Kenduri Di Rawang, Gambar Kenangan Keluarga Di Rawang Kuala Lumpur.

Gambar ini anak yang ambilkan.Nak cari apa beza gambar tiga keping ini.

Rawang, Kuala Lumpur. 

Kenangan indah ini, berlaku pada 19.07.2026, apabila kami ke Kuala Lumpur atas urusan yang penting serta menjemput anak tamat pengajian di UITM, Selangor. Ipar Izwan pelawakan kami ke rumah keluarganya di Rawang, Kuala Lumpur. Homestay kami di Selayang, Kuala Lumpur dan anak ada Exam di MPM Selayang Kuala Lumpur.

Gambar Berbicara & Orang Melayu Ramah Tamah.

Alhamdulillah, sampai di rumah keluarga Ipar Izwan, nampaknya sedang acara membaca yasin. Etuza dan anak tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana penuh dan memang ramai orang hadir kenduri doa selamat dan tahlil arwah nenek Izwan ke 40 hari. Sempat Etuza membaca kan yasin, tahlil dan menadah tangan berdoa di Majlis Tahlil Arwah ini. 

Etuza kemudian di tanya oleh saudara yang duduk di luar sambil menjamu selera. Ipar Izwan memperkenalkan kami setelah bersalaman semua.Mudah lah kami mengambil juadah kerana sajian hidangan makanan di luar rumah. Etuza bagi tahu kepada semua bahawa kami dari Sabah datang hingga isnin di Kuala Lumpur kerana anak-anak ada program di Selayang Kuala Lumpur.

Bercerita mereka tentang jenis makanan di Rawang, Kuala Lumpur. Tapai manis memang biasa dihidangkan dan ada kuih muih dan laksa.Seperti juga di Sabah, hanya makanan Tapai Manis itu jarang disediakan.Kuih muih dan lauk pauk, seperti ayam masak kari, rendang memang biasa sangat di hidangkan. Hal laksa, kata mereka Laksa Penang lain rasanya dan Laksa di Rawang lain rasanya. Nama makanan LAKSA sama nama tetapi agak beza ramuannya.Cuma Etuza selalu makan Laksa Penang di Keningau ada menyediakan Laksa Penang di Keningau, Sabah.

Rasa Kerdil Dan Kecil Bersama Mereka.

Terasa lain perasaan apabila melihat semua keluarga Izwan yang kaum Adam semuanya tinggi-tinggi dan besar tegap.Etuza merasa amat kerdil tetapi tidaklah tunjukkan rasa malu. Orang Melayu ramah mesra semua dan menyambut kami dengan ceria.Terima kasih kepada Ipar Izwan kerana sudi bawa kami di Rawang dan makan di majlis kenduri serta tahlil arawah.  Setkan  catatan Etuza ketika di Rawang sebagai kenangan yang indah,terima kasih kerana membaca.



Ada tak nampak beza gambar tiga keping ini?..ini dihantar oleh anak semalam, baru nampak,
kenangan di rumah Iipar di Rawang, Kuala Lumpur.



Antara hidangan yang sempat Etuza klik, malu nak klik gambar..orang lain tak ambil pun.
hanya Etuza klik gambar...

Ada disediakan TAPAI MANIS, sedap makan dua bungkusan tu..

Laksa, wow! sedapnya  dan kenyang makan 3 rasa, makanan berat nasi dan lauk,
Kuih Muihnya juga dan last makan Laksa. Subahanallah..
baru nampak majlis orang Melayu di  Rawang,Kuala Lumpur.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Maaf jika temui ejaan salah..akan dibetulkan..

    BalasPadam
  2. Gambar ketiga ada beza tangan lelaki belah kiri yang tangannya di beg.
    Sesekali rasa kenduri di negeri lain memang akan ada beza.

    BalasPadam
  3. Nda apa juga bah perbezaan itu. Orang sini tagap-tagap bah heheheee.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah meriah majlisnya. Kehadiran Cg juga nampaknya sangat dialu-alukan, dilayan penuh mesra.

    BalasPadam
  5. Seronok diraikan oleh saudara Ipar Izwan ye cikgu, tapai tu kami panggil tapai pulut.

    BalasPadam
  6. meriah menunya tu! alhamdulillah, kenangan indah tercipta

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Meriah menu yang disajikan..
    Tapai kan tu.. Sedapnya..

    BalasPadam
  8. Cie pun macam cikgu Etuza kalau kenduri ambil gambar sikit2 je malu takde orang ambik gambar.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.