Bagai Mimpi Mendarat Di Lapangan Terbang Casablanca Mohammad V Airport Maroco.

Gambar ini ketika berada di dataran Lapangan Terbang Casablanca,
Maroko.
Di Lapangan Terbang Jeddah pada 17.10.2026

Asalamualaikum & Salam sejahtera semua teman maya. Bersua kembali dalam arena penulisan di wall blog Etuza Pesona Warna-Warna Kehidupan.Ya,kehidupan ini penuh dengan warna-warna yakni berbagai situasi, pengalaman dan detik indah manis pahit, segalanya kerana kita masih hidup bernafas melayari kehidupan di Dunia sementara ini.

Setiap kita ada melalui pelbagai keadaan menyentuhi corak kehidupan, sebagaimana yang berlaku pada kehidupan Etuza dan keluarga amnya. Dengan izinNya, secara tiba-tiba nekad hati ini dan kehendak yang tidak lagi tersembunyi, Etuza dan isteri memijak bumi Maroco, Negara yang baru-baru ini memenangi sebagai uuara unggul sukan Bola Sepak Dunia ( FIFA WORLD CUP 2026).Terasa bagaikan mimpi apabila keluar dari Kapal Terbang tepat 12.40 tengahari. Oh! ini Bumi Maroco, ini Lapangan Terbang Casablanca Mohammad V International Airport( CMN). Tiba-tiba angin menerpa begitu damai, seolah menyambut ketibaan kami di Maroco. Bermula proses pemeriksaan pihak Imegresen di Lapangan Terbang dalam keadaan sangat bersyukur dan tetap ada debar yang masih dirai.

Dipendekkan cerita Maroco amat indah dengan panorama persekitaran yang rata walau kekadang kelihatan tandus gersang apabila dilihat berbatu, nampak kering dan tidak berair. Tetapi sebaliknya persekitaran Maroco sangat subur dan segar dengan tanaman yang menjadi sumber ekonomi Maroco seperti Pokok Zaiton yang melati di sana-sini, Pohon Kurma,Gandum dan Pohon Argan yang sangat bernilai di Negara Maroco, Menghiasi jalan raya kiri dan kanan.

Percaya kah apabila lahir dalam sanubari rasa KAGUM dengan keindahan Maroco sebaik datang di Bandar Casabalnca, Bandar Marrakech terlihat persekitaran sangat bersih di setiap lorong jalan, sepanjang jalan yang Etuza lalui tidak ada kelihatan kejadian kemalangan di jalan raya. Indah dengan pokok dedaun hijau termasuk Bunga Kertas  yang berbagai jenis ditata hias sebegitu cantik dan cukup damai melihat. Kecuali pusat membeli belah pasaraya Souk Marrakech ada kelihatan sampah tetapi tidak lah banyak. Dan itu normal apabila tempat itu sesak dengan para pelancong dan masyarakat Maroco yang berbangsa  Amazigh ( Berbe) sebagai penduduk pribumi( asli) Africa Utara dan Orang Arab yang datang pada abad ke 7 hingga abad ke-11.

Penglihatan Etuza, masyarakat Berbe ramah dan mudah tersenyum. Berkulit putih serta berkulit hitam adalah masyarakat Berbe yang tiada beza dari segi kedudukan dan pangkat. Masyarakat di Maroco ada juga yang Etuza jumpa pandai  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan apatah lagi Bahasa Berbe dan Bahasa Arab.Selain itu kelihatan fizikal mereka tinggi dan berwajah cantik dan berkulit halus mulus dan kadang kelihatan ada yang putih kemerah-merahan.Negara Maroco ini segugusan pada bandar seperti Casablanca, Marakech dan Rabat setakat yang Etuza telah ketahui melalui penerangan dari Pemandu Pelancong yang bernama Farhan dan Nazmi. Rabat adalah Ibukota Negara Maroco menjadi pusat pentadbiran Negara Maroco.

Setakat itu yang Etuza mampu katakan tentang pengalaman menarik pelancongan Etuza dalam mengikuti Group Travel yang di Hoskan oleh Agen Andalusia. Jumpa lagi diartikal lain.

Di Airport  Jeddah.

Persekitaran Lapangan Terbang Casablanca Muhammad V

Pepohon di trim di bentuk sangat cantik dan tak jemu mata
memandang.

Group / ahli agen Travel Aandulisia, Malaysia

Bergambar dekat tiang bendera Negara Maroko, di hadapan Hotel Relex
Casablanca Maroko.

Kenangan di bawa pokok yang telah dibentuk bulat.

Maroko, indah dengan pohon kayuyang menarik di lihat.

Bergambar dengan orang China, semeja makan di Hotel Relex
Casablanca, Maroco.


Pemandangan sore pagi di Hotel Relex Casablanca Maroko
pagi 18.10.2026.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Menanti episod yang selanjutnya. Teruslah berkongsi ye.

    BalasPadam
  2. wah sonoknya kembara jauh tempat menarik

    BalasPadam
  3. Wah! Jalan jauh rupanya dua merpati sejoli ni....!
    Saya pun pernah sampai di Casablanca ni... Tapi lama dahulu waktu rambut masih hitam. Urusan kerja...

    BalasPadam
  4. Lama kan penerbangannya? Transit di Jo-berg tak?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah seronoknya dapat pijak bumi morocco... menanti jalan cerita selanjut nya...

    BalasPadam
  6. Mendarat di mana2 lapangan terbang di dunia ni mmg umpama mimpi yang menjadi nyata

    BalasPadam
  7. bestnya dpt travel abroad, melihat negara org!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, selamat sampai ke bumi Maghribi! Memang terasa bagaikan mimpi bila dapat jejakkan kaki ke negara orang buat kali pertama. Cantik sangat persekitaran lapangan terbang dan pokok-pokok di sana. Menanti sambungan kisah kembara Cikgu seterusnya

    BalasPadam
  9. Teringinnya nak ke maroco juga 😍😍. Bagus juga pakai travel yang sudah dikenal begini ya Abang. Jadi tinggal menikmati saja kita, dah diurus semua

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.