Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Rasa agak sedih bila blogger kegemaran kian menyepi diri.
Mungkin kesibukan rutin realiti hidup lebih diutamakan
kerana hakikat blog boleh terhenti nadinya pada bila-bila masa.
Pagi ini, seusai subuh terfikir klik blog Pesona Etuza, blog milik ku dan tempat adanya kawan blogger membaca dan berkomentar. Selain adanya kehadiran pembaca yang lalu lalang di dalam dunia maya ( sosial maya).
Seperti biasa akan klik blog teratas yang telah usai membuat entry di blog.Ertinya pada list blog yang terpamir dalam blog Etuza itu pastilah keutamaan untuk di klik dan membaca catatan wall blog mereka.
Sedih kerana ramai kini blogger lain juga seperti Etuza juga lama menyepi dari mengisi gambar atau catatan di halaman blog ini.
Di mana mereka kini, yang pastinya seorang blogger yang begitu melekat dihati telah pergi menemui sang pencipta untuk selamanya. Insan itu bernama arwah KAMSIAH YUSUF ( klik), pemilik blog yang sangat Etuza gemari dahulu iaitu Blog DETIK DETIK INDAH DALAM HIDUPKU
. Ya Allah ampuni dosanya, tempatkan arwah di sisi orang yang beriman. Perluaskan alam barzaknya dan berilah cahaya kepadanya di alam kubur. Sesunggunya arwah seorang yang baik budi pekerti dan telah meninggalkan keluarganya yang baik di Kelantan.Alfatihah.
Blogger semua, aku ( Etuza) datang ke dunia blog kembali, tetapi bukan ada janji untuk selamanya berblog. Cuma ada masa meletakkan entry baru yang diharapkan berguna kepada pembaca dan memberi rasa gembira selesai membacanya.
Salam persahabatan, salam kasih sayang dan bertemu kita d ialam maya dalam dunia blogger. Buat lah entry baru ya.
13 Ulasan
Di mana kah semua blogger yang aku sayangi...
BalasPadamya khamsiah mendahului kita menemuiNya moga Allah merahmati rohnya
BalasPadamYa..ammiin..
PadamAl fatihah untuk arwah...
BalasPadamAl-fatihah...
BalasPadamAl fatihah untuk arwah..
BalasPadamBanyak blogger yg dahulunya famous lebih aktif dia sosial media platform yg lain pula
alfatihah.. saya pula baru ke dunia blogger.. sebab dunia socmed dirasakan begitu pantas untuk saya.. x terkejar rasanya.. di sini rasanya lebih menenangkan untuk menulis..
BalasPadamRamai blogger sudah beralih ke platform medsos yang baharu...blog macam tak menarik
BalasPadamTidak dinafikan ..tak apa kita teruskan berblog ikut terdaya ya
PadamSelamat kembali ngeblog, Mas.
BalasPadamSaya senang dapat kembali berhubungan dengan Mas via blog.
Salam,
Mood berblog, klik blog agak di rasai kembali..terima kasih
PadamSalam kenal... Memang blog nggak kekal selamanya, ada masa kita merasa jenuh, kadangkala semangat membara sampai ide tak terbendung.
BalasPadamYa, boleh jadi begitu...dari kita menjana idea bernas
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.