Resipi Telur Rebus Masak Merah

Resipi Telur Rebus Masak Merah 
Menu Keluarga Etuza ( Special Dari Mama )
Terima Kasih Mama...
Ini rupa masakan telur rebus masak merah Mama.

Bahan-Bahan
1. 5 biji telur ayam ( ikut suka hati )- di rebus dahulu
2. 2 batang daun bawang -dipotong
3. 1 biji lada merah - dihiris halus
4. 2 biji bawang merah- tumbuk halus
5. 2 biji bawang putih- ditumbuk halus
6. Bawang besar 1 biji- dipotong dadu
7. Sedikit garam, gula dan ajinomoto.
( garam jangan banyak sebab sos tiram sudah masin )
8. 2 sudu besar sos tiram
9. 2 sudu besar sos cili dan tomato puri.

Cara Menyediakannya.
1. Bersihkan telur dan rebus hingga masak
2. Sementara menanak telur bawang merah, bawang putih ditumbuk halus.
3. Bawang besar dipotong dadu, daun bawang dipotong dan lada merah dihiris halus.
4. Setelah masak telur rebus, buang kulit telur dan belah cara memanjang ( ikut suka anda )setelah siap ketepikan.
5. Sos cili dan tomato puri digaulkan bersama 2 sudu sos tiram serta garam, gula dan ajinomoto.Masak dan masukkan potongan dadu bawang besar dan hirisan lada merah.Bila masak angkat.
6. Ambil belahan telur letak atas pinggan secara satu persatu kemudian titiskan campuran sos tiga rasa tadi perlahan-lahan. Ulangi sehingga belahan telur rebus habis di susun ke pinggan.
7. Akhir sekali taburkan potongan daun bawang sebagai penyeri resipi ini.

Selamat mencuba untuk seisi keluarga. Ada bahan bolehlah anda memasak. Terima Kasih.

Catat Ulasan

114 Ulasan

  1. ringkas je resipi ni tapi JM perlu gantikan ajinomoto atau pak haji naik moto tu dgn perisa/perasa lain..JM x mkn ajinomoto...smlm makan bihun sup..sakit sgt kepala..rupanya dalam kuah sup tu letak pak aji tu..berdenyut2 kepala sampai ke malam huhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi rajinnya JM masak, bertuahnya bakal suami nanti..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. pak aji no moto memang tak elok makan.
      saya tak beri larangan keras buat isteri untuk menggunakannya. huhu

      Padam
    4. Amboi2 aRz.. udah terjangkit kami berdua k, kemain lagi bertalu2 tinggal jejak.. ahakkk

      Padam
    5. aRz nak makn megh datang umah :-)

      Padam
    6. aRz.. Keliru jap.. Tak beri larangan keras @ beri larangan keras?

      Rumah sayapun bebas aji no moto walaupun pada mula2 dulu agak susah nak elak sebab keluarga suami pengguna tegar aji no moto, mengalahkan penggunaan garam...

      Alhamdulillah berjaya akhirnya.

      Padam
    7. xper, meh ramai2 tinggalkan jejak kat sini, idok le laman Cikgu terbiar kosong

      Padam
    8. Fuh..kak Umi pulak yg lebih rajin reply komen dari tuan rumah ahaha..confius sudah

      Padam
    9. ka Umi pandai masa..malu nk jemput makan masakan org yg x pandai masak ni heeee

      Padam
    10. tak best jgak asyik ita je yg tinggalkan komen

      Padam
    11. JM x boleh langsung mkn masakan org yg letak pak aji ni...lepas makn je kepala mula sakit..rasa nk muntah huhuh

      Padam
    12. Akak dpt pelepasan Cikgu Etuza, dia bagi "green light", bila2 masa jaa boleh balas komen JM, tengok tu, Cikgu senyum kambing jaa baca komen kita berdua

      Padam
    13. Dulu bolehlah, idok le pandai sangat tapi sejak2 umur dah masuk ke usia kilauan emas, masak ala kadar jer.. mungkin penat kot..

      Padam
    14. Betul ke cikgu selesa ngan kia berdua ni kak

      Padam
    15. kak umi...sedap x sedap janji si suami dan anak2 suka..ok lah tu

      Padam
    16. ahahah....kak umi ni kan..pantang nampak JM komen mesti nk 'jawab' kan ahahaha

      Padam
    17. Entahlah JM, tuan rumah senyap jer tapi komen2 merapu kita tetap 'up', itu tanyanya suka kot...

      Padam
    18. Udah JM bersembang dengan akak, nak tak nak kena layan, nnt dikatakan sombong pula, ahakkk

      Padam
    19. Itu tandanya sedapkan?? perasan jap, hi3

      Padam
    20. tuan tanah suka kak Umi yg rajin tinggalkan komen

      Padam
    21. kak umi org yg paling rajin tinggalkan komen di blog cikgu Etuza nih compare dgn blog org lain

      Padam
    22. ahakss...JM dh tahu akak ni peramah

      Padam
    23. Dua tiga blog jer akak tinggalkan komen, lain2 silent reader, kiranya yang terpilih, kalu banyak,, kan satu kerjapun tak jadi, ralit tau

      Lagipun JM suka layan akak, apa lagi, meh le kita bersenbang..

      Padam
    24. kiranya blog JM antara yang terpilih lah ye...tapi JM x leh buat cam akak..JM perlu balas semua kunjungan yg terjah blog JM tu ..tanda terima kasih..skrang ada 109 blog yg perlu di terjah setiap hari huhhu

      Padam
    25. JM kena jaga rakan2 blogger, ramai kawan2 tinggal komen kay sana

      Padam
    26. ofcos lah kalau tidak kerana mereka..siapalah JM di sini

      Padam
    27. Haik.. Kata xmo komen daa kt sini

      Padam
  2. Boleh jugak kan resipi yg sama JM gantikan denga ikan siakap je..ikan bawal ke kan cikgu..tapi JM ni rajin masak yg simple je..almaklumlah masak mkn sendiri :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau akak bertandang rumah JM, guna ikan bawal ya sebab akak tak gemar siakap

      Padam
    2. Wahh..akak suka ikan 'mahal' heee...iakan siakap pun sedap apa..goreng garing ..buat masak merah..nyum nyum nuym

      Padam
    3. Alorrr bukan selalupun akak datang, inipun tak tau bila? Tapi rasa2nya sini k sana dekat jer, hi3

      Oh ya, akak dah terima kiriman, tqsm.. nanti wat entri.. (erkkkk kita dah salah guna laman Cikgu untuk personal..)

      Padam
    4. dh dpt eh..alhamdulillah...terima kasih kerana support blog JM tp perlu lah up entri akak small gift je tu :-)

      Padam
    5. Comel, benda kecik, xmo tunjuk pd Alya, kan si ibu berputih mata, kejam tak akak berebut dengan anak?

      Padam
    6. heee...x pe next time JM kasi 2 supaya dua2 org dapat :-)

      Padam
    7. ehehehhe...ok..kita stop chatting utk entri ni

      Padam
  3. @Jari Manis

    Boleh saja ya JM ikut kreativiti JM masak apapun janji JM ikhlas memasak..ha baru sedap

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum ..pelik dengan Etuza pun ada Verty adoi.. apa nak buat ni dah juga klik NO mahu rujuk blogger UMI lah ...UMI mana UMI kat mana ni ...(((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada ni Cikgu, ada program luar..( baru punya kesempatan buka blog), insya allah malam nanti..

      Padam
    2. cuba log out akaun dan sign in semula cikgu etuza di semua device

      Padam
    3. Masalah dah selesaikan? Entah le blogspot, macam2 gaya kekdah..

      Padam
    4. kalau x nk susah dgn verty tu x perlu guna pop pup window

      Padam
    5. Masih berfikir nak ubah setting ke tidak?

      Padam
    6. Masih berfikir lagi, alorrrr JM, kt laman akak xderpun yang bertalu2 tinggalkan komen cam kita berdua, maklumlah tak glemer...

      Padam
    7. x pe nanti JM rajin kan diri ehh

      Padam
  5. usim cuti...musim kenduri ni..banyak dapat bunga telur...bole la dicuba resepi ni nanti.

    BalasPadam
  6. mudah nak buat resepi ni sesuai untuk orang bujang macam CP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CP mesti hebat memasakkan. Saya langsung tak reti huhu

      Padam
    2. ahaks...Arz dan CP org berbeza kan

      Padam
  7. Apa kata telur rebus yang dikupas kulit digoreng seketika hingga ke warna kekuningan, barulah dibelah dua, cadangan saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami suka stail gitu sbb kulitnya garing kekuning2an, cantik jer bila terhidang..

      Padam
    2. Betul setuju dengan umi, memang lebih sedap goreng...resipi tu bukan lagi telur rebus umi..tapi telur rebus goreng merah hehehe..

      Padam
    3. kak umi masak apa pun sodap argh...

      Padam
    4. Alahai adik akak yang manis, cam le JM pernah makan akak masak...

      Padam
    5. ahahaha...ada lagi ingatkan dah habis

      Padam
    6. alright last..no more sambungan nya :-)

      Padam
  8. sedap nampaknya cikgu etuza.
    bungkus satu

    BalasPadam
  9. Nampak ringkas dan mudah. tapi kalau saya yang masak belum tentu jadi hahaha

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. belum rasa dah tahu sedap ke bunda hee...saje nyakat Bunda

      Padam
  11. As'salam..oooo sini ya tempatnya..ni lah masakan kalau nak cepat..kalau goreng lagi macam UMI dan JM sangat sedap..lagi sedap tu..kalau letak lagi dengan hummm!!! sambal balacan aduh nah oral llau pun tak sedar..hehhee...entry lain tak nak komen ke..? alamk lari..kena marah ganggu JM dan kakak dia UMI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya rasanya tak berubah, maklumlah telur rebus cuma ia digoreng seketika untuk nampak cantik kekuning2an.

      Padam
    2. Entri lainpun kami dah komen tapi dek hidangan telur rebus memikat mata kami, maka disinilah tempat kita bersembang sambil tengok hidangan telur di atas, kenyang rasanya, ahakkk..

      Nampak gaya boleh dijadikan hidangan pagi esok, JM, meh kita masak guna resepi di atas..

      Padam
    3. ohh..di sini rupanya kak umi hihihi

      Padam
    4. ayooooo!!! berderet2 komen dari kak Umi...patutlah bil komen mencanak naik..mesti takut JM potong Q kan ahahah

      Padam
    5. idok le JM, kan akak dah kata, di mana ada JM, disitulah adanya akak..

      Padam
  12. Berderet?? tak lah, apa yg akak nampak, insan berbaju merah jer banyak hiasi kt sini, akak xder, itu gambar Alya, ahakkk

    (Padahal kita serupa, entahlah bila nak abiskan komen kt laman resepi ni?) Letih daa Cikgu dok layan kerenah kita berdua..

    BalasPadam
  13. Amboi JM..pandai ye nak nyakat2 bunda pulak...

    BalasPadam
  14. Umi...umi dah tergoda dengan hidangan telur resipi orang Sabah yer...nanti buat yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bunda, akan diusahakan menu2 dari Sabah, pasti sedapkan..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.