Burung Merpati Datang Dua Kali Di Tepi Jendela Bilik Penginapan Di Madinah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Selepas solat subuh, usai berdoa lalu mengambil Quran kalam Allah dan membaca Juzuk 24 hingga habis. alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan. Kala kita diperintahkan oleh pemerintah atau kerajaan iaitu perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang berlangsung lagi hingga ke 28/4/2020, apakah lagi amalan yang perlu kita lakukan selain bersama keluarga dan sebagainya. Tetapi kala PKP ini, yang menjadikan kita hanya berada dalam rumah maka tuntutan untuk membaca Al-Quran sangat di tuntut sebagai mengisi masa-masa terluang. Dengan itu luangkanlah masa anda dan kita semua untuk bermunajat, bertaubat, berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa lalu kita diampunkan dan kita dapat menjalani kehidupan biasa yang kita mahukan. Namun harus kita akur, bahawa kehidupan kita masa kini bukan lagi seperti dulu, tetapi menuntut kita lebih waspada dan sebolehnya kita dekatkan jarak kita kepada yang maha kuasa. Antaranya keraplah mengingatiNya dan berbuat amalan yang menjurus kepada kita mendapat berkat dan rahmat Allah.
wah intro ( pembuka kata agak panjang tu ) Sebenarnya Etuza hendak berkongsi satu pengalaman Etuza yang hingga kini, peritiwa itu masih tak dapat Etuza lupakan hingga saat ini. Malah semakin di ingat semakin kerinduan ini membaluti hati hingga menitis airmata dan kesahduan begitu terasa dalam jiwa Etuza, tiap kali ingat pengalaman ke Umrah di Mekah Arab Soudi tahun 2019. Etuza biasanya ingat suasana semasa ke Masjid Baitulharam dan di sana ada Kaabah yang dulu hanya Etuza lihat melalui whatsapp, gambar dan dan melalui kaca TV. Tetapi masa Umrah subahanallah Kaabah di depan mata. Sungguh nampak kebesaran Allah. tawaf yang tiada hentinya sebagaimana putaran jam kita 24 jam berpusing tanpa henti. Bagaikan denyut nadi yang bergetar dan bergetar. Hal lazatnya beribadah di Mekah dan di Madinah tak terkata kemanisannya. Etuza masa ini, saat ini pun masih terasa amat dan ingin mengenang pengalaman nikmat yang Allah beri itu selagi ada nyawa ni di badan Etuza, tidak akan lupa, Ya Allah nikmatMu yang Engkau berikan padaku dan isteri saat di halaman dekatMu di Mekah.
Gambar burung merpati putih dalam gambar dekat katil Etuza.
Dua kali datang dan burung yang sama,
merenung Etuza ketika berkemas balik ke Malaysia.
Satu lagi nikmat yang begitu hebat di Mekah dan di Madinah ialah kejinakan burung merpati yang begitu banyak di sana. Berterbangan ke sana kemari tanpa takut dan burung itu bebas hanya di luar Masjidilharam dan di luar Masjid Nabawi. Bayangkan burung itu tahu bahawa tempat ibadah seperti Masjidilharam dan Masjid Nabawi, tempat suci, tempat beribadah bagi umat Islam di seluruh Dunia, lantas burung-burung itu langsung tidak datang mengotori dengan najis mereka. Subahanallah.
Saat pagi pada 8/12/2019, arahan berkemas dan pastikan bagasi semua di tanda nama Mutawif dan lebel Malaysia dengan kad gambar masing-masing harus diletakkan di luar bilik hotel. Kami dalam bilik seramai 5 orang berkemas masing-masing sebaik balik dari Masjid Nabawi selepas jemaah solat Subuh. Etuza sejak semalam telah kemaskan beberapa pakaian dan barang lain dalam bagasi dan agak cepat siapkan bagasi. Etuza dalam hati sejak pagi kemarin sedih dan berlinang air mata ketika Etuza berdoa di Masjid Nabawi berdekatan dengan tempat makam Nabi Muhamad SAW. Saat perpisahan telah hampir tiba dan hari ini lah langkah kaki ini terakhir di Madinah. Esok Etuza dan kawan-kawan memijakkan kaki pula ke Tanah Air Malaysia.
Dalam menunggu kawan-kawan menyusun pakaian dalam bagasi, katil Etuza paling tepi dekat jendela, tiba-tiba datang seekor burung merpati putih bercorak gray pada sayap dan ekornya. Burung merpati yang sangat cantik. Etuza tak bagitau kawan-kawan, hanya Etuza sahaja yang nampak pada kali pertama di bertengek di luar jendela. Bila Etuza mendekati burung itu terbang dan lebih kurang dua saat dia datang lagi dan kali ini burung merpati yang sama itu tidak terbang lagi, dia diam dan sesekali kepalanya bergerak merenung Etuza di dalam bilik.
Ya Allah, apakah maksud kehadiran burung merpati yang cantik ini. Lalu Etuza berkata " Tengok kawan-kawan ada burung datang nak ucapkan selamat jalan kepada kita hari ini, kan kita nak flight di Jeddah ni" Semua kawan-kawan dalam bilik tak ada seorang pun bersuara kerana asyik mengemas susun barang dalam bagasi. Etuza pun ambil gambar burung merpati itu pada jarak dekat dan berkata dengan burung tersebut. " Pandai ya datang, nak ucapkan selamat tinggal dengan kami kan, hari ini kami nak gerak balik Malaysia, tinggal lah sini ya burung" Inilah kata-kata Etuza pada burung tersebut. Sebaik Etuza bercakap burung merpati yang dua kali datang dekat katil Etuza dia terbang dan tak kembali lagi. Etuza tunggu juga dia datang tapi kali ke tiga dah tak datang lagi.
Seingat Etuza burung yang Etuza nampak semuanya gray bercorak putih sikit saja,
tapi yang datang dekat bilik Etuza putih dia sangat cantik..tak jumpa
pun burung merpati seperti itu masa di Mekah dan di Madina.
Burung Merpati di Kota Kinabalu juga kebanyakannya bulu gray
Burung Merpati jinak di Masjid Kota Kinabalu, Sabah
Etuza dapat rasakan, bahawa kehadiran burung merpati putih itu, merupakan isyarat dari Allah bahawa saat Etuza hendak flight ke Malaysia, Allah hadirkan satu hadiah terindah kepada Etuza untuk Etuza kenang kenangkan. Sungguh bila Etuza ingat peritiwa itu Etuza rasa ada air mata bergenang di kelopak mata Etuza. Segera Etuza beristigfar dan memohon ampun dan berterima kasih kepada Allah. Etuza tahu dalam kami ramai Umrah pasti ada perkara luar biasa yang kawan-kawan lain alami, tetapi adakah hanya Etuza saja yang ada kenangan didatangi burung merpati putih dua kali dekat katil tempat Etuza beradu. Bila Etuza ingat dan kenang pengalaman ini, Etuza letak kan niat sungguh-sungguh agar Allah beri kesempatan untuk Etuza dan mama naik Umrah lagi atau bagi kami naik Haji pada masa akan datang. Ya Allah syukur atas nikmatMu itu dan terima kasih ada hadiahMu pada Etuza sebaik selesai menunaikan Umrah tahun lalu. hadiah terbesarMu pada Etuza adalah penerimaanMu pada Etuza di Mekah dan keampunanMu pada Etuza di Masjid Nabawi, amat Etuza rasakannya. Subahanallah, alhamdulillah , Allah hu akbar.
Aku hiba melihat dia, tidur berlantaikan simen
tetapi hebatnya dia kerana tidur berpayungkan langit di dataran Mekah.
Jalan ini..sampai bila pun Etuza tak akan lupa..
Di Al-Safwa Tower inilah tempat Etuza menginap di Mekah.
Turun saja dah jumpa Kaabah. Nikmat yang Allah berikan..
sangat terasa..
Masjid lama dalam gambar, ketika Zaman Syaidina Abu Bakar
Masjid itu tidak lagi di gunakan, tetapi sering di datangi oleh
burung merpati..jinak sungguh burung merpati di sini..
Bersiaran di bandar Madinah yang sangat indah..
Panorama yang tiada terdapat di mana-manapun.
Suku Arab yang ramah tamah dan pandai Berbahasa Melayu.
Hebatnya bahasa kita menjadi bahasa kedua di gunakan di MEKAH
DAN DI MADINAH..tak percaya ke..Tunggu lagi pengalaman Etuza ya..
18 Ulasan
Semoga ada rezeki dapat lagi datang Ke Mekah. Aamiin
BalasPadamKenangan di Makkah dan Madinah memang tak dapat lupakan.
BalasPadamSUBHANALLAH PENGALAMAN INDAH DI TANAH SUCI ALLAH HADIRKAN SBGAI KENANGAN MANIS
BalasPadamSungguh indah memori saat di sana kan, semtiasa dlm ingatan.
BalasPadamsaya juga merindui madinah ... ketika di sana, anak saya suka sgt beri makanan pada merpati.
BalasPadamMungkin burung tu nak ucap selamat tinggal kan
BalasPadamSemoga dapat ke sini satu hari nanti.
BalasPadamDone follow. Terima kasih.
MasyaAllah. moga ada rezeki juga sampai ke sana. aamiin
BalasPadamMungkin ada hikmahnya.
BalasPadamWaalaikummussalam. Alhamdulillah Etuza dah sampai sana. SS pula masih menyimpan hasrat ke sana. In shaa Allah suatu hari nanti, dapat kita ke sana.. =D SS pasti kisah burung merpati ini adalah keizinnan Allah utk hadir dlm hidup insan terpilih. apa pun, ia pengalaman yg sgt berharga n menggamit kerinduan utk ke sana lagi.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih datang membaca paparan di blog Etuza. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
BalasPadampengalaman yang tak semua orang dapat
BalasPadamSemoga cepat hilang covid19 agar kota suci ini dibuka kembali untuk umat Islam
BalasPadamJinak ya burung merpati itu, orang tua tua kata, kalau ada burung dtg pada kita , ada rezeki bakal tiba...wallahualam.
BalasPadamAssalamualaikum Etuza,
BalasPadammemang cantik warna burung merpati tu.
Baca entri Etuza seolah-olah kembali berada di Masjid Nabawi... rasa terharu, rasa hiba pula.
Seronok dapat jejak kaki di Mekah.
BalasPadamIn shaa Allah impian saya satu hari nanti.
Rindu Mekah dan Madinah ye cikgu. Memang satu nikmat bila kita dapat menjejakkan kaki ke sana kan cikgu. Moga kita dipanggil lagi ke sana satu hari nanti. Bulan berapa cikgu pergi tu ....
BalasPadamassalamualaikum, update terus ya kakak ceritanya. Terima kasih
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.