Pesona View Di Kundasang Ranau, Sabah

Pesona View Kundasang, Ranau, Sabah.

Kundasang Ranau, Sabah memang sinonim dengan panorama indah, lembah yang sejuk dan terkenal dengan sumber sayur-sayuran seperti kubis, tomato dan sebagainya.

Selain itu Kundasang Ranau, Sabah terkenal dengan kawasan pelancongan di Negeri Sabah. Kedudukan yang berada di lembah Gunung Kinabalu, udara segar dan sejuk mendamaikan minda amat memberikan kita suatu perasaan kagum kepada Allah yang menciptakan  alam semulajadi seperti di Kundasang, Ranau.

Hari ini kami suami isteri berkesempatan ke Kundasang Ranau dan mengambil beberapa gambar View Kundasang yang sangat indah sementara menunggu anak kami habis kelas tambahan sehingga jam 3 petang. Suasana sejuk dan dingin serta angin bayu bertiup segar memeluk tubuh kami. Segar udara dan nafas begitu lapang tersela.Kelihatan saujana tanaman kontan sepeti kubis dan sayuran lain, tumbuh di tanam sereta tempat di lereng bukit yang sungguh indah. Hebat view awal pagi di Kundasang, Ranau, Sabah.

Khas untuk pengunjung blog Pesona & Mustika inilah dia beberapa View Kundasang Ranau. Cantik dan segar mata memandang pemandangan pada pergunungan. Keadaan agak berkabus disebalik Gunung Kinabalu, maka puncak Gunung Kinabalu tidak dapat di ambil.

Ini Masjid Pekan Ranau.


Pemandangan dari atas
lembah yang ditanami sayur-sayuran

Perumahan di lembah Kundasang


Huuuu!!! indahnya
segar udara di lembah ini


Ini jalanraya dari Hotel Gen Garden
Sebuah Hotel terkemuka di Kundasang
Ranau, Sabah.

Jalan raya yang sedang dibaiki, jalan raya ni ke atas bukit melintasi Majid Kundasang Ranau.

Ha tengok peta Australia, ini Etuza abadikan ketika melawat Memorial  Sejarah terkorbannya ramai tentera orang putih pada zaman penjajahan Jepun di Sabah.

Gambar kenangan, bukan membangga diri,

Ha lagi jelas nampak kan, tu peta Australia.Tiap tahun ada orang putih datang di Kundasang Ranau mesti ziarah Memorial ini. Lawa tau di sini.Datang lah melawat Kendasang, Ranau Sabah.

Gambar suri hati , kennagan dia di blog Etuza.


Hakcipta@etuza

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. cantik...keindahan semulajadi yg madih terpelihara...semoga 'tiada pembangunan' yg pesat seperti di Cameron Highlands yg merosakkan alam...

    BalasPadam
  2. Seolah sedang berlaku pengolahan alam di sana tu Madam Kamsiah. Memang jauh beza dahulu dan sekarang. Banyak kawasan bukit di tebang untuk pembinaan bangunan. Yg kita takut kan Kundasang lembah atas Gunung Kinabalu. Kekuhuhan tanah tu kita kena fikir.Apapun wallahualam.manusia berusaha nak majukan tamadun kehidupan.

    BalasPadam
  3. Cantiknya kawasan ni....Diana pernah lalu jer tapi tak pernah singgah....

    BalasPadam
  4. bapa mertua sya ada satu resort sdg dalam pembinaan ofisnya..nnt sdh buka sya bagitau..bolehlah dtg cuti d sana...cuacanya sgt sejuk

    BalasPadam
  5. ramaij ugak kawan JM plan nk ke kundasang kerana kata mereka tempat tu sejuk, ada lembu tompok hitam putih dan suasana seperti di switzerland..JM je yg belum sama sana lagi

    BalasPadam
  6. teringin nak ke kundasang tetapi belum sempat

    BalasPadam
  7. Kundasang, insya allah jika diizinkanNya, sampailah kami..

    (mana tau boss hantar kursus ke sini pula, hu3)

    BalasPadam
  8. @umi alya

    Untung keje kak umi tu..kalau JM palinh jauh kursus Intan Bukit Kiara je itu puh setahun 1 kali huhu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.