Kembara Di Eropah Berakhir Di Kota Baharu,Kelantan.

Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila secara tiba-tiba tersenarai nama Etuza dan isteri sebagai antara dua orang dari 25 ahli pelancong ke negara Eropah, anjuran Agen Travel Andalusia,Kuala Lumput selama 12 hari berlangsung. Rasa bagaikan mimpi tapi nyata apabila sebenarnya pada 28.10.2026 kami mendarat di KLIA Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya pelancongan ini.Kembara kami suami isteri rupanya masih belum selesai apabila kami meneruskan kembara kami ke Kota Baharu,Kelantan, menyahut cabaran empat hari di Tanah Merah, di rumah kediaman anak menantu di


Kelantan. Justeru itu langkah perlu di kuatkan atau diteguhkan selain semangat daya keyakinan diri demi menjayakan kehendak anak- anak cucu yang disayangi, mahu bersama ibubapa sekembali kami dari percutian di Eropah.


Kata orang jauh berjalan luas pengetahuan luas pandangan semanis kenangan seindah bahagia kehidupan ini. Siapapun pasti merasa hidup bahagia apabila berpeluang meneroka ke Bumi Eropah seperti di Marocco Spanyol dan Portugal. Melawat Bandar besar Dunia seperti Bandaraya Marakesch, Rabat,Fes, Kota Mardid,Lisbao, Garanda, Toledo dan sebagainya membuat diri rasa tidak percaya tetapi nyata dan ini adalah realiti yang benar - benar nyata.Rasa terharu, bangga dan kagum keindahan dan kehebatan negara negara maju di hamparan pandangan mata.Terpukau seketika tetapi segera menyedari panorama Bumi Malaysia tidak kurang indah dan hebat kini pada alaf kehidupan alaf 21.

Meneroka Kelantan, berpusat operasi di Tanah Merah, kami suami isteri dan anak-anak cucu sekali lagi melihat kiri dan kanan pembangunan di Kelantan yang ibu kotanya di Kota Baharu. Datang di Kelantan kita akan tahu secara langsung bahawa Kelantan ini kaya dengan menu makanan yang lazat sekali, sedap dan secukup rasa.Masyarakat di mana pun sangat ramah dan menghormati pelancong seperti Etuza sekeluarga dari Negeri Sabah.Empat hari di Kelantan menjadikan diri mengenali beberapa jenis makanan dan minuman yang lazat sekali. Diturutkan hati,diri bagaikan tidak mahu meninggalkan Negeri Kelantan hanya kerana citarasa makanan yang enak belaka.

Berakhir Kembara Ini Pada 2.11.2026.

Hari ini,bangun pada apabila terdengar suara cucu di ruang tamu rumah menantu di Tanah Merah,Kelantan. Segera bingkas dari peraduan seolah teruja, hendak terus berkemas dan mengurus diri sebagai persediaan kembali ke Bumi Di Bawah Bayu,iaitu negeri Sabah.Diri seolah melihat lambaian tangan yang merindui kami, melihat juga taman indah di Laman rumah menanti kehadiran kami kembali kepangkuan keluarga yang tercinta. Terbayang semua apa di halaman rumah yang turut merindui kehadiran kami berdua.Taman Etuza Garden kami kembali dengan kekuatan doa dan rahmatNya.Kami kembali dengan penantian anak- anak,harapan yang kuat dan kepaduan doa anak- anak agar kami berdua kembali dengan selamat dan bahagia kepangkuan anak- anak tercinta. Petang ini terbang dari Kota Baharu ke KLIA dan kemudian penerbangan semula dari KLIA ke Kota Kinabalu dan akhirnya ke rumah kediaman di Daerah Keningau,Sabah.Subahanallah berakhirnya kembara ini petang ini dengan izjnNya juga.Terima kasih doa tulus kawan- kawan blogger,kawan travel ke Eropah dan doa tulus anak- anak yang kami tinggalkan.




 

Catat Ulasan

0 Ulasan