Kejadian Gerhana Bulan Merah & Solat Sunat Gerhana Bulan Semalam.

Bulan kelihatan merah, Gerhana Bulan Penuh, kelihatan semalam. Gambar ini dari Group Whatsupp

Solat Sunat Dua Rakaat Gerhana Bulan.

Gerhana Bulan semalam berlaku dari 7.26 minit malam hingga berakhir pada jam 9.17 minit malam. Kejadian Gerhana Bulan adalah aturan Allah dan apabila berlaku Gerhana Bulan maka sujudlah berdoa kerana apa yang berlaku adalah takdir dan kehendak Allah.

Gerhana ini dijangka akan  menghiasai langit malam pada 14 Ramadan bersanmaan 1447 Hijrah,  dan dikenali sebagai " Bulan Merah " bermula jam7.26 malam hingga 9.17 malam. Satu-satunya fenomena Gerhana Bulan penuh yang berlaku tahun 2026. Menurut berita mengatakan fenomena yang sama Gerhana Bulan yang sama  akan berlaku lagi pada Disember tahun 2028.Wallahualam.

Solat Gerhana Bulan ternyata agak beza sedikit dari masa Rukuk di lakukan dua kali pada rakaat ertama kemudian berdiri dan membaca al fatihah kali kedua ayat lazim dan baru sujud. Rakaat kedua juga demikian dan barulah salam lalu berdoa selepas bertahmid. 

Dua Kali Solat Sunat Gerhana Bulan.

Solat sunat Gerhana Bulan yang pertama ialah selepas Solat Maghrib dan solat sunat Gerhana Bulan kedua kali adalah selepas solat Isyak. Imam pada masa itu ialah Ustaz Ilham dan masa Isyak Ustaz Ardzy. Alhamdulillah berkesempatan solat sunat Gerhana Bulan di bulan Ramadan.

Rasulullah SAW berrsabda " Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda - tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang . Maka apabila kamu melihat gerhana itu, berdoalah kepada Allah,bertakbirlah , dirikan solat dan bersedekahlah "
Gambar-gambar yang dikongsi ini adalah diambil dari Group Whatssupp. Etuza.




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Alhamdulillah...dapat menunaikan solat sunat gerhana...tapi, tak keluar pun untuk melihat²

    BalasPadam
  2. Moga dapat jumpa gerhana akan datang

    BalasPadam
  3. subhanallah fenomena alam ajaib

    BalasPadam
  4. Tengok di berita saja malam ni. Alhamdulillah, dapat solat gerhana bulan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah .. sempat juga tengok Gerhana bulan ni semalam .. subhanallah cantik sungguh

    BalasPadam
  6. tempat saya tak jumpa sebab cuaca tidak mengizinkan...awan nak hujan

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semoga kita sentiasa direzekikan melihat fenomena sebegini

    BalasPadam
  8. Ya Allah saya lupaaa. Padahal teringin sangat nak foto kan bulan merah itu 😍😍😍. Ntah kapan lagi lah akan muncul

    BalasPadam
  9. SA terlupa sampai x sempat nak potretkan gambar bulan gerhana....semoga ada rezeki lagi nanti

    BalasPadam
  10. moga kita semua dapat bertemu dengan gerhana yang akan datang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.