Kembara Di Eropah Berakhir Di Kota Baharu,Kelantan.

Bagaikan Mimpi Tapi Nyata.

Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila secara tiba-tiba tersenarai nama Etuza dan isteri sebagai antara dua orang dari 25 ahli pelancong ke negara Eropah, anjuran Agen Travel Andalusia,Kuala Lumput selama 12 hari berlangsung. Rasa bagaikan mimpi tapi nyata apabila sebenarnya pada 28.10.2026 kami mendarat di KLIA Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya pelancongan ini.Kembara kami suami isteri rupanya masih belum selesai apabila kami meneruskan kembara kami ke Kota Baharu,Kelantan, menyahut cabaran empat hari di Tanah Merah, di rumah kediaman anak menantu di Kelantan.

Ketika berada di KLIA 2, menungu pintu Gate 9 di buka pada 2.11.2026

Anda pernah tak ke sini, Restoran Makae Cafe, comel menarik..makanan 
pun sedap lazatnya.

Makan di satu tempat makan di KLIA 2

Pandangan depan Restoran dekat Lapangan Terbang Kota Baharu. Makae Cafe

Bersama anak cucu di rumah kediaman mereka di Tanah Merah Kelantan.


Justeru itu langkah perlu di kuatkan atau diteguhkan selain semangat daya keyakinan diri demi menjayakan kehendak anak- anak cucu yang disayangi, mahu bersama ibubapa sekembali kami dari percutian di Eropah.

Kata orang jauh berjalan luas pengetahuan luas pandangan semanis kenangan seindah bahagia kehidupan ini. Siapapun pasti merasa hidup bahagia apabila berpeluang meneroka ke Bumi Eropah seperti di Marocco Spanyol dan Portugal. Melawat Bandar besar Dunia seperti Bandaraya Marakesch, Rabat,Fes, Kota Mardid,Lisbao, Garanda, Toledo dan sebagainya membuat diri rasa tidak percaya tetapi nyata dan ini adalah realiti yang benar - benar nyata.Rasa terharu, bangga dan kagum keindahan dan kehebatan negara negara maju di hamparan pandangan mata.Terpukau seketika tetapi segera menyedari panorama Bumi Malaysia tidak kurang indah dan hebat kini pada alaf kehidupan alaf 21.

Suasana meja makan di Makae Cafe

Cucu agak dahaga..minum air mineral di botol susu..

Alhamdulillah dapat makan bersama anak-anak dan cucu..

Meneroka Kelantan, berpusat operasi di Tanah Merah, kami suami isteri dan anak-anak cucu sekali lagi melihat kiri dan kanan pembangunan di Kelantan yang ibu kotanya di Kota Baharu. Datang di Kelantan kita akan tahu secara langsung bahawa Kelantan ini kaya dengan menu makanan yang lazat sekali, sedap dan secukup rasa.Masyarakat di mana pun sangat ramah dan menghormati pelancong seperti Etuza sekeluarga dari Negeri Sabah.Empat hari di Kelantan menjadikan diri mengenali beberapa jenis makanan dan minuman yang lazat sekali. Diturutkan hati,diri bagaikan tidak mahu meninggalkan Negeri Kelantan hanya kerana citarasa makanan yang enak belaka.

Berakhir Kembara Ini Pada 2.11.2026.

Hari ini,bangun pada apabila terdengar suara cucu di ruang tamu rumah menantu di Tanah Merah,Kelantan. Segera bingkas dari peraduan seolah teruja, hendak terus berkemas dan mengurus diri sebagai persediaan kembali ke Bumi Di Bawah Bayu,iaitu negeri Sabah.Diri seolah melihat lambaian tangan yang merindui kami, melihat juga taman indah di Laman rumah menanti kehadiran kami kembali kepangkuan keluarga yang tercinta. Terbayang semua apa di halaman rumah yang turut merindui kehadiran kami berdua.Taman Etuza Garden kami kembali dengan kekuatan doa dan rahmatNya.Kami kembali dengan penantian anak- anak,harapan yang kuat dan kepaduan doa anak- anak agar kami berdua kembali dengan selamat dan bahagia kepangkuan anak- anak tercinta. 

Petang ini terbang dari Kota Baharu ke KLIA dan kemudian penerbangan semula dari KLIA ke Kota Kinabalu dan akhirnya ke rumah kediaman di Daerah Keningau,Sabah.Subahanallah berakhirnya kembara ini petang ini dengan izinNya juga.Terima kasih doa tulus kawan- kawan blogger,kawan travel ke Eropah dan doa tulus anak- anak yang kami tinggalkan.

Gambar ini ketika berada Toledo, Portugal.



 

Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Balasan
    1. Syukur alhamdulillah..selamat kami wak..terima kasih masih klik blog Etuza..

      Padam
  2. Alhamdulillah.. selamat pulang bercuti :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, pasti jadi kenangan manis bercuti2 di Eropah. Dari ayat pertama cikgu ni, saya membayangkan percutian ni mengejut / tak dirancang. Sama ada hadiah dari anak2 atau menang pertandingan anjuran Andalusia. Betul ke tekaan saya ni? 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak dirancang, tiba2 ada kejutan..sesuatu yang membuat diri pergi atau tak pergi..lastly selagi masih ada kudrat, nah bila lagi, pergi lah kami join berdua..dengan team Andalusia..

      Padam
  4. Alhamdulillah jauh dan lama kelana Cg & isteri kali ni. Semoga cukup rehatnya dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih rakan blogger yang baik hati..balik ni, nak rehat ..

      Padam
  5. Alhamdulillah, selamat sampai kembali ke pangkuan keluarga tercinta di Sabah! Syukur segala urusan kembara dari Eropah bersambung pula ke Kelantan dipermudahkan dengan jayanya. Moga hiasan taman dan keindahan 'Etuza Garden' menyambut kepulangan Cikgu sekeluarga dengan penuh ceria

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, lega terasa terlepas dari satu lorong perjalanan kembara yang memerlukan juga stamina,ada ujianNya tak lepas berzikir..

      Padam
  6. Balasan
    1. Jauh sekali ..merentas lautan,mengharung udara ..satu pengalaman termanis..pun begitu ada pahitnya..itulah kehidupan di manapun ada manis pahit,.

      Padam
  7. Pasti banyak kenangan yang manis-manis ketika bercuti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dapat lupakan detik kembara kami ni ..alhamdulillah..semua atas izinNya

      Padam
  8. kenangan terindah pastinya! best sgt cg dpt cuti2 eropah tu! saya tumpang happy!

    BalasPadam
  9. alhamdulillah selamat pulang ke Sabah bawah bayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, amat bersyukur selamat, Allah beri kan rahmat dan mudahkan kembara kami.Aamiin..

      Padam
  10. Selamat kembali ke tanah air. mesti banyak pengalaman manis jelajah eropah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa seronok jg ya Afeezz, bayak lah pengalaman..ada cabaran ada mins pahitnya..Semua atas izin Allah alhamdulillah.

      Padam
  11. Oh trip kemarin itu kejutan dari anak2 untuk Abang dan istri melancong yaa?

    Cantiiiik restoran Makae iniiii. Teringjn bisa ke Kelantan. Belum ada rezeki ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kejutan mereka datang hantar kami ke airport..Negeri Kelantan ni agak banyak tempat menarik, bab makanan hummm!! lazat tau cik Fanny..

      Padam
  12. Welcome home. seronok melancong ni kan. nanti boleh la join my trip ke Afghanistan. tp bukan big company la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow! amazing, selalu travel ..banyak pengalaman ni..Berfikir ke Afghan ni..

      Padam
  13. Ini baru betul dari Eropah berakhir di Kota Bharu Kelatan. Terbaik!!!

    BalasPadam
  14. betul laa kata pepatah
    jauh perjalanan luas pandangan

    Alhamdulillah... semuanya dipermudahkan dr mula smpi kembali...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.