Hampiri 40,000 Ribu View Blog

Hampiri 40,000 Ribu View Blog 
Asala,ualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Updated blog ketika menjelang 3 pagi pada hari Sabtu 29 Dec 2018. Wow!! bagaimana ini terjadi. Etuza tertidur awal malam selepas menonton TV bersama anak ke 6. Tak lama kemudian Etuza tertidur dan TV yang melihat Etuza. Selagi tak of button of TV selagi itu ada saja rancangan ke udara. 

Jadilah situasi Etuza terbangun larut malam dan sedar depan TV tetapi dah semua tidur. Etuza tak on PC awal malam, kerana rasa tubuh badan letih dan penat seharian ada urusan hingga ke petang. Badan kena rehat, bila rehat-rehat sambil baring hai tertidur lah Etuza. Syukur nikmat tidur lena yang Engkau beri Ya Allah yang maha pengasih & Penyayang. Lalu Etuza ambil kesempatan membaca info2 di blog, ini lah terupdated blog dengan tajuk HAMPIRI 40,000 RIBU VIEW BLOG. Boleh lah asal ada pengunjung blog Syukur Alhamdulillah.

Cari-cari idea bahan blog nak updated, terklik Grafik Blog Etuza dalam akaun Blogger. Melihat paparan VIEW pembaca di laman Etuza ini, nampak angka hampir cecah 40 ribu tu ( 40000 ) naik lah semangat Etuza. Rasa blog ini ada memberi manfaatkan kepada ramai orang. Walaupun ada masa merapu entri Etuza dalam blog. banyak paparan memori, perjalanan hidup dan ada lah sedikit hal-hal panduan hidup, tazkirah dan kata madah dan sebagainya. Penulisan blog Etuza adalah pelbagai luas skop capaiannya, agar Etuza tidak boring dengan hanya satu jenis penulisan. Bukan lah tamak haloba hendak menulis semua perkara. Dalam keadaan menulis dalam berbagai genre rasanya penulisan Etuza setakat perkara kecil-kecil sahaja. Pendek cerita ringkas-ringkas sahaja. Senang dengan gaya penulisan begini. Anda harus ingat mengkritik dan menghambur membabi buta di Blog atau apa juga medan sosial menyebabkan anda akan ada masalah. Berblog lah dengan murni ya. Insha Allah aman dunia maya kita.

Hampir cecah 40K, wow ! banyak tu pada Etuza. Tidaklah terlalu sunyi blog ini. Sebab itu Etuza katakan hendak terus berblog selagi ada daya upaya. Suatu masa blog ini akan sepi juga apabila perkara tertentu berlaku. Sebelum undur diri ada KEJUTAN dari laman Sahabat AT TRMIZI dia lah yang pertama. Tahniah pada dia. Syukur alhamdulillah.

Kepada semua yang datang membaca di laman Etuza ini, Etuza ucapkan BANYAK-BANYAK TERIMA KASIH, DATANG LAH DAN JANGAN JEMU MELIHAT CELOTIH ETUZA BLOGGER SABAH. Sesungguhnya kehadiran anda telah menyerikan blog ini, menghidupkan blog ini dan terpamer lah angka 40000 dalam view Grafik blog Etuza Warna-warna Kehidupan. Terima kasih.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. tahniah cikgu moga terus semangat berblogging

    BalasPadam
  2. Wah, tahniah. Dah nak cecah 40K view nampaknya. Semoga terus bersemangat untuk menulis di blog dan berkongsi ilmu yang bermanfaat.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..tahniah Cikgu.,teruskan berkarya dan berkongsi ceritera..moga terus berjaya ya Cikgu.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan tahniah..
    Semoga traffik blog cikgu terus meninggi

    BalasPadam
  5. tahniah.. teruskan berblogging

    BalasPadam
  6. Tahniah πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tahniah cikgu Etuza. Semoga terus sukses.. aamiin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.