Follow Blog Pesona Etuza. Terima Kasih
Jumaat, 29.08.2025 hari ini, alhamdulillah dengan rahmatNya kita masih hidup bernafas atas ketentuanNya juga. Andai hari ini ada teman blogger yang kurang sihat pergilah ke hospital dapatkan rawatan agar kembali sihat dan aktif dalam apa juga rutin kehidupan seharian anda.
Pasang Surut Followers Blog Etuza.
Followers blog ini kelihatan pasang surut atau istilah yang jelas bertambah dan kemudian berkurangan, hingga sukar berubah ke angka 7 ratus. Sudah bertahun masih dalam angka 6 ratus lebih. Kenapa followers penting kepada blogger yang lama atau baru?. Followers yang ramai akan dapat melihat paparan blog kita melalui widget blog yang kita letak di footer blog kita ( sidebar).
Kerana itu semua blogger mengharapkan ramai follow blog masing-masing. Pada Etuza follower ini memberikan suntikan semangat untuk kita tampil akktif berblog, bertambah ramai followers maka bertambah kita aktif dan berkerja keras ( huuu berkerja keras) untuk usahakan blog hidup dan menjadi tempat ramai membaca catatan yang kita sampaikan. Jika follower tidak berganjak menjadikan kita rasa kurang semangat pada hemat Etuza. Akan tetapi kita tetap akur apabila ada blogger yang tidak kisah jika tidak ada followers yang ramai. Itu kita letak ke tepi dan hak masing-masing.
Catatan ini, sebenarnya Etuza mahu juga ya bertambah FOLLOWERS dari masa ke semasa. Oleh itu kepada pembaca maya FOLLOW lah blog Etuza ini. Tidak susah pun follow hanya klik pada ruang Follow atau IKUT di bawah ruang widget FOLLOWER ( pengikut) blog ini.
Mencapai 3.48 K Tontonan Blog Etuza.
Klik pada statistik dashboard blog Etuza terlihat kini peratus tontonan selagi melonjak angka yang menggembirakan Etuza, apabila mencapai 3.48K jumlah tontonan pada 28.08.2025. Ini petanda blog semakin ramai membaca dan bertapak utuh di udara maya.
Mungkin kerana semakin kemas kinikan blog atau updated kan blog dengan entry yang menarik menjadikan blog Etuza seakan-akan mencanak naik rangking ke udara maya atau di MEDSOS secara positif. Terima kasih kepada teman blogger Etuza, kepada para pembaca blog Etuza, kehadiran anda mewarnakan blog Etuza ini.
Gambar peningaktan grafik tontonan di bawah ini terlihat perubahan yang sangat drastik. Semoga kita terus berblog secara sihat dan buat lah catatan yang membahagiakan kita walau dalam apa juga cara penyampaian kita di blog dan atas dasar apakah tajuk yang ingin kita sampaikan.
Agak terharu dan terkejut juga.Terkini sebelum menjelang
29.08.2025 bacaan mencanak ke angka 3.48K. Alhamdulillah..
Terima kasih pembaca sepi blog ini.
10 Ulasan
Alhamdulillah.
BalasPadamTahniah di atas peningkatan trafik, asbab usaha keras.
Alhamdulillah.. tahniah trafik ke blog makin naik :)
BalasPadamsebenarnya followers ramai tu tak penting sangat, yg penting tu yg blogger aktif saling berbalas komen. macam saya, followers je sampai seribu lebih, tapi pageviews tak tinggi pun xD
BalasPadamyg penting kita menulis dgn rasa yg
ya Allah tak habis taip komen dah tertekan publish tadi....
BalasPadamyg penting kita menulis blog utk share benda2 menarik dan eratkan ukhuwah
tahniah cikgu trafik mencanak...blog kak kadang2 ja trafik tinggi selalu merudum ja
BalasPadamcongrats! moga terus sukses dlm arena blogging
BalasPadamSemoga terus rajin menulis sesuatu di blog. Kadang2 kita ni ada mood pasang surut. Followers Cie sikit je 400+ tu pun rasanya ada yang dah tak aktif berblog. Slow2 follow blog baru yang aktif.
BalasPadamMacam jiran sebelah rumah, kadang singgah tinggalkan jejak, kadang borak panjang dalam komen. Saling sokong, saling kuatkan semangat. Dunia maya jadi lebih hidup bila ada keluarga blogger ni 🥰.
BalasPadamSaya tidak pasang widget followers ini. Tapi saya usahakan untuk selalu BW dan berkunjung ke banyak blog teman2, dengan begitu blog saya pun jadi ramai juga. 😄. Bagi saya , sangat happy jika ada banyak interaksi di kolom komentar
BalasPadamTahniah.. teruskanlah menulis dari hati yang ikhlas.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.