Menginap Di Hotel Dom Luis ( Hotel - Elvas) Av. de Badajoz, Elvas, Portugal.

Kami tiba di Hotel Dom Luis, Portugal pada pukul 21.00  ( 8.00 Malam ), membawa bagasi 
yang telah dipungah keluar ke halaman hotel ini.

Alhamdulillah, atas izinnya kami telah sampai di Hotel yang sangat cantik ini iaitu Hotel Dom Luis, Portugal pada jam 8.00 malam setelah menziarahi enam tempat dan tempat hotel ini di Badajoz, Portugal. Klik internet line sangat laju, maka Etuza teringin hendak catat tentang Hotel Terkemuka Dom.Luis ini. Ini Peluang kerana hotel pada hari ke 8 tidak lancar dan Etuza agak kecewa malam itu tidak dapat membuat catatan di Blog.

Masuk saja ke ruang lobi hotel Etuza ternampak tanda arah tandas dan meluru ke tandas tersebut dengan naik tangga sedikit. Teman Teman travel yang lain menunggu kad kunci bilik. Masuk tandas dengan pintu kaca dan Subahanallah, tandas hotel ini sangat cantik dan bersih bersinar. Semua ruang tandas dan tempat cuci tangan ditata hias dengan seni yang hebat. Boleh lihat pada gambar yang ada sebagai gambaran betapa kreatifnya kalangan orang Portugal dalam membina sesuatu untuk dilihat para pelancong di merata dunia.

Etuza curi-curilah ambil gambar kerana agak kekok jika dilihat teman travel nanti asyik snap ambil gambar. Alhamdulillah ada tujuan sebenarnya Etuza ambil gambar banyak-banyak, kerana ini peluang yang Allah berikan dapat memijak di Bumi Portugal yang saya lihat sangat maju mewah dan punya pembangunan luar biasa dengan pelbagai Bangunan Berseni. Kaya dengan budaya dan banyak bangunan dan imej seni reka  tinggalan Portugis yang menjajah mereka dahulu. Subahanallah.

Masuk dalam hotel tempat kami menginap semalam, Etuza tarik nafas dan menandah tangan tanda bersyukur kepada Allah. Kami dihamparkan tempat tinggal yang amat amat selesa. Jujur Etuza katakan amat lena malam ini hingga tidak sedar jam dah pukul 4.00 pagi. Dan biasanya Etuza akan sedar bangun ke tandas jam 1 pagi atau jam 2 pagi. Tetapi kali ini jam 4.00 pagi bangun dan terus mengurus diri kerana akan bersarapan pagi, cek out baru Ke Stadium Madrid, Portugal pada hari ke 10 berada di Portugal.

Hotel Dom Luis ini juga mengambil jalan mengambil alat lama yang traditional di jadikan trade mark hotel sebagai hiasan ruangan di lobi serta di sudut tangga dengan susunan yang sangat menarik.Etuza sempat mengambil gambar,akan tetapi belum dikongsikan disebabkan gambar di ambil semasa kami menuju ke tempat sarapan pagi.
Melihat peti lama,batu dan bunga hidup ditanam menggunakan alat lama sebagai pasu.Menarik sekali pada penglihatan Etuza.Saya agak hotel Dam Luis adalah antara hotel tercantik dan menarik di Negara Portugal.

Baiklah teman pembaca maya dan teman blogger, hanya setakat ini catatan Etuza pagi hari ke 10 di Portugal semasa berada di bilik Hotel Dom Luis, Badajoz Portugal.Jumpa lagi, maafkan Etuza jika ada ejaan yang anda temui salah. Akan perbaikinya, masa begitu cemburu. Salam Subuh di Bumi Portugal. Lihat gambar-gambar yang Etuza selitkan. Alhamdulillah, bersyukur pada semua nikmat termasuk melihat begitu gah dan maju Kota Portugal.

















 








Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Bestnya cikgu bercuti. Takpe ambil je gambar untuk kenangan kita.

    BalasPadam
  2. nampak selesa hotel ni. alaa pergi melancong, biasalah tu kalau ambil2 gambar. orang faham je tu

    BalasPadam
  3. jauh cikgu Etuza melancung .. seronoknya di rezekikanNya menikmati keindahan di Portugal pula kali ni. Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.Seronoknya dpt melancong ke Portugal =)

    BalasPadam
  5. Wha! Dari Morocco terus ke portugal! Hebat pengembaraan cikgu dan isteri kali ini...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, dapat berehat di hotel yg selesa dan ada WiFi yang laju. Gambar-gambar di tempat-tempat menarik di Morocco dan Portugal tak ada ke Cikgu? Teringin jugak nak 'melawat' ke sana dari gambar-gambar yg cikgu ambik 😄

    BalasPadam
  7. untuk kenangan dibolehkan bergambar. haha!

    BalasPadam
  8. tampak bersih dan selesa
    sy suka rak kasut tu
    lain drpd yg lain!

    BalasPadam
  9. thanks for sharing your travel story. gmbr last posing berdua tu nice sgt!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah syukur atas nikmatnya. Terima kasih atas perkongsian gambar - gambarnya.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, nampak selesa dan mewah betul Hotel Dom Luis ni. Suka tengok idea kreatif pihak hotel jadikan barangan lama sebagai hiasan tradisi. Takpe Cikgu, ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan terindah di bumi Portugal

    BalasPadam
  12. Dari gambar kliatan nyaman memang hotelnya ☺️. Best bisa istirahat setelah puas keliling2 kota nya.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.