanya kenangan. Ke udara maya pula malam ini apabila klik Photo Play yang sabar menyimpan koleksi gambar-gambar kami walau ke mana. Anak sudah tamat belajar dan hanya tunggu penempatan. Alhamdulillah. Andai ada rezeki ada niat lagi hendak travel ke Negeri Sarawak. Ada yang nak ikut ke Sarawak?. 

Kepada anda yang datang klik laman Pesona Etuza, sila lihat gambar-gambar berbicara. Sampai jumpa lagi di lain catatan. Salam sayang jumpa lagi.

Di hadapan King Laksa Sarawak, di Kuching Sarawak

Mama dan Nick Irfan..

Buku menu di King Laksa Sarawak..
Pisang tu free ja, di beri makan kepada pelanggan..

Restoran King Laksa Sarawak best lah..

Baca doa dulu sebelum jamah Laksa Sarawak

Rupa menu Laksa Sarawak, sungguh lazat ni..

Mula makan dah...Bissmillah

Laksa Sarawak juadah tradisional Sarawak..

Sampai habis..mujur kenyang .Alhamdulillah..

Sekiranya ada pembaca dari Sarawak terklik laman ini, mohon tegur jika ada kesilapan tempat ini. Yang pasti kami ke Kuching Sarawak masa kami ke UNIMAS. Kami berada di Sarawak masa itu dalam dua hari sahaja. 

Catat Ulasan

0 Ulasan