Kuih ini dibuat oleh menantu. Balik dari tempat kerja, sudah dihidangkan di atas meja. Alhamdulillah.
Etuza ambil dua, lalu makan sambil minum kopi hasbatus soda.
11.10.2025 ( sabtu ) Awal pagi bangun dari tidur, rasanya sekali lagi pola tidur berubah apabila selalu awal masuk tidur beradu dan terus lena. Ya Allah Etuza bersyukur kerana Allah berikan tidur yang lena dan berkualiti untuk badan menjadi segar di pagi hari.
Blog Walking dan drop Komentar.
Klik blog kegemaran ini, dan blog walking di beberapa blog kegemaran. Drop komen setelah membaca catatan mereka.Etuza akui masih ada banyak blog belum terjah dan baca kenangan dan memori serta infor mereka di blog. Apatah lagi FaceBook, maaf belum kemaskini dan sudah lama tidak ke FaceBook setelah aktif blogging kegemaran Etuza.
Memang blog akan berseri dengan kehadiran ramai blogger di mana juga dari Malaysia khususnya, mereka datang bersahabat, membaca cerita kita dan drop komen apabila meraka merasakan perlu memberi komen. Jika tidak ada komen juga tidak mengapa ngapa. Ramai yang tidak drop komen, cuma membaca dan berlalu pergi ke laman lain.Itu Normal seorang blogger.
Paparan Gambar Makanan Di Wall Blog.
Anda hari ini, adalah insan yang bertuah datang awal pagi ke laman Etuza ini. ya, selain anda melihat gambar gambar makanan atau kuih muih ini, anda pasti akan merasa lebih seronok dan bahagia apabila selesai membaca paparan blog Etuza hingga ke akhir entry ( entri ) ini. Kenapa seronok dan bahagia?. Cublah terus melihat dan melihat ke bawah paparan wall kali ini. Cubalah pasti anda bakal bertuah , hari ini 11.10.2025 ( sabtu).
Salam hujung minggu dan take care selalu, hiasai hati dengan iman dan amalkan kebaikan kebaikan lain. Anda boleh lakukannya.
Selain kuih digambar pertama, kuih ini juga ada di atas meja, air tangan menantu juga.Rajinnya menantu kami ni.
Ini kuih koci, Etuza beli hari Jumaat, rezeki hari jumaat..Etuza suka makan, ada kerisik kelapa.
Inilah rupa paras kuih koci ..rasanya semua blogger suka makan..
Kuih bingka ubi, Etuza beli dari Ustaz ..memang sedap dan suka makan kuih ini, sesekali makan sedap.
Karipap, selalu makan..anak-anak suka sekali makan.
Rezeki orang berikan piza ni, makanan free memang sedap..selera nak makan.Ambil satu makan..sambil minum kopi.
Ini sarapan pagi Etuza pagi Jumaat minggu ini.
Balik dari kerja hari petang Khamis, Cup Kek ada di atas meja..wow! amil satu try makan, lazat sekali.Sekali lagi air tangan menantu.Alhamdulillah..
Inilah kopi biasa saja. Asal ada, boleh di minum.
Jom meneka bilangan biji telur dalam kontena putih.
Jom teka bilangan biji telur..cuba lah meneka hari ini bermula 11.10.2025 hingga jam 11.00 malam Ahad. Kita akan umumkan pemenang nya dan apakah hadiahnya..akan di UMUMKAN pada 16.10.2025. Selamat Mencuba. Yang meneka diucapkan tahniah, soal betul atau salah itu rezeki masing-masing. Hanya satu pememnag diberi penghargaan. Adakah anda blogger yang bertuah itu? Cubalah dahulu meneka.
SATU sahaja hadiah yang akan diberikan. Drop TEKAAN anda di ruang komen.
Hanya Blogger Pertama yang meneka dengan BETUL akan menerima hadiah..
Selamat mencuba.
Iklan cuti yang akan datang,menjelang bulan Oktober ini.

17 Ulasan
Selamat pagi cikgu..
BalasPadamWah, sedap² harapannya sepanjang minggu...
Agaknya telur tu ada 22 biji..
Assalamualaikum cikgu, moga sihat2 aje.. nak mencuba nasib la hehe.. 21 biji telur
BalasPadamAlhamdulillah orang beri percuma memang kita akan suka.
BalasPadamSaya teka ada 21 biji telur.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya teka 23 :)
PadamMasih berlangsung hingga jam 11.00 malam ini..
BalasPadamkak kira 21 heh heh
BalasPadamTurut memeriahkan GA....saya teka 22 biji.
BalasPadamCuba teka 21 biji.
BalasPadamKuih koci tu saya suka, dah lama tak makan.
BalasPadamOk.. untuk bilangan telur tu ada 21 biji
makanan free memang sedap, dapat pizza pulak tu hehehe
BalasPadamsaya teka 21!
tu kuih koci style org sana ke?
BalasPadamsebab sy rasa tu mcm kuih pulut inti ...
alhamdulillah, nampak sedap2 belaka tu..dlm byk2 tu saya terliur tart kelapa telur sbb tak pernah mkn
BalasPadamOh, sudah terlepas saya untuk meneka jumlah telur.
BalasPadamNampak sedap belaka, hidangan dalam gambar yang Cikgu kongsikan.
nie yg terlepas tu..MA kira ada 21.betul la kan?
BalasPadamopss.lupa nak komen tadi, alhamdulillah..dpt rezeki menantu yg pandai & rajin memasak..
BalasPadamFirst tu nampak macam roti pula kuih tersebut. Dapat menantu yang rajin kiranya beruntung juga.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.