Jejak Langkah Nabi SAW Ke Gua Hira ( Jabal al-Nur )

Tangga permulaan menaiki Jabal A- Nur ( Gua Hira) Tempat Nabi SAW Bersembunyi..
menenenagkan perasaan dan berzikir menhgarap rahmat Allah..

Nama Bukit : Jabal Nur ( Gunung / Bukit Cahaya)
Lokasi : Kira-kira 3 hingga 4 km dari Mekah.
Ciri Fizikal : Gua kecil ini, berukuran kira-kira 3.7 meter panjang dan 1.6 lebar.
Signifikan : Tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama ( Surah Al- Alaq)melalu Malaikat Jibril.
Pendakian :Perjalanan ke puncak memerlukan pendakian melalui jalan berbatu yang curam dengan lebih 600 anak tangga.
Suasana : Bukit ini menawarkan pemandangan ke arah Masjidil Haram dan sering dikunjungi untuk mengenang Sejarah Islam serta menjejaki langkah Nabi SAW bersembunyi di Gua Hira semasa tahun kesedihan SAW.

Muhasabah Etuza, Berjaya Ke Puncak Jabal Nur.

Berfikir mampukah mendaki gunung/ bukit setinggi ini. Melihat dari bawah lembah bukit kelihatan biasa dan seolah tidak tinggi. Masa itu, perut agak kenyang kerana baru minum Laban ( Minuman perasa yorgat ) yang Etuza gemar minum di Madinah di Mekah. Jika naik bukit rasanya semput dan mengah. Tekaan Etuza tepat sekali, baru mendaki pada awal di kaki bukit Etuza dah mengah. Berfikir teruskan atau tidak?

Segera terfikir, ini bukit yang pernah berulang kali Nabi SAW mendaki, menuruni. Di sini terlihat tapak kaki SAW yang dirindui, dikasihi disayangi. Kala dia bersedih dia tidak pun patah hati mendaki dan mendaki gunung ini hingga lah menerima wahyu dari Allah melalui Jibril. 

Dengan gagah, bersemangat Etuza teruskan dalam usia kini. Etuza mengah  dan akur, parut yang agak kenyang antara faktor langkah agak perlahan. Serius Etuza mengah. Peluh mencurah curah, terasa amat perit dan penat yang mencabar wibawa diri. Seolah tak berkudrat, dengan izinNya sampai juga di hadapan Gua Hira.

" Haji boleh kah tu" terdengar suara dari belakang, rupanya kawan dalam group Umrah. " InshaAllah saya teruskan" Dan akhirnya sampai di puncak dan Etuza merupakan peserta UMRAH group kami yang pertama berada dipuncak gunung Jabal Nur. Etuza bersyukur sangat Allah izinkan juga walau dalam usia semakin senja ini. Terima kasih ya Rob!.Alhamdulillah.

Gua Hira di Jabal Nur'

Selama 3 tahun nabi SAW sering bersembunyi dan menyendiri dan bermunajat kepada Allah.Nabi SAW amat terkesan dengan masyarakat Arab Jahiliyah yang pada masa itu belum menerima kehadiran Islam dan belum terbuka hati untuk beriman kepada Allah. Mereka sering melakukan maksiat dan dosa dosa besar .

Dikatakan oleh Mutawwif ( Ustaz Khairuddin ) tahun di mana Nabi SAW bertapa di Gua Hira adalah tahun kesedihan baginda Nabi. Selain Nabi SAW sering di sakiti oleh Abu Jahal dan lain-lain suku bangsa Arab.Untuk menghindari dari masyarakat Arab yang jahil maka nabi dengan izin Allah mendapat persembunyian di Gua Hira.

Pendapat Etuza Tentang Gua Hira.

Mendaki bukit ini perlukan stamina dan fizikal yang kuat dan sihat. Pendakian dengan cara berjalan dan harus hati-hati kerana terdapat batu-batuan keras,pada masa ini 2026 telah di bina anak-anak tangga dan pembesaran laluan menuju ke atas Jabal Nur. Tetapi masih ada lantai bukit berbatu dan jika tidak berhati-hati akan tergelincir. Promot ~Klik Samping dari Shoppee. Samping Viral ~ Klik  untuk hari raya 2026.

Mendaki bukit sambil berzikir membaca ayat- ayat suci secara perlahan menyebabkan kita tanpa sedar telah berada di puncak Jabal Nur. Sebaikanya datangi dan buat pendakian Jabal Nur pada awal pagi dan waktu petang hari. Jika waktu malam agak gelap dan memerlukan pengamatan melihat lantai bukit dengan penuh hati-hati.

Panorama lembah Bukit atau Gunung Jabal Nur jelas teramat cantik dan view yang indah saujana melihat ke arah Masjidil Haram( Bumi Mekah ) Melihat ke bawah penuh dengan bangunan perkampungan masyarakat Arab sangat-sangat hebat dan memukau pandangan kita. Subahanallah, semua keindahan di Lembah Jabal Nur adanya Gua Hira yang berpintu masuk agak kecil yang dikatakan hanya boleh dimasuki 2 atau tiga orang laksana satu imam dan 2 jemaah bersama di dalam Gua Hira ini.

Lafazkan kalimah selawat ke atas Nabi SAW semasa menaiki Jabal Nur, kerana di sini langkah Nabi SAW akhir zaman mendaki Jabal Nur ini. Kita dapat jejak Nabi SAW dan merasakan keperitan kepayahan dan cabaran mendaki Bukit Cahaya ini.  Dalam hati ini, amat bersyukur walau sekadar dapat melihat pintu masuk Gua Hira, atas sebab sangat ramai jemaah Umrah berada sekitar Gua Hira dan berhimpit-himpit dan kebetulan kian gelap Etuza mengambil kesempatan sekadar menatap dan memerhati jemaah silih berganti memasuki Gua Hira sambil melaungkan selawat dan Allah Hu Akbar.

Allah adalah saksi kami mendaki Jabal Nur, padaMu ya Allah kami pohon agar kami menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang sering merindui Nabi SAW, berilah kami Syafaat nabi di akhirat kelak. Dunia ini bersifat sementara akhirat abadi juga tempat pengakhiran kehidupan kita. Teruskan membaca infor UMRAH SINI.

Semua jemaah UMRAH melakukan iarah ke Jabal Al-Nur ini, untuk melihat jejak langhak Nabi SAW
menaiki Bukit Jabal Nur

Perlahan melangkah ke atas Gunung ini, Bukit Jabal Nur..

Apabila berada di atas, maka akan kelihatan VIEW sekeliling Bumi Mekah yang berada di lembah..
Waktu kami naik Jabal Nur telah menjelang malam..

Kelihatan menara Jam Hours di Mekah, cahaya bergemerlapan amat cantik dilihat kala malam di puncak Jabal Nur.

Luar biasa..






Berada dekat dengan Gua Hira di Jabal Nur..dapat melihat 
pintu masuk Gua Hira, jemaah datang begitu ramai dan bersesak
untuk melalui sendiri Jejak Langkah Nabi SAW di Gua Hira.







Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. subhanallah cantik view malam dari jabal nur

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah berpeluang mendaki Bukit Jabal Nur.

    BalasPadam
  3. Masa saya pergi pun waktu malam. Penuh sesak atas tu, jadi tak dapat nak menghampiri, penuh dengan orang lelaki. Lagi pun, gelap, takut bahaya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Boleh lihat panorama kota Mekah dari Gua Hira'.

    BalasPadam
  5. kita naik jalan yg bertangga ni pun rasa penat dan susah kan. bayangkan pula Nabi naik dalam keadaan yg penuh mencabar, gelap dan tak berlampu kan.
    saya pergi waktu petang, sampai atas tu baru masuk waktu maghrib. tak dapat tengok rupa gua tu sebab ramai sangat orang. takut bertolak-tolak

    BalasPadam
  6. alhamdulillah berjaya daki jabalnur ke dua hira'

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, tiba di puncak Jabal Nur.

    BalasPadam
  8. Seronoknya Etuza, dapat menjejakkan kaki ke Tanah suci Mekah Madinah.

    BalasPadam
  9. Semoga nanti saya bisa naik sampai puncak juga kalau umroh lagi. Waktu itu tak sempat naik, dan lagi seingat saya blm ada tangganya

    BalasPadam
  10. alhamdulillah. best baca pengalaman cg :) moga2 ada rezeki saya repeat ke sini..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah sampai ke JAbal nur. Saya dulu tak pergi sebab dah penat buat umrah. Yang ustaz bawa sesiapa yang nak pergi. pergi waktu malam

    BalasPadam
  12. menarik dan pasti cikgu seronok di Jabal Nur.....

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.