Follow Blog Pesona Etuza
Selasa, jam 9.30 malam updated lagi halaman blog PE. Update blog dengan pengisian yang masid old style ( cara lama berblog). Tetapi tidak kisah dengan apa anggapan para bloggers dan pembaca maya. Mungkin masih ada rasa tidak puas mengurus blog apabila followers blog tidak sampai target yang dimahukan. Lantaran itu ada kemasukan entry Segmen Drop Link URL blog anda kali ini.
Klik juga SEGMEN GEMPAK. Menarik untuk anda sertai. Segmen gempak melukis dan mewarna poster berkuat kuasa malam ini 23.08.2025 hingga 23.09.2025. Tarikh terakhir pendaftaran adalah 20.09.2025.
Kenapa Ada Segmen Drop url Blog Anda.
Pertama nya melihat ruang followers yang masih tidak berganjak. Bukan lah keperluan sangat. Sebab paling penting dalam arena blog ini ialah apa entry yang kita catat sebagai persembahan maya kita. Ruangan followers itu hak masing -masing untuk menilai. Pada Etuza sangat suka dan gembira sekiranya ada readier hadir follow blog PE atau ada blogger baru dan lama follow blog PE ini. Satu bonus bagi Etuza andai bertambah followers. Sungguh berterima kasih kepada yang sudi follow blog ini.
Kedua, terinspirasi dari rakan blogger lain yang sangat gigih mengumpul followers dengan berbagai cara yang bijaksana, pantas dan cerdik hingga menjana puluhan ribu folloers yang terlihat. Sebab itu terjebak dengan segmen Drop Link URL Blog & Follow Blog ini.
Ketiga, hendak lebarkan sosial maya dengan berinteraksi kepada ramai bloggers yang baru dan yang lama. Kepada yang suka kehadiran Etuza, diucapkan sangat berterima kasih, dan jika ada yang tidak berapa suka atau tidak suka itu hak masing-masing. Kita bukan ada unsur memaksa melainkan kita beri kebebasan kepada bloggers, harus bagaimana sikap dan keterampilan di MEDSOS flatform BLOGSPOT. Mesra, diam atau tidak kisah itu dari kita sahaja. Etuza memilih sebagai blogger yang mahu berinteraksi dengan siapa saja blogger, maka sebab itu ada SEGMEN Drop Link url Blog dan Flollow Blog ini.
Klik blog top di Malaysia hingga mencapai 10,667 folloers blog. Sungguh menakjubkan hingga capai follower mencanak sebegitu ramai. ( Di manakah Mia Liana sekarang? Blog agak sepi sekali. Semoga blog dia kembali bernafas dengan enrty yang lebih bertenaga).
Apa Perlu Di buat Segmen Ini?
1. Drop url blog atau http anda pada ruangan komen dalam blog PE ini, sebagai tanda anda join dan telah follow blog ini.2. Bebas hendak letak banner segmen Etuza di blog anda. Tidak wajib.3. Terbuka dan sangat mengalu-alukan penyertaan untuk drop url atau http blog anda sama ada blogger lama atau baru.4. url atau http adalah alamat blogspot anda, akan menjadi panduan Etuza untuk mengikuti blog anda dan kita berinteraksi di MEDSOS blog ini secara sihat. Segmen Drop url blog dan follow blog,berlangsung dari 02.09 hingga 05.09.2025 dan berakhir jam 12.00 malam pada 05.09.2025.
Itu sahaja yang anda perlu lakukan, sangat mudah dan bukan menyusahkan. Etuza ucapkan selamat mengikuti blog ini dan join segmen yang masih di takuk lama, tetapi sebenarnya kita memerlukan kehadiran ramai bloggers di blog kita sendiri. Good Luck & Good Night.
2 Ulasan
Alhamdulillah, Linda dah follow blog cikgu ..
BalasPadamwww.rizzlinn.blogspot.com
Blog yang biasa² saja, sekadar ceritera kehidupan sendiri.
Terima kasih support ya, kehadiran amat menyerikan blog..tahniah seorang yang baik hati..
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.