Jumpa lagi dalam cacatan Etuza berkenaan pelancongan bersama Agen Andalusia di tiga buah Benua Eropah ( Marocco, Spain dan Portugal ).Kali ini berkisar pada dua tempat akhir sebelum kami check out dari Madrid ke Lapangan Terbang Madrid ke Jeddah. Sekitar jam 11.30 pagi nanti kami akan transfer to Adolfo Suarez Madrid -Bajaras Airport four departure flight. Perhatian kepada semua ahli travel agar time it most Important agar tidak berlaku sebarang masalah. Kerana hari ini tanggal 27.11.2026 akan terus tinggalkan Spanyol ke Lapangan Terbang Jeddah.
Royal Palace ( Second Last Tour )
Namun sebelum ke lapangan terbang Madrid pada awal pagi selepas sarapan pagi kami harus dahulu melawat ke Royal Palace Madrid, iaitu Istana Terbesar di Eropah Barat yang terletak di tengah-tengah ibu kota Spanyol. Tempat ini menjadi tumpuan masyarakat Dunia untuk dilawati seolah-olah sebagai muzium kepada orang ramai, di mana tempat indah ini bukan lagi tempat tinggal atau tidak lagi didiami oleh keluarga diraja Spanyol.
Fuhhh! sebaik melihat tempat ini, tersergam keindahan saujana kehijauan dan kemerah-merahan pepohon hidup yang menghiasi sekirat halaman dan lembahnya. Sejuk dengan hembusan angin yang menggetarkan badan. Aduiii! sejuk dan segar biarpun kian meninggi mentari.
17.11.2026, Rasminya Etuza dan Wife Melawat Kesini. Hebat( amazing) Serius best!.
Gabungan seni bina Barok yang megah dan perincian mewah di setiap bilik di Istana Diraja Madrid sememangnya sukar dilupakan, apatah lagi dengan suasana musim luruh di Madrid pada pertengahan November.
Antara ruang yang paling sering memukau pengunjung pertama kali biasanya ialah:
- Tangga Utama (Escalera Principal). Ukiran batu marmar satu bongkah dengan lukisan siling yang membuatkan pintu masuk terasa sangat dramatik.
- Bilik Takhta (Salón del Trono). Kehalusan sulaman baldu merah dan candelier kristal yang masih kekal asli sejak abad ke-18.
- Dewan Jamuan (Comedor de Gala). Meja panjang yang mampu memuatkan sehingga 140 tetamu negara dalam satu-satu masa.
- Ruangan halaman yang sangat luas amat bersih serta boleh post gambar dengan gaya tersendiri. Tidak puas melihat pelbagai imej yang menjadi identiti Royal Palace Madrid, Spanyol.Tidak hairan tempat ini menjadi tumpuan Dunia masa kini.Sunggu mempersona dan best. Bersyukur dapat ke sini.Alhamdulillah.
Terakhir tempat dituju adalah di Puerta Del Sol, Spain. Boleh juga lenguh berjalan jauh ke dataran Puerta Del Sol, tempat bangunan yang berderat persegi, mempunyai halaman yang amat luas. Di katakan bahawa tempat ini menjadi NADI utama bandar Madrid, Spain kerana keunikan yang penting dan tersendiri, menurut pembacaan Etuza.
Sebagai memberikan kepuasan yang tepat untuk anda fahami keterangan tentang tempat Puerta Del Sol anda boleh klik SINI. Tambahan informasi berkaitan tempat yang hebat ini di Bandar Madrid, Spanyol. Selamat membaca dan lihat gambar-gambar yang Etuza selitkan dalam wall blog Etuza.












































0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.