Cerita Raya Kedua dan Ketiga, Bertemu 7 Dari 8 Adik Beradik.

Raya kedua di Rumah Kakak Sulong..

Cerita hari raya ke2 dan ke3.

Hari Raya, hari kemenangan Umat Islam Berpuasa Ramadan,  masih semarak hingga hari ini hari raya ke4. Banyak moment indah yang menjadi kenangan abadi. Dan lebih menarik jika kenangan itu dizahirkan di blog kesayangan kita.

Alhamdulillah, pada Etuza hari raya dapat kami bertemu adik beradik 8 orang bersama anak-anak masing-masing yang mana anak itu semakin dewasa dan ada antara kami sudah menjadi Nenek dan Datok ( telah ada cucu ). Kakak sulung, adik Illa dan Etuza, kami bertiga telah ada cucu. Manakala adik Inap, adik Mian, Bella, Mie dan adik Leha setakat ini belum ada anak mereka yang berkahwin. Cuma baru-baru ini dalam tahun 2026, anak perempuan adik Inap telah dirisik oleh pemuda dari Negeri Johor. Semoga niat mereka dikabulkan oleh Allah untuk bersatu dalam rumahtangga nanti. Aamiin.

Abadikan Gambar Kami Adik Beradik Julung Kalinya Di Blog.

Sebenarnya kami adik beradik telah ada gambar bersama-sama yang telah Etuza kongsikan di blog ini.Tetapi tahun 2026, sekali lagi Etuza kongsikan di blog catatan kali ini, kerana mereka adalah kebahagiaan Etuza. Mak dan ayah telah pergi, maka setiap kali ada rancangan bersua, Etuza sebolehnya mesti datang bersama jika tiada aral menghalang. Untuk tahun 2026 adik bungso kami Leha berhari raya di Selangor ikut suami berhari raya. Semoga kami 8 adik beradik dapat berkumpul lagi dan bergambar bersama-sama dengan gembira.Untuk semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Adik Mie dan keluarga di Raya Ketiga di teratak Etuza

Gambar bersama adik Mie ( adik ke6 )

Gambar kenangan dan tema kami baju Coklat tahun 2026

Gambar adil Illa, ( adik ke4 ) tudung maron dengan kawan rapatnya Kamisi di rumah Etuza

Gambari Mie dengan adik Mian adik lelaki Etuza yang ke6

Ini adik ke tiga dan kakak sulung bertudung hitam


Gambar kami beraya di Kampung Buang Sayang Bingkor, Keningau.

Sedang makan di berhari raya di rumah saudara di Kampung Buang Sayang, Bingkor, Keningau

Adik Bella ( adik Ke 5 bersama dengan adik Mie ( adik ke 7)





 

Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Alhamdulillah cikgu, dapat berkumpul dengan adik beradik dihari mulia

    BalasPadam
  2. berhari raya dgn adik beradik yg ramai mmg meriah dan havoc ;-)

    BalasPadam
  3. salam aidilfitri maaf zahir batin cikgu n fmili nampak erat ukhuwah keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, maaf zahir batin Kak Pi

      Padam
  4. seronok berkumpul adik-beradik dgn keluarga masing2...warna maroon & brown pilihan ramai raya tahun ni..

    BalasPadam
  5. ALhamdulillah.. Ini yang seronok nya raya.. Dapat berkumpul adik beradik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf belum baca blog Sha..selamat hari raya ya,terima kasih masih drop komen di laman Etuza

      Padam
  6. Alhamdulillah rezeki dapat berkumpul dgn semua adik beradik.
    Selamat Hari Raya utk Cg sekeluarga.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Ya ada 8 orang..semua dah berkahwin..ramai anak anak buah ni..

      Padam
  8. sama cie adik beradik ada 8 orang. baru ni berkumpul 5 beradik je.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah dapat bertemu adik beradik dan anak anak sedara. Selamat hari raya cikgu. maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, maaf zahir batin..

      Padam
    2. Tahniah sekali lagi Blogger Lydia menjadi teratas terbaik komentar bulan ini..

      Padam
    3. Take not agar tak lupa ni perkara ini.

      Padam
  10. selamat hari raya cikgu etuza sekeluarga.
    comelnya cucu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, maaf zahir batin..alhamdulillah..

      Padam
  11. syukurlah dpt berkumpul dgn adik beradik raya ni. x mcm sy cuma beraya dgn kak ngah n adik saja. huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa terjalin ukuhuwa..terima kasih ya Cikgu Abam..

      Padam
  12. meriahnya suasana sambut raya bersama fmili

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah dan kena melayan tetamu dan menyajikan apa yang ada..

      Padam
  13. the best part of raya is dpt berkumpul adik beradik esp kalau siblings ramai :)

    BalasPadam
  14. Selamat Hari raya cikgu. Samalah dengan saya bila kedua orang tua telah tiada kesempatan berjumpa adik beradik adalah pada hari raya. Alhamdulillah kami dapat berkumpul semuanya 11 0rang adik beradik. Walaupun akak yang tua telah uzur tapi dapat berjumpa pun dah syukur.

    BalasPadam
  15. Seronoknya berkumpul dengan adik beradik..best ada adik beradik ramai ni..

    BalasPadam
  16. Masa raya ni lah peluang nak jumpa family yang jauh…
    yang setahun sekali pun susah nak berkumpul

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.