Selamat Bersara Cikgu Tahir Dulamit ( 19.11.2026 )

En. Mustafa Bin Melisin, Guru Besar baru sekolah, memberikan ucapan.

Jemputan Ke Majlis Persaraan Cikgu Tahir Dulamit.

Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, menghantar jemputan kepada semua pesara guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini, termasuk Etuza. Menerusi group whatssup didapati ada pesara guru yang tidak dapat hadir ekoran berada jauh dan ada kometmen lain selain ada juga pesara yang menyatakan kurang sihat, maka ada halangan untuknya hadir ke majlis persaraan wajib 60 tahun Cikgu Tahir. 

Nampaknya Etuza kena hadir juga dengan harapan ada pesara guru lain akan datang. Alhamdulillah Etuza, Cg. Rosdi dan mantan Guru Besar Abdul Karim Rahsid dapat datang dan kami bertiga sahaja yang dapat datang menyantuni majlis persaraan ini.

Majlis Persaraan Cikgu Tahir Gah dan Meraih walau ada kesedihan.

Dari mula Majlis Persaraan ini dilaksanakan dengan warna-warna keceriaan warga sekolah dengan pakaian bertema Black Gold. Cikgu Tahir datang dengan memakai pakaian tradisional Sabah bertata hitam gold dan kekuningan emas serta bertanjak. Semua warga guru juga memakai black gold dan memakai selendang cream susu bagi guru-guru wanita. Memang nampak cantik berseri-seri kelihatan pada masa persaraan Cikgu Tahir. 

Nampak di pentas Cg. Tahir sedih dan menitiskan airmata mungkin terharu warga sekolah meraikan Majlis Persaraan sebegini meriah suasana, selain kehadiran isteri tersayang dan empat anaknya serta kehadiran anak buahnya yang juga pandai bermain muzik.

Persembahan Dari Cg Tahir Memukau Murid Sekolah.

Cikgu Tahir memang penggiat seni muzik, memiliki bakat dalam bidang muzik sejak beliau remaja lagi. Di Daerah Keningau dan persekitaran memang CikguTahir dikenali ramai menerusi kegiatan seni muziknya yang mempunyai kumpulan Band Muzik yang sudah dikenali ramai sebelum menjadi seorang guru bertauliah dari Maktab Perguruan, Keningau.

Sebaik naik di pentas dengan memegang gitar, tepukan gemuruh dari murid bergema dan ada teriakan bersahutan memberikan aura dan semangat kepada Cikgu Tahir. Pasti semua murid sekolah amat bangga dan kagum dengan Cikgu Tahir yang memiliki bakat dalam seni muzik dan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini. Muzik slow rock bergema, kemudian petikan gitar yang cukup hebat dari Cikgu Tahir dan kemudian berkumandang suara cikgu Tahir menyayikan lagu bertajuk " Bunyi Gitar" amat mengujakan dan menghiburkan kami. Majlis bertambah seri hasil persembahan dari Cigu Tahir mahupun persembahan dari kalangan murid sekolah.

Kepada cikgu Tahir, selamat bersara Etuza ucapkan, semoga hari-hari persaraan Cikgu Tahir bahagia, gembira dan sihat bersama keluarga tersayang. Pasti sebagai seorang guru bersara, tidak akan terhenti dari terus belajar hal-hal baru yang menghidupan fikiran dan jiwa. Pasti punya masa yang tidak lagi ada tekanan pada awal pagi. Semoga Cikgu Tahir sentiasa dimudahkan urusan walau di mana berada dan kekal melebarkan sayap muzik seperti mengadakan persembahan dan mengiringi Band Muzik di majlis majlis perkahwinan dan sebagainya.

Inilah pentas Majlis Persaraan Cikgu Tahir Bin Dulamit.

Bersara Wajib 60 tahun memberiak ucapannya.Cikgu Tahir.

En. Mustafa Bin Melisin ( Guru Besar Sekolah)

Cg. Tahir dan isterinya.



Menyantuni jemputan Guru Bersara pada 19.11.2026, SK. Penagatan, Keningau, Sabah.

Cg. Tahir memiliki bakat besar dalam industri Muzik dan di atas pentas
membuat persembahan live.Tahniah Cg. Tahir. Pasti sekolah merasa kehilangan guru berbakat muzik ini.



Bekas murid datang hulur salam, bertanya khabar Etuza, selepas bersara.Mereka
masih mengingati saya yang pernah menjadi Guru Kelas mereka..Izzu, Imtiyaz dan Ferra.

Gambar kenangan, memakai selindang dari Mekah, rantai traditional 
dari Sarawak ( hadiah dari seseorang ) memakai baju Black Gold
sempena Majlis Persaraan Cikgu Tahir Dulamit.

Catat Ulasan

0 Ulasan