 |
| Raya kedua di Rumah Kakak Sulong.. |
Cerita hari raya ke2 dan ke3.
Hari Raya, hari kemenangan Umat Islam Berpuasa Ramadan, masih semarak hingga hari ini hari raya ke4. Banyak moment indah yang menjadi kenangan abadi. Dan lebih menarik jika kenangan itu dizahirkan di blog kesayangan kita.
Alhamdulillah, pada Etuza hari raya dapat kami bertemu adik beradik 8 orang bersama anak-anak masing-masing yang mana anak itu semakin dewasa dan ada antara kami sudah menjadi Nenek dan Datok ( telah ada cucu ). Kakak sulung, adik Illa dan Etuza, kami bertiga telah ada cucu. Manakala adik Inap, adik Mian, Bella, Mie dan adik Leha setakat ini belum ada anak mereka yang berkahwin. Cuma baru-baru ini dalam tahun 2026, anak perempuan adik Inap telah dirisik oleh pemuda dari Negeri Johor. Semoga niat mereka dikabulkan oleh Allah untuk bersatu dalam rumahtangga nanti. Aamiin.
Abadikan Gambar Kami Adik Beradik Julung Kalinya Di Blog.
Sebenarnya kami adik beradik telah ada gambar bersama-sama yang telah Etuza kongsikan di blog ini.Tetapi tahun 2026, sekali lagi Etuza kongsikan di blog catatan kali ini, kerana mereka adalah kebahagiaan Etuza. Mak dan ayah telah pergi, maka setiap kali ada rancangan bersua, Etuza sebolehnya mesti datang bersama jika tiada aral menghalang. Untuk tahun 2026 adik bungso kami Leha berhari raya di Selangor ikut suami berhari raya. Semoga kami 8 adik beradik dapat berkumpul lagi dan bergambar bersama-sama dengan gembira.Untuk semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
 |
| Adik Mie dan keluarga di Raya Ketiga di teratak Etuza |
 |
| Gambar bersama adik Mie ( adik ke6 ) |
 |
| Gambar kenangan dan tema kami baju Coklat tahun 2026 |
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.