Bulan kelihatan merah, Gerhana Bulan Penuh, kelihatan semalam. Gambar ini dari Group Whatsupp

Solat Sunat Dua Rakaat Gerhana Bulan.

Gerhana Bulan semalam berlaku dari 7.26 minit malam hingga berakhir pada jam 9.17 minit malam. Kejadian Gerhana Bulan adalah aturan Allah dan apabila berlaku Gerhana Bulan maka sujudlah berdoa kerana apa yang berlaku adalah takdir dan kehendak Allah.

Gerhana ini dijangka akan  menghiasai langit malam pada 14 Ramadan bersanmaan 1447 Hijrah,  dan dikenali sebagai " Bulan Merah " bermula jam7.26 malam hingga 9.17 malam. Satu-satunya fenomena Gerhana Bulan penuh yang berlaku tahun 2026. Menurut berita mengatakan fenomena yang sama Gerhana Bulan yang sama  akan berlaku lagi pada Disember tahun 2028.Wallahualam.

Solat Gerhana Bulan ternyata agak beza sedikit dari masa Rukuk di lakukan dua kali pada rakaat ertama kemudian berdiri dan membaca al fatihah kali kedua ayat lazim dan baru sujud. Rakaat kedua juga demikian dan barulah salam lalu berdoa selepas bertahmid. 

Dua Kali Solat Sunat Gerhana Bulan.

Solat sunat Gerhana Bulan yang pertama ialah selepas Solat Maghrib dan solat sunat Gerhana Bulan kedua kali adalah selepas solat Isyak. Imam pada masa itu ialah Ustaz Ilham dan masa Isyak Ustaz Ardzy. Alhamdulillah berkesempatan solat sunat Gerhana Bulan di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW berrsabda " Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda - tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang . Maka apabila kamu melihat gerhana itu, berdoalah kepada Allah,bertakbirlah , dirikan solat dan bersedekahlah "
Gambar-gambar yang dikongsi ini adalah diambil dari Group Whatssupp. Etuza.