✨ Jemputan majlis perkahwinan ✨
Amani & Hakim
📅 5 Julai 2026
📍 Lihat butiran lengkap di kad digital
Dengan segala hormatnya, kami menjemput Dato' | Datin | Tuan | Puan | Encik | Cik seisi keluarga ke majlis perkahwinan kami.
Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
https://invait.my/41372/amani-hakim
antara keluarga lelaki dan keluarga perempuan.
Menyantuni Jemputan Perkahwinan Tertutup Antara Hakim dan Amani.
Melihat mesej yang diberikan oleh Ipar Zaiton Bte Yazid, isteri kepada adik lelaki Etuza minggu lalu. Tarikh 5,7.2026 bersamaan hari Ahad, rasanya tiada masalah untuk kami sekeluarga datang meramaikan majlis perkahwinan tertutup ini. Majlis perkahwinan tertutup kerana hanya didatangi keluarga belah pihak lelaki dan wanita sahaja.
Ijab kabul berlangsung dengan pantas sekali kerana Hakim anak buah isteri adik Etuza melafazkan nikahnya hanya sekali lafaz. Sah dan rasmilah pasangan sebagai suami isteri. Hakim dan Amani selamat penangtin baru dan tahniah menjadi suami isteri, semoga bahagian selalu hingga ke Jannah.Amiin.
Dipertemukan Jodoh Dari Kelantan Dan Nabawan, Sabah.
Untuk makluman semua, Etuza bertanya kepada bapa Hakim, mereka datang flight dari Kelantan seramai 6 orang ke Sabah dan menaiki kereta dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Bandar Keningau.Pengantin perempuan datang dari Nabawan, Sabah, pekan luar bandar yang jauh sebenarnya dari Keningau. Ringkasnya dipertemukan jodoh pasangan ini dari Kelantan dan Nabawan, Sabah.
Majlis diadakan secara sederhana dan sangat meriah dengan keramahan kedua buah keluarga iaitu keluarga Hakim dan keluarga Amani. Mereka melayan kami tetamu dari keluarga lelaki dengan mesra dan makan semeja. Inilah yang dikatakan Rakyat Malaysia Yang Ramah Mesra dan Masyarakat Majmuk.
| Duduk bersila semasa ijab kabul antara Hakim & Amani. |
| Bergambar bersama ibubapa pengantin lelaki dari Kelantan dan ibubapa pengantin perempuan dari Nabawan, Sabah. |
| Ini sebahagian dari keluarga pengantin perempuan dari Nabawan, Sabah. |
| Ambil kesempatan bergambar dengan keluarga dari Kelantan |
| Menjamu selera selepas acara merejis pengantin petang 5.07.2026 di Masid Taqwa Keningau, Sabah. |
| Tersenyum riang anak lelaki selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya dari Sabah. Ada teman blogger kenalkah dengan dia ni berbaju coklat..Dari Kelantan. |

1 Ulasan
Bak kata pepatah - ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu jua. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
BalasPadamCuma saya confuse sikit sebab bila baca kat atas Hakim (pengantin lelaki) ialah anak buah isteri adik cikgu Etuza, tapi family dia dari Kelantan. Ke pengantin perempuan tu anak buah isteri adik cikgu Etuza? 🤔
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.