Ramai Blogger Kian Menyepi Diri

Asalamualaikum & Salam Sejahtera


Rasa agak sedih bila blogger kegemaran kian menyepi diri.
Mungkin kesibukan rutin realiti hidup lebih diutamakan
kerana hakikat blog boleh terhenti nadinya pada bila-bila masa.

 Pagi ini, seusai subuh terfikir klik blog Pesona Etuza, blog milik ku dan tempat adanya kawan blogger membaca dan berkomentar. Selain adanya kehadiran pembaca yang lalu lalang di dalam dunia maya ( sosial maya).

Seperti biasa akan klik blog teratas yang telah usai membuat entry di blog.Ertinya pada list blog yang terpamir dalam blog Etuza itu pastilah keutamaan untuk di klik dan membaca catatan wall blog mereka. 

Sedih kerana ramai kini blogger lain juga seperti Etuza juga lama menyepi dari mengisi gambar atau catatan di halaman blog ini.

Di mana mereka kini, yang pastinya seorang blogger yang begitu melekat dihati telah pergi menemui sang pencipta untuk selamanya. Insan itu bernama arwah KAMSIAH YUSUF ( klik), pemilik blog yang sangat Etuza gemari dahulu iaitu Blog DETIK DETIK INDAH DALAM HIDUPKU

. Ya Allah ampuni dosanya, tempatkan arwah di sisi orang yang beriman. Perluaskan alam barzaknya dan berilah cahaya kepadanya di alam kubur. Sesunggunya arwah seorang yang baik budi pekerti dan telah meninggalkan keluarganya yang baik di Kelantan.Alfatihah.

Blogger semua, aku ( Etuza) datang ke dunia blog kembali, tetapi bukan ada janji untuk selamanya berblog. Cuma ada masa meletakkan entry baru yang diharapkan berguna kepada pembaca dan memberi rasa gembira selesai membacanya. 

Salam persahabatan, salam kasih sayang dan bertemu kita d ialam maya dalam dunia blogger. Buat lah entry baru ya.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.