✨ Jemputan majlis perkahwinan ✨
Amani & Hakim
📅 5 Julai 2026
📍 Lihat butiran lengkap di kad digital
Dengan segala hormatnya, kami menjemput Dato' | Datin | Tuan | Puan | Encik | Cik seisi keluarga ke majlis perkahwinan kami.
Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
https://invait.my/41372/amani-hakim
antara keluarga lelaki dan keluarga perempuan.
Menyantuni Jemputan Perkahwinan Tertutup Antara Hakim dan Amani.
Melihat mesej yang diberikan oleh Ipar Zaiton Bte Yazid, isteri kepada adik lelaki Etuza minggu lalu. Tarikh 5,7.2026 bersamaan hari Ahad, rasanya tiada masalah untuk kami sekeluarga datang meramaikan majlis perkahwinan tertutup ini. Majlis perkahwinan tertutup kerana hanya didatangi keluarga belah pihak lelaki dan wanita sahaja.
Ijab kabul berlangsung dengan pantas sekali kerana Hakim anak buah isteri adik Etuza melafazkan nikahnya hanya sekali lafaz. Sah dan rasmilah pasangan sebagai suami isteri. Hakim dan Amani selamat penangtin baru dan tahniah menjadi suami isteri, semoga bahagian selalu hingga ke Jannah.Amiin.
Dipertemukan Jodoh Dari Kelantan Dan Nabawan, Sabah.
Untuk makluman semua, Etuza bertanya kepada bapa Hakim, mereka datang flight dari Kelantan seramai 6 orang ke Sabah dan menaiki kereta dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Bandar Keningau.Pengantin perempuan datang dari Nabawan, Sabah, pekan luar bandar yang jauh sebenarnya dari Keningau. Ringkasnya dipertemukan jodoh pasangan ini dari Kelantan dan Nabawan, Sabah.
Majlis diadakan secara sederhana dan sangat meriah dengan keramahan kedua buah keluarga iaitu keluarga Hakim dan keluarga Amani. Mereka melayan kami tetamu dari keluarga lelaki dengan mesra dan makan semeja. Inilah yang dikatakan Rakyat Malaysia Yang Ramah Mesra dan Masyarakat Majmuk.
| Duduk bersila semasa ijab kabul antara Hakim & Amani. |
| Bergambar bersama ibubapa pengantin lelaki dari Kelantan dan ibubapa pengantin perempuan dari Nabawan, Sabah. |
| Ini sebahagian dari keluarga pengantin perempuan dari Nabawan, Sabah. |
| Ambil kesempatan bergambar dengan keluarga dari Kelantan |
| Menjamu selera selepas acara merejis pengantin petang 5.07.2026 di Masid Taqwa Keningau, Sabah. |
| Tersenyum riang ayah Hakim anak lelaki selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya dari Sabah. Ada teman blogger kenalkah dengan dia ni berbaju coklat..Dari Kelantan. |

20 Ulasan
Bak kata pepatah - ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu jua. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
BalasPadamCuma saya confuse sikit sebab bila baca kat atas Hakim (pengantin lelaki) ialah anak buah isteri adik cikgu Etuza, tapi family dia dari Kelantan. Ke pengantin perempuan tu anak buah isteri adik cikgu Etuza? 🤔
Hakim tu anak abang kandung isteri adik saya, Zaiton namanya. Zaiton adalah makcik kepada Hakim, maaf ya jika ada ayat2 saya mengelirukan. Bahasa Melayu saya ke laut biru..
Padamisteri adik etuza berasal dr kelantan.
BalasPadamYa asal Kelantan, jika tak silap dari Tanah Merah, Kelantan, bertugas guru di Keningau.
PadamJauh bertemu jodoh dari Kelantan ke Sabah. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga.
BalasPadamJika dah jodoh kan, tak kemana..di mana2 Allah pasti pertemukan..
PadamJodoh merentasi Laut China Selatan. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai
BalasPadamYa mereka bertemu jodoh..
PadamTahniah .. selamat pengantin baru
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah buat kedua-dua pengantin! Betul-betul bak kata pepatah, kalau dah jodoh, jauh dari Kelantan ke Nabawan pun akhirnya bertemu juga di pelaminan. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin.
BalasPadamselamat pengantin baru! jauh tu jodohnya--kelantan sabah. kebetulan adik MZ pun, suaminya org Sabah bah ;)
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSyukur dipermudahkan urusan jodoh pertemuan kedua-dua mempelai. Semoga bebahagia hingga ke syurga. Amin.
Alhamdulillah. Selamat pengantin baru to both of them =D
BalasPadamalhamdulillah jodoh pertemuan suratanNya selamat pengantin baru mempelai
BalasPadamJodoh namanya ni, alhamdulilahh..
BalasPadamMoga bahagia hingga ke syurga.. tapi best gak kann, sekali dapat makan angin hehehe
Ye lah.... Asan di darat, ikan di laut.... bertemu jugak kan?
BalasPadamKalau jodoh, pastilah ketemu walau jauh berbeda pulau yaa 😁. Eh tapi pengantin wanita walaupun dr kelantan, kerjanya di Sabah kan. Semoga kedua mempelai semakin berkah rezekinya, saling sayang, saling support, dan dikaruniakan anak yg Sholeh/Sholeha
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadambarakallahulakuma
Kalau dah namanya jodoh, jauh pun boleh. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan dipermudah. Tahniah untuk pengantin baru. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aamiin...
BalasPadamsemoga kekal hingga ke jannah..jauh merentasa laut cina selatan ,tapi dah namanya jodoh kan..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.