![]() |
| Tengok suasana begitu ramai pelanggan datang cari makan di BUNGKUS 1 Tanah Merah, Kelantan. Fuhh! sungguh ramai tak terkata, datang pula silih berganti.Subahanallah.. |
Siapa orang Kelantan, sila angkat tangan. Masyarakat sekitar Tanah Merah, Kelantan dan di mana-mana harus bersyukur kerana ada tempat makan seperti Restaurant BUNGKUS 1. Di tepi jalan saja dan ada ruang pakir yang selesa, walaupun agak sesak, mudah masuk dan mudah keluar. Elakkan saja parking belakang kereta orang lain.
BUNGKUS 1, Pelik Tapi Ada Di Tanah Merah, Kelantan.
Pertama kali dengar dari anak sebut akan menuju ke tempat makan BUNGKUS 1.Rupanya tanya mereka BUNGKUS 1 ni restaurant sebuah tempat makan tepi jalan yang VIRAL dan amat VIRAL di Tanah Merah Kelantan katanya. Anak nampak di TIK TOK tempat ini dan mahu membawa ayah ibunya serta kakaknya ke sini. Ingatkan terus BUNGKUS 1 atau sebaliknya, rupanya boleh duduk makan di meja yang disediakan asalkan ada yang kosong.
Dari jauh Etuza agak tercegat melihat begitu ramai orang atau pelanggan yang datang di luar dan dalam BUNGKUS 1. Ya Allah! rasanya Etuza tidak biasa ramai orang makan dalam restaurant, sebabnya semua meja ada orang makan dan santai bercerita. Itu keadaan yang akan membuat kita berdiri menunggu meja dikosongkan. Dan inilah keadaan Etuza tidak suka. Tetapi demi mahu rasa makanan di BUNGKUS 1, tidak apa tunggu ada meja kosong baru cepat-cepat ambil tempat duduk. Anak Etuza bernama Azie seolah memahami dan sepantas kilat masuk saja di ruangan tengah dia sudah booking meja makan untuk kami enam orang termasuk cucu tersayang.
Rambang Mata Datang Di BUNGKUS 1.
Sebaik duduk mata ini meliar melihat depan kiri kanan Restaurant BUNGKUS 1. aduh! tidak henti datang dan pergi bertali arus orang datang dalam dua situasi. Mana yang hanya beli dalam bungkus dalam tapau mereka bayar pergi beredar. Tapi macam kami duduk dan oder makan kena lama dalam BUNGKUS 1. Tiba-tiba terasa hendak ke bilik air, ada hajat kecil. Lalu Etuza ke arah bilik air ( Tandas) kemudian kembali ke meja makan, masa masuk ke dalam BUNGKUS 1, masa inilah Etuza ambil kesempatan ambil gambar mana yang mampu. Seolah hanya Etuza saja mengambil gambar, kerana pelanggan dari Tanah Merah amnya sudah biasa di BUNGKUS 1, puas dah mereka ambil gambar makanan yang beraneka jenis di bungkus dan dalam tapau, serta dalam bungkusan daun pisang. Silap-silap jadi rambang mata pilih makanan di BUNGKUS 1.
Selesai ambil gambar balik ke meja makan, nah makanan yang di pesan telah ada dalam meja.Tapi lupa lah pula ambil gambar makanan utama kami. Hanya dapat ambil gambar makanan seperti pemanis mulut dan makanan BUNGUS lain yang anak berikan kepada ayah dan ibunya.
Hanya Satu " SEDAP GILA"
Baca doa dan mula menjamah makanan dengan guna tangan yang sudah bersih. Ya Allah, betul-betul lah sedap. Secukup rasa yang ETUZA maksudkan secukup rasa itu makanan yang dihidangkan adalah sangat SEDAP lah di makan masuk tekak. Rasa manis, kurang masin, secukup rasa. Licin habis atas pinggan di makan.
Alhamdulillah. Inilah pengalaman Etuza dan isteri bersama anak cucu berada dalam restaurant yang teramat ramai orang datang makan. FULL semua meja makan. Hai, JUTAWAN pemilik BUNGKUS 1 ini. Bukan lagi nak BUNGKUS 1 saja tapi BERBUNGKUS BUNGKUS selain yang oder itu dan ini dan makan di dalam BUNGKUS 1. Matap hebatlah permis makan BUNGKUS 1 di Tanah Merah, Kelantan.
Baiklah itu kenangan kami di BUNGKUS 1, selepas ini hendak ikut anak lagi ke MALL Kota Baharu, Kelantan dan ke Pasar SITI KHADIJAH. Tunggu catatan itu . Selamat membaca, tengok gambar berbicara.
![]() |
| Pelayan pun pantas cekap, cepat sampai oder, selain kami mengambil makanan yang sediah dalam bungkusan, atau dalam kontena. |
![]() |
| Ada yang singgah hanya membeli yang sedia di BUNGKUS..serius gais! amat amat ramai. |
![]() |
| Masa ni baru keluar dari kereta anak menantu.. |
![]() |
| Ambil oder dulu..dan cepat-cepat ambil tempat duduk, jika tidak menunggu mana meja makan dah tak ada orang. |
![]() |
| Masa ni menunggu juadah makanan yang telah dipesan.. |
![]() |
| Best dan sedap lazat belaka makanan di BUNGKUS 1 . |
![]() |
| Cuba tengok banyaknya jenis makanan telah sedia di BUNGKUS. Just, pilih mana satu kita mahu.. |
![]() |
| Wow! boleh rambang mata, tapi perut dah kenyang.. |
























0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.