05 Pantai Serusup Indah Menggamit Memori.

Menuju Ke Pesisir Pantai Serusup Tuaran

Sulap ( rumah ) diperbuat dari bambu dan daun nipah, ini akan kita nampak apabila
ke Jeti atau pelabuhan permulaan naik perahu ke pesisir Pantai Serusup

Tandas disediakan, tempat cuci tangan juga dalam beberapa singki disediakan, saya kira unik kreatif

Deretan rumah penduduk Kampung Serusup di pesisir Pantai Serusup.

Malam jam 11.20 minit malam, minda berfikir hendak habiskan catatan episod ke lima, berkenaan percutian kami sekeluarga di Borneo Beach & Mangrove Resort Tuaran, Sabah. Rasanya perlu abadikan semua moment indah ini, dengan harapan semoga ada manfaat kepada anak-anak dan pembaca maya. Episod ke lima ini, untuk pengetahuan semua adalah babak paling indah apabila kami 11 orang naik perahu ( Bot ) di bawa meneyelusuri tepian pantai Serusup Tuaran. Menariknya ialah kami di temani bersama ketua bahagian pemanduan pelancong menggunakan bot menyelusuri pantai Serusup. Difahamkan kepada kami ketua ini berasal dari Perak dan kini tinggal di Mangrove Resort. 


Kami 11 orang naik Buggy menuju ke Jeti ( Pelabuhan ) naik perahu ke Pantai Serusup

Pakai baju Jaket Pelampung uantuk keselamatan sebelum naik perahu ( bot)

Kami kini berada di Jeti ( Pelabuhan untuk naik perahu ( bot ) menyelusuri Pantai Serusup, Tuaran.

Pantai Serusup Indah Menggamit Memori.

Kami dipakaikan jaket pelampung oleh pekerja, dan memberi sedikit takilmat ke mana hendak di tuju. Katanya jika ada rezeki akan nampak monyet bergayutan pada kayu yang melingkar akar banir ke pantai, akar-akan itu keliahatan unik dan cantik bagaikan di susun sebegitu indah. Pesisir pantai Serusup bersih dan jernih air laut, disebabkan pantai panjang ini dijaga rapi dan selalu diawasi oleh Menteri Sabah. Lantaran itu semua masyarakt yang tinggal khasnya di Kampung Serusup amat taat membersihkan kawasan pesisir pantai ini.

Pemandu kami sesekali memberi arahan kepada pemandu untuk bertenang di atas laut tepian pantai untuk memberi penerangan tentang pesisir pantai Serusup, sekali sekala kami menerima lambaian tangan dari penduduk Kg. Serusup Tuaran, bagaikan mengalu-alukan kehadiran kami. Mereka kelihatan tersenyum dan membunyikan hon perahu mereka.

Pesisir Pantai Serusup adalah dijaga rapi, di sini terletaknya Kg. Serusup di mana Menteri Sabah telah dilahirkan di Kg. Serusup iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Pada pantai Serusup juga akan terbina Pan Borneo Sabah di mana Jambatan menyambung ke arah Kudat akan dibina menghubungkan dari Pesisir Pantai Serusup ke sebelah pantai Serusup menghala ke Kudat hingga tembus ke Sarawak. Etuza sekeluarga telah ditunjukkan tempat tersebut tetapi tidak sempat mengambil gambar.

Nampak Rumah Ketua Menteri Sabah.

Kami juga sempat melihat Kapal besar peninggalan orang Vietnam di pesisiran pantai Serusup. Selain itu kami dapat melihat satu tempat luas berbumbung spandek dan terbuka di tepi laut yang dikatakan  kedai makan yang sangat VIRAL pada masa dahulu. Paling menarik ialah kami dapat melihat sebahagian daripada rumah kediaman Menteri Sabah. Kelihatan bentuk rumahnya sangat cantik dan unik bercat putih.

Paling jelas kami melihat atap pada rumah Menteri Sabah mengarah ke pesisir pantai Serusup. Dan sebelum kami patah balik ke Mangrove Resort kami sempat diberitahu satu kawasan perkuburan Kg. Serusup.Begitulah serba sedikit ilmu pengetahuan yang kami dapat semasa naik perahu menyelusuri Pantai Serusup yang kelihatan pokok-pokok banir menghijau. Terima kasih membaca dan lihat gambar kenangan kami sepanjang menyelusuri pantai yang hebat dan indah ini.

Kawasan ini dekat Rumah Tempat Tinggal Menteri Sabah, dari dekat rumah ini bercat putih.
Kelihatan bumbung rumah yang unik dan cantik di Pesisir Pantai Serusup, Tuaran


Dari jauh kelihatan jelas bumbung ruamh Menteri Sabah

Tempat orang kampung Pantai Serusup singgah sebelum ke rumah masing-masing
beratapkan daun nipah.

Tempat ini , infor yang Etuza dengar adalah kedai makan atas air laut yang VIRAL pada suatu masa yang lalu.

Dekat dengan beberapa rumah orang Kampung Serusup, Tuaran

Kapal yang dah lama itu merupakan kapal peninggalan orang Vetnam pada
mada dahulu, masih ada, sebagai warisan Sejarah di Pantai Serusup Tuaran

Itu dia kapal dengan lebih jelas ( Kapal peninggalan orang Vetnam )

Guied ( Pengiring ) kami sepanjang berada di perahu menyelusuri Pantai Serusup.




Ini situasi di pelabuhan setelah sampai dan naik ke darat 

Happy, ambil gambar kenanagnan di pelabuhan Jeti naik perahu.

Sesi buka balik Life Jaket (baju Pelampung Keselamatan )

Episod 4  ( klik untuk baca)

Catat Ulasan

0 Ulasan