Cuti Sekolah Sudah Bermula.
13.09.2025, awal pagi Sabtu kemas kini lagi wall blog. Dengan harapan semoga entry ini memberi manfaat kepada pembaca maya. Sudah bermula cuti sekolah, memang ramai teman bloggers di mana-mana sudah merancang percutian bersama family. Begitu juga dengan pembaca lain, pasti ada perancangan tersendiri hendak ke mana cuti sekolah penggal ini yang bermula 13.09 hingga 21.09.2025.
Rancang percutian anda sedari awal. Pastikan segala keperluan disediakan agar percutian menyeronokkan dan memberi kebahagiaan kepada family yang tersayang. Elak kan dari hari ini hendak bercuti ke tempat lain baru hari ini sediakan semua. Penat nantinya.
Pastikan Kelengkapan Di Bawa Bersama.
1. Kereta kena service bagi yang ada kenderaan.
2. Kelengkapan pakaian persalinan disediakan dengan rapi ke bagasi.
3. Handpone kena ready dengan kredit yang mencukupi. Tidak rosak dan bermasalah.
4. Peralatan baby, anak dan keperluan anak remaja, dewasa, ibu dan ayah kena sediakan dan ada semua.
5. Peralatan mandi disediakan.
6. Dan peralatan lain mengikut tujuan ke mana hendak pergi di percutian sekolah ini.
Tahap Kesihatan Pantau dan Kaji Selidik & Rekodkan.
1. Kaji dahulu kesihatan setiap ahli keluarga, pastikan tiada yang demam, lesu dan tak sihat.
2. Ubat ubatan disediakan terutama yang ada tekanan darah tinggi, kena bawa ubat dari hospital.
3. Pastikan semua keluarga mempunyai selera makan, jika tidak masalah akan timbul nati.
4. Rekodkan kesihatan semua ahli keluarga, maksudnya ingat dan simpan di minda.Mohon tidak remehkan hal kesihatan anak-anak , datuk nenek dan diri sendiri.
Poket Ada Isi.
1. Bab kewangan , pastikan selain IC kad bank ada isi. Soal banyak kurang itu hak anda.
2. Simpan di tempat / dompet yang tidak koyak dan pastikan ada semua dan selamat.
3. Bincang bersama suami dan suri hati ( isteri ) anda baget yang digunakan nanti, supaya dapat mengelak perbelanjaan di luar jangka.
4. Sentiasa waspada ketika menggunakan apa juga alat kewangan anda. Seperti dompet mohon tidak di letakkan di tempat terdedah dan mudah disentuh oleh anak-anak dan orang luar.
Ketibaan Di Tempat Percutian.
1. Pemanduan kena berhemah di jalan raya, elak ego hendak berlumba dengan kereta yang ada di belakang. Baca doa naik kenderaan ( Etuza bagi pemberatan doa ini kepada anak-anak Etuza yang ada kenderaan, seolah olah hampir wajib doa ini dibaca)
2. Setibanya di tempat dituju, ucapkan alhamdulillah tarik nafas dan bertenang dahulu.
3. Elakkan terburu-buru nanti naik tekanan darah anda, sebaiknya masuk ke hotel atau home stay setelah punggah kan alat kelengkapan, rehat dahulu, teguk air minum dan berehat, kan penat memandu jauh.
4. Sujud syukur tadahkan tangan bersyukur, kesempatan bersiaran di tempat yang menarik sekali ini adalah atas IZIN ALLAH.
5. Pastikan hotel penginapan atau home stay bersih pengudaraan yang baik dan semua lengkap agar kita semua tidur lena. Alhamdulillah.
6. Apa juga perbuatan ingatlah mulakan dengan awal BISSMILLAH. InsyaAllah Allah dengar doa dan Dia memberkati kita.
7. Jauhi keegoan, tetapi selalu menghargai, bertolak ansur kepada ahli keluarga, suri hati dan anak-anak serta individu yang terlibat dalam percutian kita. Elak berkata kasar dengan sesiapa sahaja.Kawal emosi anda sepanjang percutian ini.Pasti percutian hebat dan meninggalkan kesan positif kepada diri dan minda anda.
Ke mana Etuza dan Keluarga Cuti Sekolah?
Cuti sekolah ini sememangnya ditunggu oleh Etuza dan suri hati. Ada perancangan telah diatur hendak bercuti bersiaran di tempat lain. Pastinya akan menginap juga.Tetapi hari ini hari Sabtu dan esok Ahad ( 14.09.2025) ada jemputan kahwin anak dari sahabat dan saudara mara.
Anak perempuan kepada saudara Ustaz Rais ( Keningau-Pitas ) nikah pada hari esok Ahad, anak Lelaki saudara Samin nikah hari ini Sabtu di Keningau. Anak perempuan saudara Masri ( Bingkor Keningau) nikah hari Ahad ini dan anak perempuan sudara Suadin ( Keningau ) juga nikah pada hari ini Sabtu 13.09.2025.
Selesai semua urusan menyantuni jemputan kahwin ini baru kembali memfokuskan percutian atau misi bercuti bersama suri hati anak dan cucu. Ingat sentiasa berhati-hati walau di mana percutian anda. Kongsikan di wall blog dengan ikhlas dihati. Jumpa lagi.

15 Ulasan
Banyak jemputan kenduri musim cuti sekolah ni.
BalasPadamYa betul, kena hadir... ada juga tempat tak dapat hadir ni..hujan..tak dapat pergi..
PadamTerima kasih atas perkongsian. Penuh jadual dengan kenduri walimatulurus ya.
BalasPadamSelamat bercuti cikgu.
Terima kasih datang ke laman Etuza ya..
PadamSelamat bercuti bersama keluarga tersayang. Hati-hati di jalan raya.
BalasPadamInshaAllah..sama2 kita hati2 di mana juga berada ya.
PadamPenuh jemputan Cg hujung minggu ni... Gantung kualilah surihati Cg ye :D
BalasPadamSelamat bermusafir dan semoga dalam lindungan Allah sentiasa utk Cg sekeluarga dan teman2 blog semuanya
Haha, betul, banyak undangan..semoga cuaca cerah hari majlis mereka ni, Keningau setiap petang hujan..
PadamTerima kasih atas pesan-pesan dari cikgu Etuza. Insyaallah... sempena cuti ni, kita balik kampung saja, menghadiri majlis perkahwinan anak saudara. Selamat bercuti cikgu.
BalasPadamSemoga selamat balik ke kampung halaman, harap dapat banyak kenangan di hari cuti ni..
Padamselamat bercuti cikgu n fmli hati2 tiasa
BalasPadamTerima kasih ya..InshaAllah.
PadamSaya pun kalau nak traveling, pasti panjaaaaang list to prepare yg dibuat. 😁. Supaya perjalanan juga semakin lancar kan. Jangan sampai ada yg tertinggal.
BalasPadamBetul, kenangan kena rakam dalam gambar dan kemaskinikan blog juga agar tak lupa ya
Padamcuti sek ni saya tak gi holiday obersi, cuma sempat balik kg selama 3 hari 2 mlm shj. hari ni pun dh last day school holiday
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.