Setinggi-Tinggi Ucapan Tahaniah Kepada Semua penerima keputusan SPM 2025 yang 
cemerlang termasuk semua anak-anak bloggers Malaysia.

Keputusan Cemerlang  SPM 2025, Anak  Blogger Malaysia.

Asalamualaikum semua, kepada yang berpuasa 6 Syawal seperti Etuza hari kedua berpuasa 6 Syawal, diucapkan selamat menunaikan Ibadah Puasa yang sunat muakad ikhlas daripada Etuza. Semoga puasa 6 Syawal kita diberkati dan di rahmatiNya serta diterimaNya. Aamiin.

Kemarin keputusan SPM dikeluarkan oleh Kementiaran Pendidikan Malaysia, debaran yang amat terasa kini beransur reda setelah melihat keputusan SPM masing-masing.Pada Etuza keputusan SPM mudah sahaja apabila kita sendiri boleh mendapat keputusan SPM menggunakan smart phone sendiri. Namun biasanya Ibubapa lebih teruja mendapatkan atau mengetahui keputusan SPM menerusi pengumuman di sekolah secara rasmi. 

Tahniah Cemerlang SPM 2025.

Paparan kali ini ialah Etuza secara ikhlas mengucapkan TAHNIAH dan Syabas kepada semua anak-anak, putera puteri anak- anak bloggers di merata tempat di Malaysia. Menerusi paparan blog Blogger yang ada anak lelaki atau perempuan telah memuat naik rasa gembira mereka apabila anak mereka CEMERLANG result SPM tahun 2025. Tahniah kerana kejayaan mereka amat megembirakan hati ibu dan ayah. Ada anak Blogger yang mendapat 11 A, subahanallah amat-amat membahagiakan. Tahniah sekali lagi.Teruskan usaha hingga ke menara gading. Pasti menjadi pelapis jentera perkhidmatan Negera Malaysia yang bertanggungjawab.

 Mendoakan Anak Untuk Berjaya Di Dunia Dan Di Akhirat.

Etuza merasa sangat terharu apabila membaca paparan di blog ada ramai blogger ( ibubapa) yang tidak berputus asa mendoakan anak sedari awal. Doa adalah senjata yang Allah dengar dari hati ibubapa kepada anak-anak tersayang. Justeru itu anak yang berjaya itu harus memantapkan disiplin, akidah dan perbaiki lagi tingkah laku agar kejayaan yang baru hari ini, akan lagi diteruskan hingga ke puncak menara gading. Anak-anak yang didoakan pasti lebih berjaya dan cemerlang akhirnya. 

Nasihat Etuza kepada anak-anak blogger, jadilah lagi anak yang terbaik, solleh dan solleha dalam menuju kecemerlangan di Dunia dan di Akhirat. Pasti anda boleh.