Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan.

Salah satu Budaya Tradisi Etinik Suku Kaum Bajau Di Sabah dalam
Majlis Perkahwinan. 

Penting KLIK GiveAway Kini Masih Berlangsung : SINI.

Menyinkap Kembali Budaya Dan Adat Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan.

Sabtu yang indah, hari ini, bersamaan 11/10/2025 petang dalam kiraan 3.50 petang terdetik lagi updated kan blog ini, hanya apabila melihat banyak gambar bertunang hingga ke jinjang pelamin sebuah  kenangan indah kami dan anak lelaki Etuza yang ke lima semasa melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan dari Kota Belud, Sabah. 

Saya selaku ibubapa begitu teruja dan tabik hormat kepada keluarga pihak perempuan kerana sangat cemerlang menjadikan majlis perkahwinan mereka ini sebuah realiti yang sukar untuk Etuza lupakan. Ya, kerana banyak perkara baru yang Etuza nampak dalam majlis ini. Saya kira itu adalah adat budaya yang asli dari Etnik Suku Kaum Bajau di Sabah, apabila ada perkahwinan dilangsungkan.

Usunan: Angkat Tradisi Bajau Samah dan Etnik di Sabah.

Majlis kahwin anak lelaki Etuza yang ke lima, sebenarnya sejak majlis pertunangan hingga ke jinjang pelamin, Etuza perhatikan banyak eleman yang menarik dari segi budaya kaum Bajau dalam proses melangsungkan perkahwinan anak gadis mereka dengan lelaki pilihan nya. Etuza sangat ingat detik anak di naikkan ke satu alat kenderaan yang bewarna kuning keemasan dengan corak yang sangat menarik. Seolah kelihatan seperti haiwan yang dilengkapi dengan pakaian pahlawan. Siap di pasang  payung bertata kain yang sangat unik sekali. 

Cuma alat tersebut dinaikkan ke dalam kereta pacuan 4 roda sebagai satu cara proses percepatkan acara Budaya USUNAN bergerak ke rumah pengantin perempuan. Selain hendak elak dari cuaca yang sangat panas atau hujan tiba-tiba maka USUNAN majlis kahwin anak menggunakan kereta. Boleh lihat gambar kegembiraan anak bersama pengapitnya. 

Kereta bergerak perlahan lahan dan pengantin disambut oleh dua orang lelaki sasa, siap mengangkat pengantin lelaki ke pelamin, dan meletakkan ke atas pelamin disamping pengantin wanita yang masa itu masih bertutup kain, menutupi wajah pengantin perempuan. Setelah diberikan pembuka diberikan, iaitu sedikit cenderahati kepada pihak ibubapa pengantin perempuan barulah kain penutup dan wajah diperlihatkan ( adat minta izin agar kain atau tirai dibuka dan wajah di perlihatkan kepada tetamu). Unik dan menarik sebenarnya adat dan tata susila ini.

Pakaian Kebudayaan Tradisi Kaum Bajau di Kota Belud.

Bermulalah persandingan mereka dengan memakai pakaian Kebudayaan Tradisi Suku  Kaum Bajau di Kota Belud. Pakaian pengantin kelihatan lebih kepada warna kuning dan corak warna lain hitam dan merah, begitu terserlah dan sangat menarik.Lebih menawan kala pengantin tersenyum manis dan cantik, bak pinang dibelah dua.Sama cantik dan sepadan. Bertanjak dan memakai mahkota pengantin perempuan.

Menarik lagi apabila Selawat nabi dan acara merhaban diadakan semasa majlis persandingan ini. Lantunan qosidah dan al quran juga berkumandang merestui perkawinan kedua mempelai. Maka detik itu sahlah mereka menjadi pasangan suami isteri dari lelaki suku kaum KadazanDusun dan pihak perempuan suku kaum Bajau Sabah.Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas majlis perkahwinan mereka yang lancar dan tidak ada perkara buruk berlaku.

Mesej Penting Dalam Catatan Ini.

Mesej Etuza dalam catatan ini ialah pernayataan Budaya Usunan dalam perkahwinan Suku Kaum Bajau di Sabah. Memeperlihatkan warna dan jenis pakaian serta tanjak dan mahkota pada pakaian pengantin lelaki dan perempuan bertema kan kuning, hitam,  dan sedikit merah. Serta mencatat sejenis alat untuk angkat pengantin lelaki yang dinamakan USUNAN seolah kelihatan seperti pahlawan yang diserikan dengan payung dan selendang yang menarik ( boleh lihat gambar). Lelaki bertanjak dan perempuan memakai mahkota di kepala. Catatan berakhir, selamat membaca dan terima kasih, jumpa lagi.




























Persediaan ke majlis perkahwinan anak lelaki ke lima.Gambar sekadar hiasan dan kenangan cuma.



 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Masih mengekalkan adat dan budaya walaupun zaman dah berubah.

    BalasPadam
  2. Meriah dan menarik sekali majlis perkahwinan anak Cg ni. Pakaian tradisi yg dipakai oleh pengantin sangat menarik 👍🏻

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.