Suasana Di Majlis Perkahwinan Erma Di Kampung Penagatan Ulu.

Nun di sana persandingan tersergam indah..
datang menyerikan majlis perkahwinan di petang hari..
Kami datang jam 5.00 petang, pengantin sudah
tiada di persandingan, kerana hendak tukar pakaian
untuk persediaan acara malam..tidak sempat lah abadikan 
kenangan bersama Erma T ni..
Jumpa kakak dan adik2 serta anak buah di majlis
perkahwinan Erma Thambiasin...

Baca Pantun Dulu

Indah suasana di petang sabtu..
Berjalan beramai ke Majlis Persandingannya...
Khemah  di pasang direntangi warna yang ayu..
Melambangkan kelembutan kehalusan sigadis jelita...

Persandingan indah di singgah sana..
Mata melihat tak jemu memandang..
Apakan daya di hari bahagianya..
Kami datang tidak sempat melihat pengantin bersanding..

Pergi ke majlis kahwin di mana juga..
Usah lupa amalan mulia..
Berjebat tangan menghulur salaman...
Sesama kita martabatkan persaudaran 

Pergi ke majlis kahwin si teruna dan dara..
Penuhi undangan seikhlas hati...
Kalau tuan dan puan dan juga saudara..
Datang lah ke majlis perkahwinan bawalah hadiah seikhlas hati...

Pantun Karya Etuza