Cemerlang Keputusan SPM Putera Puteri Kelahiran Para Bloggers Malaysia 2025

Setinggi-Tinggi Ucapan Tahaniah Kepada Semua penerima keputusan SPM 2025 yang 
cemerlang termasuk semua anak-anak bloggers Malaysia.

Keputusan Cemerlang  SPM 2025, Anak  Blogger Malaysia.

Asalamualaikum semua, kepada yang berpuasa 6 Syawal seperti Etuza hari kedua berpuasa 6 Syawal, diucapkan selamat menunaikan Ibadah Puasa yang sunat muakad ikhlas daripada Etuza. Semoga puasa 6 Syawal kita diberkati dan di rahmatiNya serta diterimaNya. Aamiin.

Kemarin keputusan SPM dikeluarkan oleh Kementiaran Pendidikan Malaysia, debaran yang amat terasa kini beransur reda setelah melihat keputusan SPM masing-masing.Pada Etuza keputusan SPM mudah sahaja apabila kita sendiri boleh mendapat keputusan SPM menggunakan smart phone sendiri. Namun biasanya Ibubapa lebih teruja mendapatkan atau mengetahui keputusan SPM menerusi pengumuman di sekolah secara rasmi. 

Tahniah Cemerlang SPM 2025.

Paparan kali ini ialah Etuza secara ikhlas mengucapkan TAHNIAH dan Syabas kepada semua anak-anak, putera puteri anak- anak bloggers di merata tempat di Malaysia. Menerusi paparan blog Blogger yang ada anak lelaki atau perempuan telah memuat naik rasa gembira mereka apabila anak mereka CEMERLANG result SPM tahun 2025. Tahniah kerana kejayaan mereka amat megembirakan hati ibu dan ayah. Ada anak Blogger yang mendapat 11 A, subahanallah amat-amat membahagiakan. Tahniah sekali lagi.Teruskan usaha hingga ke menara gading. Pasti menjadi pelapis jentera perkhidmatan Negera Malaysia yang bertanggungjawab.

 Mendoakan Anak Untuk Berjaya Di Dunia Dan Di Akhirat.

Etuza merasa sangat terharu apabila membaca paparan di blog ada ramai blogger ( ibubapa) yang tidak berputus asa mendoakan anak sedari awal. Doa adalah senjata yang Allah dengar dari hati ibubapa kepada anak-anak tersayang. Justeru itu anak yang berjaya itu harus memantapkan disiplin, akidah dan perbaiki lagi tingkah laku agar kejayaan yang baru hari ini, akan lagi diteruskan hingga ke puncak menara gading. Anak-anak yang didoakan pasti lebih berjaya dan cemerlang akhirnya. 

Nasihat Etuza kepada anak-anak blogger, jadilah lagi anak yang terbaik, solleh dan solleha dalam menuju kecemerlangan di Dunia dan di Akhirat. Pasti anda boleh. 


Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Alhamdulillah cikgu. Kami sebagai ibu ayah hanya beri mereka peluang dan ruang, sediakan keperluan. Mereka yg perlu berusaha sehabis baik.

    Aaminnn untuk doanya. Semoga anak2 cemerlang lagi hebat ini boleh membantu mereka yg memerlukan kelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..tahniah sekali lagi..lega rasa nya kan..tinggal nak pergi U lagi..akan ada cerita baru kan..

      Padam
  2. Tahniah buat semua yang berjaya....SA pi un tumpang bangga tengok kejayaan anak-anak kawan bloggers semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita turut happy melihat ramai blogger anak mereka cemerlang ni SA Result SPM mereka meletop..score A banyak..

      Padam
  3. tahniah semua. semoga terus berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah juga pada Cie mencanak statistik blog..good news juga tu

      Padam
  4. Tahniah buat anak2 yg menduduki batch SPM 2025 atas pencapaian SPM yg memberangsangkan! 🥳

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah ..kita bangga produk kelahiran yang amat disayangi..berjaya

      Padam
  5. Alhamdulillah terima kasih. Saling mendoakan, supaya kebaikannya kembali juga kepada kita 🤲🏻

    BalasPadam
  6. congrats utk semua anak yg amik SPM 2025. next, kena pilih course dan uni terbaekk utk further study tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai anak blogger ni berjaya mendapat result yang hebat..tumpang happy ya

      Padam
  7. Tahniah diucapkan buat anak-anak blogger yang telah mendapat keputusan baik dalam SPM. Semoga suatu masa akan menjadi insan berguna dan dalam masa yang sama menjadi blogger juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kita rasa bangga dengan mereka ni..anak2 yang amat menyejukkan mata hati ibubapa

      Padam
  8. Alhamdulillah untuk anak2 dari teman bloggers yg sudah mendapat hasil SPM . Saya ikut mendoakan semoga semuanya dipermudah jalannya untuk melanjutkan study yg lebih tinggi lagi

    BalasPadam
  9. alhamdulillah tahniah anak2 cemerlang SPM teruskan usaha meraih jaya

    BalasPadam
  10. setiap ibu bapa pasti sentiasa mendoakan kejayaan anak anak. Semoga dipermudahkan usaha menuju kecemerlangan dan kejayaan buat semua anak anak . tahniah kepada yang berjaya dan cemerlang. bagi yang kurang berjaya jangan putus asa, pilih bidang dan jalan yang sesuai dan orak langkah penuh gigih insyaAllah pasti akan berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya setuju dengan kata2 semangat blogger Lydia..teruskan usaha..banyak peluang untuk berjaya

      Padam
  11. Tumpang gumbira pada yang anak2 score tinggi2 tu...

    BalasPadam
  12. tahniah buat anak2 yg peroleh keputusan cemerlang
    yg kurang berjaya jgn berputus asa. trs kan berusaha. kejayaan pasti menantimu

    BalasPadam
  13. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan kurang berjaya...boleh cuba lagi pada masa yang akan datang.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah... Ucapan tahniah juga buat anak-anak blogger yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2025. Kita doakan juga anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tahun 2026 mencapai keputusan yang cemerlang juga.

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada semua anak-anak bloggers yang memperoleh keputusan SPM 31 Mac lepas. Semoga terus success dan berjaya di dunia dan akhirat

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.