 |
| Raya kedua di Rumah Kakak Sulong.. |
Cerita hari raya ke2 dan ke3.
Hari Raya, hari kemenangan Umat Islam Berpuasa Ramadan, masih semarak hingga hari ini hari raya ke4. Banyak moment indah yang menjadi kenangan abadi. Dan lebih menarik jika kenangan itu dizahirkan di blog kesayangan kita.
Alhamdulillah, pada Etuza hari raya dapat kami bertemu adik beradik 8 orang bersama anak-anak masing-masing yang mana anak itu semakin dewasa dan ada antara kami sudah menjadi Nenek dan Datok ( telah ada cucu ). Kakak sulung, adik Illa dan Etuza, kami bertiga telah ada cucu. Manakala adik Inap, adik Mian, Bella, Mie dan adik Leha setakat ini belum ada anak mereka yang berkahwin. Cuma baru-baru ini dalam tahun 2026, anak perempuan adik Inap telah dirisik oleh pemuda dari Negeri Johor. Semoga niat mereka dikabulkan oleh Allah untuk bersatu dalam rumahtangga nanti. Aamiin.
Abadikan Gambar Kami Adik Beradik Julung Kalinya Di Blog.
Sebenarnya kami adik beradik telah ada gambar bersama-sama yang telah Etuza kongsikan di blog ini.Tetapi tahun 2026, sekali lagi Etuza kongsikan di blog catatan kali ini, kerana mereka adalah kebahagiaan Etuza. Mak dan ayah telah pergi, maka setiap kali ada rancangan bersua, Etuza sebolehnya mesti datang bersama jika tiada aral menghalang. Untuk tahun 2026 adik bungso kami Leha berhari raya di Selangor ikut suami berhari raya. Semoga kami 8 adik beradik dapat berkumpul lagi dan bergambar bersama-sama dengan gembira.Untuk semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
 |
| Adik Mie dan keluarga di Raya Ketiga di teratak Etuza |
 |
| Gambar bersama adik Mie ( adik ke6 ) |
 |
| Gambar kenangan dan tema kami baju Coklat tahun 2026 |
34 Ulasan
Alhamdulillah cikgu, dapat berkumpul dengan adik beradik dihari mulia
BalasPadamYa, alhamdulillah..
Padamberhari raya dgn adik beradik yg ramai mmg meriah dan havoc ;-)
BalasPadamAlhamdulillah..meriah..
Padamsalam aidilfitri maaf zahir batin cikgu n fmili nampak erat ukhuwah keluarga
BalasPadamSelamat hari raya, maaf zahir batin Kak Pi
Padamseronok berkumpul adik-beradik dgn keluarga masing2...warna maroon & brown pilihan ramai raya tahun ni..
BalasPadamCantik warna tu...
PadamALhamdulillah.. Ini yang seronok nya raya.. Dapat berkumpul adik beradik..
BalasPadamMaaf belum baca blog Sha..selamat hari raya ya,terima kasih masih drop komen di laman Etuza
PadamAlhamdulillah rezeki dapat berkumpul dgn semua adik beradik.
BalasPadamSelamat Hari Raya utk Cg sekeluarga.
Alhamdulillah, terima kasih ya
Padamselamat hari raya etuza
BalasPadamSelamat hari raya ya Cik Nor..
Padam8 adik beradik! Ramainya! Sukur
BalasPadamYa ada 8 orang..semua dah berkahwin..ramai anak anak buah ni..
Padamsama cie adik beradik ada 8 orang. baru ni berkumpul 5 beradik je.
BalasPadamSama kan 8 orang..alhamdulillah..
Padamalhamdulillah dapat bertemu adik beradik dan anak anak sedara. Selamat hari raya cikgu. maaf zahir batin
BalasPadamSelamat hari raya, maaf zahir batin..
PadamTahniah sekali lagi Blogger Lydia menjadi teratas terbaik komentar bulan ini..
PadamTake not agar tak lupa ni perkara ini.
Padamselamat hari raya cikgu etuza sekeluarga.
BalasPadamcomelnya cucu :D
Selamat hari raya, maaf zahir batin..alhamdulillah..
PadamSalam aidilfitri etuza n famly
BalasPadamTerima kasih ucapan raya..
Padamsyukurlah dpt berkumpul dgn adik beradik raya ni. x mcm sy cuma beraya dgn kak ngah n adik saja. huhuhu...
BalasPadamTak apa terjalin ukuhuwa..terima kasih ya Cikgu Abam..
Padammeriahnya suasana sambut raya bersama fmili
BalasPadamMeriah dan kena melayan tetamu dan menyajikan apa yang ada..
Padamthe best part of raya is dpt berkumpul adik beradik esp kalau siblings ramai :)
BalasPadamSelamat Hari raya cikgu. Samalah dengan saya bila kedua orang tua telah tiada kesempatan berjumpa adik beradik adalah pada hari raya. Alhamdulillah kami dapat berkumpul semuanya 11 0rang adik beradik. Walaupun akak yang tua telah uzur tapi dapat berjumpa pun dah syukur.
BalasPadamSeronoknya berkumpul dengan adik beradik..best ada adik beradik ramai ni..
BalasPadamMasa raya ni lah peluang nak jumpa family yang jauh…
BalasPadamyang setahun sekali pun susah nak berkumpul
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.