| Selamat Tinggal Semua.Gambar kami di KLIA |
Ucapan Terima Kasih & Selamat Tinggal.
Ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang pernah membantu kami dalam urusan di UKM, Permata Impian, Shah Alam, peniaga baazar di UKM, surau UKM, perkhidmatan Grab ( teksi ), di LRT, di Suria KLCC Kuala Lumpur, di tempat makan mamak pelayan sajian makan di Melayu Padang Suria KLCC dan di KLIA. Termasuk individu yang memberikan informasi sepanjang keberadaan kami di rantau yang jauh.
Tidak ada yang membaca ucapan Etuza ini, tetapi pasti ada juga rakan Blogger Malaysia dan juga Blogger Sabahan yang terjah blog Etuza dapat rasakan keikhlasan ucapan kami kepada semua yang terlibat.
" Datang merantau di negeri orang,Membawa diri bertatasusila sopan dan santun.Teman dan saudara di mana jua sedia menolong,Membantu kami memandu jalanan."" Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,Hutang budi ku bawa mati,Terjalin persaudaraan sehidup semati"" Adat bertandang haruslah berhati - hati,Jangan ada mengguris hati teman berbicara,Adat perantau harus kembali,Hanya kenangan indah kekal dijiwa raga."
~ Pantun pagi - pagi hari Ahad By: Etuza.Pesona Etuza.
~ Pantun Melayu - Klik SINI. Kena betulkan juga rasa pantun ini.
| Selamat tinggal semua, hanya kenangan menjadi tenda di hati. Pasti kami datang lagi suatu masa. |
| Homestay di Permata Impian di Shah Alam Selangor tempat berteduh. Sangat bersyukur dapat berlindung di rumah ini. |
| Sajian makanan dari Melayu Padang DI KLCC Kuala Lumpur. Disini kami makan bersama-sama. |
| Good bye semua yang pernah memudahkan kami selama tiga hari dua malam hanya Allah dapat memberi balasan. Urusan di UKM, Shah Alam Permata Impian, LRT, KLCC dan Lastly di KLIA. Hebat sioknya. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.